KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 2 Disember 2011

Ghaddar, Antwi Sertai Norshahrul Gempur Kubu Lawan.

Kelantan akhirnya menjumpai barisan pengempur impian untuk merobohkan benteng pertahanan pasukan lawan dalam saingan bola sepak tempatan dan antarabangsa pada musim hadapan.


Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari laman Facebook Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, dijangkakan Danny Antwi dan Mohamed Ghaddar akan didaftarkan selaku pemain import seperti yang diperuntukkan FAM dalam saingan Liga Super.

Kedua-dua pemain tersebut akan melengkapkan barisan depan Kelantan bersama pemain paling bernilai negara ketika ini yang juga penjaring kedua terbanyak Liga Super 2011, Norshahrul Idlan Talaha.

Melihat pada kualiti yang dimiliki oleh ketiga-tiga pemain, kredibiliti mereka merupakan yang terbaik pernah dimiliki Kelantan sejak zaman Marco - Hashim, Azlan - Suriya dan Mohammadou Mustapha - Nizad Ayub/Ramzul Zahini.

Danny sudah membuktikan sentuhan berbisa dengan deretan jaringan sempena pra musim manakala Mohamad Ghaddar beraksi cemerlang termasuk menjaringkan gol pertama dalam penampilan pertama dengan The Red Warrios di Paroi.

Kehebatan Norshahrul Idlan tidak perlu dipersoalkan lagi dimana ketajaman dan naluri pembunuh didepan gawang memang sudah diakui sehingga di peringkat Asia.

Segalanya masih awal tetapi jika mereka benar-benar digandingkan bersama pada musim hadapan, Kelantan bakal menggerunkan barisan pertahanan lawan dengan corak penyerangan tiga serangkai dibantu "midfield" berkelas tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular