KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 1 Mei 2013

SELANGOR & KELANTAN MARA KE PUSINGAN KEDUA PIALA AFC

KOTA BHARU 1 Mei - Dua wakil Malaysia, Kelantan dan Selangor menempah tempat ke pusingan kedua Piala AFC dalam cara berbeza setelah masing-masing menang dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan, hari ini.

Kelantan menumpaskan kelab Myanmar, Ayeyawady United FC 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV untuk muncul juara Kumpulan G dengan diiringi Shb Da Nang dari Vietnam yang menyingkirkan Maziya S&C.

Sementara itu, Selangor perlu berterima kasih kepada East Bengal yang membenam Sai Gon Xuan Thanh 4-1 sekali gus membuka laluan kepada Red Giants yang bijak mengambil kesempatan itu selepas menang 3-2 mengatasi Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar.

Pada aksi kalah mati pusingan ke dua, Kelantan dijadualkan akan ber depan kelab Hong Kong, Kitchee manakala Selangor perlu menunggu hari ini lawan mereka sama ada dari Myanmar, Yangon United atau Maldives, New Radiant SC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular