KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 9 Mei 2013

Hodak: Kelantan Mampu Berada Di Kedudukan Terbaik



Penyerang Kelantan, Indra Putra (dua, kiri) merampas bola daripada Emmanuel Mazowa Nsumbu (terjatuh) sebelum merembat masuk gol pertama.
KELANTAN positif untuk menamatkan saingan Liga Super di kedudukan terbaik terutama selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Felda United di laman sendiri, kelmarin.
Jurulatihnya Bojan Hodak sedar, selaku penyandang juara, peluang untuk mengulangi kejayaan sama agak sukar berlaku berdasarkan kedudukan mereka sekarang.
“Kami ada tujuh perlawanan lagi tidak termasuk perlawanan separuh akhir Piala FA dan kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
“Semua ini cukup penting, jika tak dapat pertahankan kejuaraan, kami perlu mengakhiri saingan liga domestik dengan keputusan positif,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mengenai kemenangan ke atas Felda United, Hodak akui, rentak barisan pemainnya bermula agak perlahan sehingga mendapat tekanan awal daripada pihak lawan.
“Segalanya berubah apabila kita menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit dan kembali menguasai perlawanan. Awal babak kedua kami hilang punca namun kemasukan pemain tengah, K Nanthakumar berjaya mengimbangi corak permainan.
Dalam perkembangan sama, Hodak akui tidak mahu menanggung risiko menurunkan penyerang import, Dickson Nwakaeme lebih awal kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan otot paha.
“Walaupun beraksi tujuh minit, Nwakaeme mampu mengucar-ngacirkan benteng pertahanan lawan. Saya percaya masanya akan tiba untuk dia bermain sepenuh masa tidak lama lagi,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular