![]() |
| Antara Pasukan Liga Super 2011 |
LESEN
Isnin, 7 Februari 2011
Sabtu, 5 Februari 2011
Aksi pertama The Red Warriors di gelanggang sendiri tidak mendatangkan sebarang insiden balingan mercun seperti yang berlaku di Shah Alam. Kehadiran lebih 20, 000 orang yang memenuhi di segenap sudut stadium bebas daripada mercun walaupun keadaan perlawanan sedikit panas apabila penyokong tidak berpuashati dengan keputusan pengadil yang sering meniup wisel menghentikan perlawanan dan memihak pada pasukan lawan.
Rata-rata penyokong yang hadir berpuashati dengan sikap penyokong yang mengekalkan sikap mereka yang ditunjukkan pada tahun lalu. Formasi ketua jurulatih Datuk M. Karathu yang meletakkan hanya seorang penyerang mendapat kritikan ramai peminat kerana perlawanan menentang Terengganu telah menampakkan bagaimana Norshahrul dikawal rapi selain berseorangan menerima hantaran-hantaran dari pemain-pemain tengah. K Soley yang selesa dengan hantaran pendek juga tidak menjadi apabila setiap hantarannya dirampas dengan mudah oleh pemain-pemain lawan. Aksi Khalid Jamlus tidak dapat menyakinkan peminat, namun peminat harus memberi masa dan peluang kepada Khalid Jamlus sepertimana peluang yang berjaya dibuktikan Akmal Rizal pada musim lalu setelah sering mendapat kritikan diawal musim.
Posisi dan rentak permainan Kelantan seperti sudah dibaca oleh Irfan Bakti yang mengarahkan anak buahnya mengawal pemain dan perlawanan dengan baik kerana 100% pemain yang diturunkan adalah pemain yang beraksi ketika menewaskan Selangor. Datuk M. Karathu juga tidak berpuashati dengan Keghairahan pemain pertahanan kerap meninggalkan posisi mereka untuk naik ke atas membantu barisan penggempur. Keghairahan ini memberi peluang kepada pemain lawan meloloskan diri dengan mudah ke gawang Kelantan.
Penyokong Kelantan menunjukkan sikap yang matang dalam menerima keputusan seri ini, sungguhpun sangat kecewa kerana Kelantan gagal mengekalkan jaringan awal untuk kemenangan. Semangat dan keghairahan penyokong Kelantan yang merantau pulang ke kampung untuk menyaksikan perlawanan juga hampa kerana perlawanan Liga Super berehat selamat 11 hari sebelum bersambung balik pada 12 febuari menentang Johor FC.
Kuala Lumpur VS Kelantan di Kota Bharu?
Dalam Facebook Tan Sri Annuar Musa juga ada memaklumkan kemungkinan perlawanan Kuala Lumpur menentang Kelantan yang dijadualkan berlangsung di stadium bolasepak Cheras pada 15 febuari ini akan diubah lokasi perlawanannya ke Kota Bharu dan Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah. Dua perlawanan iaitu menentang Johor FC dan Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Kota Bharu ini memberi perkhabaran gembira kepada penyokong tegar Kelantan yang sentiasa dahagakan aksi pemain-pemain mereka.
Stadium Bebas Mercun Tanggungjawab Kita Bersama
Tahniah kepada seluruh penyokong Kelantan di Kota Bharu kerana mengekalkan sikap anda, dengan sikap baik dan jumlah penyokong teramai yang dipamerkan telah memberi gambaran yang baik kepada pasukan lawan untuk memilih Kelantan sebagai gelanggang pilihan mereka. Sama-sama kita terus berusaha meningkatkan imej bolasepak Kelantan, jika KAFA berkerja keras meningkatkan pencapaian bolasepak Kelantan, apalah salahnya kita sebagai penyokong bersama berusaha menaikkan imej penyokong kita daripada terus dilabel dengan label negatif oleh media dan masyarakat Malaysia.
Tiada guna kita berbangga dengan kemenangan dan jumlah piala jika sikap kita sebagai penyokong masih ditakuk lama. Usahlah kita mem boooo!! atau mengherdik penyokong yang cuba membawa perubahan kepada cara sokongan jika kita sendiri tidak berdaya membawa perubahan seperti mereka.
Semoga tahun arnab memberi banyak perubahan kepada pasukan, penyokong dan hidup kita. Amin....Gomo Kelate Gomo
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
Kejayaan mengutip empat mata dalam dua perlawanan awal, Kelantan bakal menerima cabaran lebih sengit selepas ini dalam saingan Liga Super.
Bermula dengan pertemuan melawan Johor FC di Kota Bharu, Sang Kijang akan berdepan Kuala Lumpur dan Kedah di tempat lawan sebelum pulang menanti Negeri Sembilan awal Mac nanti.
Melihat pada perkembangan semasa, The Red Warriors dijangka akan mendapat tentangan sengit dari beberapa pasukan yang sedang melihat untuk turut berkuasa diatas.
Tiga perlawanan diatas akan mencorakkan halatuju Kelantan sama ada mampu berada di kedudukan pertama pada hujung musim nanti atau hanya sekali lagi menjadi pencabar kepada kejuaraan liga.
Bukan senang untuk mengharungi musim panjang Liga Super jika para pemain tidak fokus pada perlawanan selepas ini.
Jika sedikit kelalaian ditampilkan seperti mana mereka terikat dengan Terengganu beberapa hari lalu, kemungkinan impian untuk berada di singgahsana buat kali pertama sekali lagi tidak akan tercapai.
Jumaat, 4 Februari 2011
![]() |
![]() |
| Menjulang Piala Sumbangsih selaku ketua pasukan anak Kelantan yang pertama. |
| Personal information | ||
|---|---|---|
| Full name | Mohd Badhri Mohd Radzi | |
| Date of birth | June 2, 1982 (age 28)(1982-06-02) | |
| Place of birth | Kota Bharu, Kelantan | |
| Height | 1.73 m (5 ft 8 in) | |
| Playing position | Midfielder | |
| Club information | ||
| Current club | Kelantan FA | |
| Number | 16 | |
| Youth career | ||
| Kelantan FA | ||
| Senior career1 | ||
| Years | Club | App (Gls)* |
| 2004-2005 2005-2007 2007-2009- 2010-present | Kelantan FA PDRM FA Kelantan FA Kelantan FA | 34 (15) 21 (8) 25 (6) 21 (5) |
Khamis, 3 Februari 2011
Keghairahan Makan Diri
PEMAIN Kelantan terlalu ghairah untuk melancarkan serangan sehingga memjejaskan posisi di bahagian pertahanan.
GARA-GARA terlalu ghairah memburu kemenangan, hasilnya Kelantan hanya sekadar berkongsi mata apabila diikat seri 1-1 oleh jiran tetangga, Terengganu dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu, malam kelmarin.
Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu memberitahu, keghairahan untuk membantu jentera serangan mencari gol menyebabkan pemain-pemain pertahanannya terperangkap sehingga Terengganu berjaya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-69 menerusi Marzuki Yusof biarpun Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Badri Radzi pada minit ke-35.
Menurutnya, Terengganu yang kerap melakukan serangan pantas, telah beberapa kali berjaya memecah benteng Kelantan ekoran pemain pertahanan yang sering meninggalkan posisi namun, kecekapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menafikan hajat Terengganu.
“Semalam (kelmarin) kita berdepan satu perlawanan yang cukup pantas, lebih pantas daripada aksi menentang Selangor pada Piala Sumbangsih lalu. Terengganu sebuah pasukan yang cukup bagus dan ia telah menghadirkan kesukaran kepada kami. Sepatutnya kita menang di tempat sendiri, tetapi inilah bola sepak.
“Kita mengesan beberapa kelemahan termasuk kegagalan mengawal pemain lawan menyebabkan beberapa gerakan yang dihasilkan Terengganu kerap mencemaskan benteng kita. Saya fikir pertahanan perlu lebih bekerja keras untuk mantapkan permainan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, Terengganu berjaya memanfaatkan kelebihan memiliki pemain yang tinggi lampai dengan bermain bola lampung serta hantaran-hantaran lintang yang cukup bahaya sehingga memaksa pertahanan Kelantan bekerja keras.
Jelasnya, sikap membiarkan Terengganu memiliki sepakan sudut dan sepakan percuma berhampiran kotak penalti adalah situasi yang tidak begitu bagus dan buktinya Marzuki Yusof menggunakan ketinggiannya merobek gawang Kelantan menerusi tandukan selepas menerima hantaran Joseph Kalang Tie melalui sepakan percuma.
“Kita juga memiliki beberapa peluang tapi kurang bernasib baik kerana gagal menyudahkannya.
Dalam bola sepak peluang harus diterjemahkan dengan gol dan saya melihat kita masih lemah dari segi hantaran dan ia perlu diatasi segera.
“Beraksi dua perlawanan dalam tempoh tiga hari juga agak memenatkan. Kita sudah all out menentang Selangor, perjalanan pulang yang jauh dan selepas itu terus turun berlatih. Ini juga antara faktornya mengapa pemain sedikit lesu malam semalam (kelmarin),” jelasnya.
Dalam pada itu, Karathu memberitahu, tempoh 12 hari rehat ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbaiki segala kelemahan dan memastikan pemain yang tersenarai untuk perlawanan seterusnya adalah yang terbaik.
Percaturan Karathu tak menjadi
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...


