LESEN
Selasa, 5 Oktober 2010
Rekod cemerlang Kelantan sepanjang tahun 2010 semakin tercalar apabila gagal menampilkan persembahan konsisten dalam setiap perlawanan yang dilalui setakat ini.
Kejayaan yang diraih Kelantan dalam Liga Super gagal diteruskan dalam Piala Malaysia setelah empat perlawanan dilalui.
Ketika pasukan pilihan lain gah menerajui kumpulan masing-masing, Sang Kijang pula menunjukkan prestasi merudum menyebabkan kedudukan mereka dalam kumpulan semakin terancam.
Hanya mampu mengutip lima mata, Kelantan mengenepikan ramalan awal bahawa mereka mudah melangkah ke suku akhir.
Tidak pasti apa yang berlaku dengan pemain Sang Kijang sewaktu ini.
Mereka tampil lemah setelah melalui saingan panjang liga dengan gemilang. Mereka mencatatkan rekod tanpa kalah di gelanggang lawan malah menjadi pasukan paling sedikit bolos.
Benteng pertahanan Kelantan diibaratkan kubu paling kuat di Malaysia kerana melepaskan beberapa gol sepanjang 26 perlawanan liga tetapi apabila menjejakkan kaki dalam kancah piala, mereka mudah dibolosi pasukan lawan.
Mereka menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada pasukan lawan.
Begitu juga dengan jentera tengah dan serangan Kelantan, prestasi mereka mula dipertikaikan. Kehadiran pemain berpengalaman turut gagal menyumbang kepada jaringan gol.
Kegagalan mengekalkan konsentrasi dalam perlawanan mengakibatkan impian ke perlawanan kalah mati semakin menjauh.
Tekanan semakin memuncak kerana dalam dua perlawanan terakhir, enam mata maksimum diperlukan skuad Kelantan.
Jika gagal, kesudahan amat perit buat Red Warriors kerana menjadi pasukan bintang pertama gagal melepaskan diri ke suku akhir.
Isnin, 4 Oktober 2010
| S Kunalan Hidu Kelemahan Kelantan | ||
Ramai pemerhati Kelantan sungguh risau keadaan ini dan berharap B Sathiananthan meneliti dengan baik video ulangan perlawanan ini. Selain itu, pemain Negeri Sembilan juga boleh dinobatkan pelakon layar terbaik dalam melambat-lambatkan masa perlawanan. Terjahan ala Kung fu pada Indra Putra oleh Rahman sepatutnya sudah boleh dihadiahkan kad merah, mujurlah 2 kesalahan Rahman diperhatikan oleh pengadil dengan baik dan berjaya menghalau Rahman keluar padang apabila kerap dilihat kakinya terbang ala kung fu kepada pemain Kelantan.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo
| Bukan Lagi Mendebarkan, Ianya Mengerikan! Keluh Penyokong | ||
|
Malam ini Zairul Fitree dan Akmal Rizal dinobatkan hero penyelamat bagi The Red Warriors. Jaringan Sang Rusa oleh Shahurain Abu Samah yang mendapat lolosan baik S. Kunalan pada minit ke 21 sudah mampu membuat keadaan di sebelah penyokong Kijang terdiam seketika, ditambah lagi gol tendangan penalti Negeri Sembilan yang diambil oleh Abd Halim Zainal pada minit ke 66 menambah perit kedukaan penyokong Sang Kijang.
Namun tindakan bijak Ketua jurulatih yang memasukkan Akmal Rizal dan Norshahrul dilihat menjadi dan memberikan kelebihan pada aksi Kelantan pada babak separuh masa kedua. Jaringan pembukaan Kelantan oleh Zairul Fitree pada minit ke 70 dan selang dua minit oleh Akmal Rizal sudah mampu meredakan ketegangan perlawanan malam ini.
Pengadil pada malam ini sudah pasti akan menjadi mangsa ejekan oleh penyokong Negeri Sembilan yang kehilangan pemainnya Rahman Zabul dan ketua jurulatihnya Wan Jamak yang dilayang kad merah yang sememangnya menjadikan keadaan amat tegang di kedua-dua pasukan. Aksi terjahan keras kedua-dua pasukan membuat semua pengadil berkerja keras memantau keadaan. Balingan objek ke arah pengadil seperti tembakan M-16 yang menembak pengadil.
Walaupun Kelantan seri memberi sedikit kelegaan pada penyokongnya, berita tidak mengembirakan diterima apabila PKNS Selangor berjaya menundukkan KL Plus 3 berbalas 2, seterusnya menjarakkan jurang mata dan memintas kedudukan tangga kedua kumpulan A yang dipegang Kelantan kepada jurang mata 1 mata iaitu 8 mata untuk Negeri Sembilan, 6 mata untuk PKNS Selangor, 5 mata untuk Kelantan.
Ramai memuji barisan separuh masa kedua Kelantan yang sepatutnya disusun seawal separuh masa pertama lagi kerana separuh masa kedua 75% Kelantan berjaya menyusun gerakan dengan baik. Ternyata B. Sathiananthan dan seluruh peminatnya mampu menarik nafas lega kerana beliau terselamat dari sumpahnya yang akan letak jawatan sekiranya Kelantan tewas. Tahniah dan terima kasih buat semua penyokong dan pemain Kelantan yang bertungkus lumus pada malam ini.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate GomoJumaat, 1 Oktober 2010
![]() |
| Insiden balingan mercun di Kota Bharu. Benarkah bagai di medan perang? Tepuk dada tanya mata. |
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
