Aksi Longlai Perlu Diubah
Andai aksi menentang Perlis dijadikan ukuran, Kelantan nyata masih jauh untuk menggapai impian menjadi kuasa baru bola sepak tanahair sekurang-kurangnya setahun dua dari sekarang.
Hanya kemenangan nasib yang diperolehi anak buah Sathianathan sewaktu menundukkan Singa Utara 2-1 di Kota Bharu, semalam.
Persembahan biasa-biasa sahaja yang dipamerkan malah langsung tidak selaras dengan pengumuman awal dahulu mengatakan Kelantan sekarang sudah mampu mendabik dada menjadi salah satu pasukan gergasi Malaysia.
Ketika pasukan lain sudah memacu laju untuk berada didepan, Kelantan semakin menjauh dengan permainan yang tidak konsisten dan kurang menyengat.
Dari persembahan terpuji, mereka semakin menurun dan menurun dari setiap perlawanan menyebabkan sang peminat yang kehausan kejayaan mula memikirkan kembali adakah Kelantan mampu menjuarai salah satu piala atau perlu menunggu beberapa tahun lagi untuk mencapai sesuatu.
Barisan bintang yang diambil hanya beberapa orang sahaja tampil membantu skuad ketika ini. Antara pembelian Kelantan yang dikira berbaloi setakat ini hanyalah Azizi Mat Rose, Syed Adney, Idlan Talaha dan Shakir Shaari sambil tidak melupakan jasa Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohamed yang sudah dua musim menabur bakti di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Selebihnya, pemain bintang ini hanya menggalas tugas kedua tanpa memberi pulangan lumayan kepada skuad Kijang. Lihat pada Akmal Rizal, Hairudin Omar, S. Chanturu dan S. Subramaniam, mereka gagal langsung menyesuaikan diri dengan pemain tempatan sehingga gagal memberi persembahan seperti yang dipamerkan sewaktu membantu skuad asal mereka musim lalu.
Memang mereka seratus peratus tidak boleh disalahkan namun mereka perlu sedar yang mereka hadir ke Kota Bharu bukan untuk melancong, jauh sekali untuk bermain sambil lewa kerana harapan yang diletakkan dibahu mereka bukan kecil tetapi sebuah kejayaan memungut sekurang-kurangnya satu piala utama.
Justeru itu, pemain perlu meningkatkan keupayaan mereka jika masih mahu bermimpi untuk mendapatkan kejayaan yang membanggakan.
Peminat sudah mulai bising kerana dari Liga Super, Piala FA sehinggakan ke perlawanan persahabatan mereka bagaikan ditipu kerana persembahan pemain-pemain seperti tidak menghargai kesudian mereka hadir ke stadium untuk memberikan sokongan.
Tambahan dengan harga tiket yang dikenakan bukanlah yang termurah di Malaysia, mereka hadir dengan semangat untuk menyaksikan betapa mantapnya corak permainan skuad dalam perlawanan namun yang disajikan boleh dikatakan tidak berbaloi dengan susah payah mereka mendapatkan sekeping tiket berharga RM12.
Walhal, lawan yang dihadapi bukannya lawan yang dikategorikan kuat dan mengancam.
Jadi, pihak KAFA dan pengurusan skuad perlu mencari tonik berkesan merubah corak permainan ataupun mereka berdepan kemungkinan kehilangan penyokong setia yang mengikuti skuad kemana sahaja mereka pergi.
Hargai sokongan dengan memberikan yang terbaik seterusnya mencari cara bagaimana untuk mendapatkan apa yang dihajati peminat bola sepak Red Warriors yang ketika ini mendambakan sebuah piala yang masih belum pernah dimiliki Kelantan dalam sejarah bola sepak Malaysia.
Kami Sentiasa Menyokong Kerana Kami Sokong Bukan Ketika Menang tetapi Sokongan Kami Zaman Berzaman.
Gomo Kelate Gomo
LESEN
Jumaat, 9 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan