KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 7 Disember 2011

Zakaria Sah Pemain Import Keempat Kelantan.

Pemain tengah berasal dari Lebanon, Zakaria Charara sah diambil Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk aksi Piala AFC pada musim depan.


Menurut presiden persatuan, Tan Sri Annuar Musa, pihak KAFA memutuskan untuk mengontrakkan Zakaria selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk sumber kewangan, keupayaan, dan keperluan pasukan The Red Warriors.

Zakaria menunjukkan aksi cemerlang ketika membantu Kelantan mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan skuad kebangsaan Maldives dalam perlawanan pra musim namun gagal memikat hati pihak pengurusan pada perlawanan seterusnya.

Namun, kepulangan Albert Banning ke tempat asal ekoran masalah teknikal menyebabkan Zakaria menjadi pilihan utama pihak pengurusan untuk diserapkan kedalam skuad Sang Kijang.

Selepas perbincangan secara menyeluruh, segala terma dan rundingan berkaitan gaji telah diselesaikan pihak KAFA dengan Zakaria dan dia dijangka turun sesi latihan rasmi bersama seluruh pemain Kelantan bermula Rabu ini (esok).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular