Piala AFC 2012 : TRW Main Di Bukit Jalil.
Mengikut jadual perlawanan yang dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), hampir pasti The Red Warriors akan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil selaku gelanggang rasmi mereka dalam kejohanan Piala AFC, musim depan.
Satu berita tidak menyenangkan kepada seluruh warga Sang Kijang di negeri Kelantan kerana sejarah untuk melihat kejohanan antarabangsa dilangsungkan di stadium keramat tidak dapat diadakan.
Menurut beberapa pihak yang ditemui RedsfcNews di Kota Bharu, mereka nyata kecewa dengan perkhabaran terbaru tersebut kerana bagi mereka, kejohanan akan tampak lebih berprestij jika diadakan di arena sendiri.
Sebelum ini, dilaporkan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV tidak menepati beberapa piawaian yang telah ditetapkan oleh AFC tetapi pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tekad melakukan rayuan untuk membawa perlawanan ke Kota Bharu.
Namun, permasalahan yang melibatkan kerajaan negeri serta pihak pengurusan KAFA gagal menemui jalan penyelesaian terbaik menyebabkan impian menyaksikan kejohanan antarabangsa tidak dapat dielakkan dibuat di stadium berkecuali.
Kelantan akan memulakan perlawanan pertama Piala AFC melawan Navibank Saigon pada 7 Mac 2012. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan