KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 21 April 2010

Sathia tidak anggap mudah pertemuan menentang KL emel


AWAS pemain Kelantan! "Jangan panggil Liga Super kalau anda rasa ada pasukan yang boleh dibelasah kerana pasukan yang ada dalam liga ini mempunyai kekuatan masing-masing dan semua pasukan mahu mencipta kejutan," demikian ingatan ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan yang mungkin ditujukan kepada anak-anak buahnya menjelang perlawanan menentang Kuala Lumpur di gelanggang keramat skuad Red Warriors, Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam ini.



Jika sesetengah pihak menganggap Kelantan bakal menang mudah berdasarkan prestasi pasukan ibu kota itu yang berkedudukan empat tangga di bawah skuad Kijang, namun tidak begitu bagi Sathianathan.

Mengulas persiapan pemain Kelantan malam nanti, Sathia menyifatkan kelebihan dimiliki Kuala Lumpur ialah pasukan itu turun tanpa sebarang tekanan berbanding pasukan tuan rumah.

Katanya, diletakkan sebagai pasukan pilihan lebih memberi tekanan berbanding Kuala Lumpur yang akan bermain dengan lebih selesa tanpa rasa tertekan.

"Dilabel sebagai pasukan pilihan bukan suatu yang baik bagi saya. Rata-rata mereka adalah pemain muda serta tidak mempunyai 'nama' lagi dalam dunia bola sepak tanah air yang sudah tentu memberi kelebihan.

"Jika perlawanan biasa mereka memberikan 80 peratus, bertemu Kelantan mereka pasti akan memberi 180 peratus untuk membuktikan sesuatu dan itu yang menakutkan saya," katanya.

Selepas berjaya menjinakkan pasukan Juara Piala Malaysia dan Piala FA di Paroi di Paroi, Sabtu lalu, rata-rata peminat Kelantan tentunya menaruh harapan tinggi satu lagi kemenangan boleh digapai apabila menentang pasukan seperti Kuala Lumpur.

Yang sebenarnya tambah Sathia, dalam kancah Liga Super tiada pasukan boleh dilabel sebagai pasukan belasahan dan boleh dipandang mudah oleh pasukan lain kerana pasukan yang bertanding merupakan pasukan yang beraksi dengan baik.

"Saya mengharapkan kita mampu mengekalkan momentum seperti yang dilakukan di Paroi dan saya mahu pemain beraksi lebih baik daripada itu terutama ketika beraksi di hadapan penonton sendiri," ujarnya.

Sathia turut meminta para peminat Kelantan supaya bersabar dan kemenangan ketika menentang Negeri Sembilan dilihatnya sebagai 'batu loncatan' atau permulaan kepada pasukan Kelantan untuk memburu kejuaraan.

"Kelantan adalah sebuah pasukan yang baru dibentuk dengan kemasukan pemain-pemain baru dan saya berharap penonton bersabar sebelum kita mendapat hasilnya," katanya.

Prestasi Kelantan dalam saingan Liga Super setakat ini masih belum memuaskan hati majoriti peminat Red Warriors biar pun hakikatnya pasukan itu hanya tewas sekali saja.

Namun keputusan seri yang sering dicatatkan ketika beraksi di gelanggang lawan menjejaskan sedikit kedudukan Kelantan dalam carta liga.

Selepas mengharungi 10 perlawanan Kelantan berjaya memungut 19 mata untuk menduduki tangga keempat berbanding 26 mata dimiliki pendahulu, Selangor yang bermain lebih satu perlawanan.

Jika Kelantan mampu memungut tiga mata penuh malam ini, kedudukan berkenaan mungkin masih kekal kerana pasukan tangga ketiga, Terengganu turut berpeluang cerah meraih tiga mata kerana beraksi menentang Johor di halaman sendiri.

Begitu juga pasukan tangga kedua, Johor FC, yang berhadapan pasukan kelab, T-Team di Kuala Terengganu. Kecuali jika ada kejutan, Johor FC kemungkinan besar mampu mencuri mata penuh dari Kuala Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular