KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 15 Disember 2011


Harimau Muda Jelajah Australia : Kalah Tipis




Selepas mencatatkan kemenangan menyakinkan pada perlawanan pertama, anak buah Ong Kim Swee tewas tipis 0-1 kepada Central Coast Mariners di Mingara Athletics Track, Tumbi Umbi, petang tadi.


Central Coast Mariners menurunkan kombinasi pemain muda dari skuad Nasional "Youth" dan pemain Hyundai A- League menggunakan sepenuhnya pengalaman yang dimiliki untuk melakukan jaringan melalui Danial McBreen pada babak kedua. Tindakan ketua jurulatih Harimau Muda melakukan perubahan pemain selepas menang keatas Sydney FC dilihat berbaloi kerana para pemain yang diturunkan menunjukkan aksi terbaik untuk menandingi kehandalan Mariners. Penyerang utama, Ahmad Fakri Saarani nyata begitu merbahaya apabila mengetuai jentera serangan Harimau Muda melakukan ancaman keatas barisan pertahanan Mariners yang diketuai oleh Trent Sainsbury dan Sam Gallagher. Selepas ini, Harimau Muda akan melalui perlawanan persahabatan seterusnya menentang Newcastle Jets.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular