KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 9 Mei 2013

Hodak Terkilan Sikap Penyokong TRW



Pemain Kelantan meraikan harijadi Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak selepas tamat perlawanan bertemu Felda United
WALAU kemenangan bergaya 3-0 ke atas Felda United sekalipun tidak mampu membuatkan Bojan Hodak tersenyum, gara-gara terkilan dengan sikap segelintir penyokong Kelantan kerana bertindak mengejek Ahmad Fakhri Saarani.
Tegas pengendali warga Croatia itu, ejekan terhadap Fakhri hanya membawa lebih banyak keburukan dan bakal mendatangkan kesan terhadap moral penyerang itu pada perlawanan akan datang.
“Para penyokong sepatutnya memberi sorakan untuk melonjakkan semangat pemain, bukannya di sebaliknya,” kata Hodak..
“Membuat ejekan terhadap seseorang pemain akan mengakibatkan dia bermain di bawa tekanan.
“Fakhri jelas begitu tertekan dalam perlawanan malam ini angkara ejekan penyokong sendiri, sebab itu dia bermain di bawah kemampuan sebenar.
“Keyakinannya terjejas sehinggakan sama ada penyudah mahupun hantaran semuanya tidak menjadi.
“Semua pemain tidak akan dapat mengelak daripada langsung tidak membuat kesilapan.
“Kalau itu berlaku, maka di sinilah penyokong memainkan peranan mereka iaitu terus menyokong padu supaya pemain itu dapat memperbaiki prestasi, bukan mengeruhkan keadaan dengan menjatuhkan moral pemain.
“Apa yang saya dapat lihat ialah Fakhri bermain jauh lebih baik ketika beraksi di tempat lawan berbanding di tempat sendiri.
“Penyokong TRW perlu mengikis sikap itu sekiranya mahu melihat pasukan terus mepamerkan aksi terbaik untuk perlawanan seterusnya,”
Di sebalik insiden kurang menyenangkan Hodak itu, dia tidak lupa untuk memberi pujian terhadap aksi memberangsangkan anak-anak buahnya.
“Saya gembira dengan persembahan anak buah, biarpun bermula sedikit perlahan di awal permainan.
“Kemenangan ini pastinya menyuntik semangat kepada semua pemain untuk terus bangkit dan memperbaiki kedudukan dalam liga,” katanya.
Sementara itu, bos Felda, K Devan pula menganggap faktor keletihan sebagai punca skuad bimbingannya tumpas di tangan Kelantan.
Kata Devan: “Skuad Kelantan lebih cergas kerana mendapat rehat yang secukupnya dan itu memberikan kelebihan buat mereka.
“Pemain saya pula dihantui keletihan selepas perlu mengharungi perlawanan dengan Perak Jumaat lalu.
“Situasi dirumitkan pula apabila kami dibolosi dua gol pantas Kelantan dalam  separuh masa pertama.”

 HENTIKAN DAN BERI SOKONGAN 
JIKA MAHU TENGOK PERMAIN 
KELANTAN BERMAIN DENGAN BAGUS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular