KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 8 Januari 2014

Apek tetap setia bersama Kelantan


DARI kiri,Nik Shahrul Azim, , Kevin, Khairul Fahmi dan Darby bergambar bersama pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.


PENJAGA gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim Ab. Halim mengikat kontrak baharu selama tempoh lima tahun bersama Kelantan.
Keputusan itu menyaksikan Khairul Fahmi dan Nik Shahrul Azim akan kekal menyarung jersi skuad The Red Warriors (TRW) sehingga 2019.
"Saya cukup menyanjung tinggi komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain tonggak berkenaan.
"Ini merupakan kontrak yang paling lama pernah ditandatangani oleh mana-mana yang pemain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M)," kata Ketua Pegawai Eksekutif TRW Sdn. Bhd., Kevin Ramalingam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pengumuman kontrak dua bintang The Red Warriors di Kota Bharu semalam.
Turut hadir, Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim dan ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby.
Sementara itu, Khairul Fahmi atau Apek menyifatkan keputusannya sebagai tepat dan ia dianggap sebagai pengorbanan kepada skuad The Red Warriors yang telah sebati dengan dirinya.
"Saya terima tawaran ini sebab saya asal sini (Kelantan). Karier saya bermula dengan The Red Warriors dan The Red Warriors juga banyak berkorban untuk saya selama ini.
"Jadi sudah sampai masanya saya korbankan untuk pasukan pula.
"Saya rasa telah membuat keputusan yang tepat demi masa depan saya," katanya yang berasal dari Kota Bharu.
Nik Shahrul Azim pula menyifatkan hatinya memang bersama Kelantan.
"Saya yakin dengan keputusan itu... saya asal sini, keluarga pun di sini, memang hati saya di Kelantan," kata pemain kelahiran Rantau Panjang itu.
Dalam perkembangan lain, Kelvin memberitahu, selain Apek dan Nik Shahrul, dua lagi pemain berpengalaman turut berbuat tindakan hampir serupa iaitu Zairul Fitree Ishak dan ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi.
Selain Apek dan Nik Shahrul Azim, kapten Kelantan, Mohd. Badhri pula mengikat kontrak selama dua tahun manakala Zairul Fitri tiga tahun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular