KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 6 Disember 2011

Tiga Import Muktamad.

Kesuntukan masa untuk mencari seorang lagi pemain import untuk menyertai saingan Liga Malaysia dan Piala AFC menyebabkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memuktamadkan untuk tiga pemain sahaja.


Tiga pemain tersebut, Denny Antwi, Emmanuel Okine dan Mohamad Ghaddar akan didaftarkan dengan pasukan Kelantan untuk membantu mereka bersaing dalam beberapa kejohanan yang berlangsung musim depan.

Perkara tersebut disahkan sendiri Presiden pada satu sidang bersama pihak media di The Red Warriors Cafe, Kelantan Trade Center (KTC), tengahari tadi.

Selain itu, KAFA turut mengumumkan akan membawa pulang beberapa pemain yang berasal dari Kelantan dari skuad Harimau Muda B untuk diserap dalam pasukan President Warriors pada tahun 2012.

Keinginan mempertahankan kejuaraan Piala Presiden menyebabkan pihak pengurusan bertekad akan membawa pulang pemain tersebut untuk memperkuatkan pasukan.

Dalam perkembangan lain, pihak KAFA turut menyatakan empat pemain yang menyarung jersi The Red Warriros musim lepas dipinjamkan kepada dua pasukan yang beraksi di Liga Super dan Liga Perdana.

Wan Zaman Mustapha dan Zulyusri Che Harun dipinjamkan kepada Perlis manakala Nizad Ayub serta Khairan Ezuan Razali pula akan menyertai Felda United.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular