KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 4 April 2010

Piala Presiden 2010: Kelantan Catat Kemenangan Pertama PDF | Cetak | emel

Walaupun bermain dengan 10 pemain ketika perlawanan berbaki 15 minit, pemain muda Kelantan bijak bertahan seterusnya mengutip tiga mata penuh buat kali pertama setelah mengharungi empat perlawanan.

Kedudukan skuad Piala Presiden Kelantan dalam carta liga kemungkinan tidak berubah hasil kemenangan ini namun ia tetap memberi semangat kepada mereka untuk terus bangkit mencari tiga mata dalam perlawanan selepas ini.

Kelantan mendahului lawan 2-0 pada separuh masa pertama setelah Aris Zaidi mengambil kesempatan kerapuhan benteng pertahanan pelawat untuk menjaringkan gol pada minit ke-20. Dua belas minit kemudian, giliran Faizul Nazlin pula mencatatkan nama selaku penjaring untuk mengukuhkan kedudukan Kelantan didepan.

Babak kedua perlawanan, Kelantan terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah ketua pasukan, Hanif Mohd Noor dilayangkan kad merah kedua dalam empat perlawanan pada minit ke-75. Kekurangan seorang pemain tuan rumah berjaya dimanfaatkan Sabah untuk mengandakan serangan seterusnya menjaringkan satu gol sagu hati pada 10 minit terakhir.

Menurut maklumat dari fisio pasukan, Mohd Afiq Amin, skuad muda Kelantan terlepas enam peluang keemasan untuk menjaringkan gol melalui Zamri Ramli, Mohd Izuan Solahudin dan penjaring gol pertama, Aris Zaidi.

Dalam perlawanan ini juga, pengurusan skuad Piala Presiden Kelantan bertindak menurunkan lima pemain senior untuk memperkuatkan pasukan diketuai Mohd Zamri Ramli.

Perlawanan seterusnya Kelantan akan menentang pendahulu liga Piala Presiden, Melaka di Stadium Hang Tuah, Khamis depan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular