Pihak Pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan memindahkan perlawanan persahabatan pra musim The Red Warriors ke Lembah Klang pada 25 Disember nanti.
Menurut Presiden Persatuan, Tan Sri Annuar Musa, KAFA membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira beberapa faktor termasuklah memberikan peluang kepada penyokong di sekitar Kuala Lumpur memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan.
Sebelum ini, perlawanan persahabatan tersebut sepatutnya diadakan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu tetapi dipindahkan ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Dalam perlawanan itu, Kelantan dijangka turun aksi persahabatan menentang Kuala Lumpur bermula jam 8.45 malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan