KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 18 April 2010

Penyokong Cemerlang Di Paroi emel



Semua tabiat buruk dan keji yang telah disenarai menjadi budaya pasukan lain seperti bermain mercun, membaling botol kepada pemain dan yang buruk seumpamanya. Penyokong Kelantan membuktikan semangat dan jiwa mereka tetap bersama Kelantan walau dimana-mana sahaja mereka berada, keutuhan semangat ini tidak boleh digugat oleh mana-mana penyokong di Malaysia. Penyokong The Red Warriors akan menyerbu dan pergi kemana saja perlawanan diadakan tanpa rasa gerun atau takut berada dinegeri lain seolah-olah penjajah versi baru dan tidak menjadi 1 masalah kepada masyarakat Kelantan sekiranya digelar Penjajah oleh masyarakat negeri lain kerana jiwa rakyat Kelantan adalah jiwa pedagang, pandai mengambil peluang, rajin dan yang penting setelah beberapa dekad pelajar Kelantan hebat dan menguasai seluruh universiti dan pusat pengajian tinggi Malaysia. Ini perlu diakui oleh semua media yang sentiasa menggambarkan satu keburukan penyokong Kelantan menggambarkan seluruh sifat masyarakat Kelantan tetapi apabila perkara seperti apa yang digambarkannya sebelum ini dilakukan oleh masyarakat luar Kelantan didiamkan dan dibakul sampahkan laporannya.

TRWC melalui sedikit ruang yang ada ini akan terus berjuang menangkis segala tohmahan dan kritikan yang berat sebelah terhadap penyokong Kelantan dan Pihak TRWC juga amat berharap semua peminat Kelantan sentiasa memberi sokongan diatas segala usaha yang cuba dan akan kami sentiasa lakukan. Visi dan misi TRWC untuk menjadi sebuah media unggul dan hebat tidak akan berjaya tanpa sokongan peminat Kelantan semua dan peminat bukan Kelantan yang sudah ramai menjadi ahli dan peminat TRWC.

Oleh itu bagi mengwujudkan kesatuan yang kuat dikalangan semua kelab dan persatuan penyokong Kelantan tanpa mengira ideologi politik, ideologi kelab atau persatuan, TRWC amat berharap semua wakil kelab dan persatuan dapat mengajak dan memeriahkan majlis yang diusahakan bersama KAFA untuk memupuk semangat yang bijak dan saling menghormati antara kita iaitu melalui program HIMPUNAN KOMUNITI SIBER ANAK-ANAK KELANTAN (KELANTANESE CYBER COMMUNITY GATHERING 2010) diadakan pada 16 Mei 2010 Ahad di Taman Tasik Titiwangsa. Pelbagai program diadakan seperti Tomoi Thai, Dikir Barat, Timbang Bola, Pertandingan Playstation World Cup 2010, Artis Jemputan dan pelbagai lagi. Maklumat lanjut dan daftar segera sila layari http://www.theredwarriors.com/keccom/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular