KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 6 Disember 2011

Kelantan Mula Sesi Latihan.

Selepas bercuti sementara, skuad Kelantan kembali menjalani latihan penuh dibawah kendalian Peter James Butler di Padang Mardi, petang tadi.


Sesi latihan The Red Warriors berlangsung ceria dengan kehadiran hampir kesemua pemain kecuali beberapa pemain yang tidak turun kerana masih bercuti ekoran masalah kecederaan.

Paling mencuri tumpuan ialah kelibat Mohamad Ghaddar yang turun kali pertama menjalani latihan bersama rakan sepasukan yang lain di bumi Cik Siti Wan Kembang.

Kelantan kini dalam persiapan pra musim akan menjalani latihan secara tetap sebelum turun beberapa aksi persahabatan serta jelajah utara pada pertengahan Disember ini.

Sebelum ini, skuad Kelantan terpaksa jauh berkelana ke luar negeri untuk latihan dan perlawanan pra musim kerana cuaca tidak mengizinkan pemain dan jurulatih berlatih di arena sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular