Red Warriors tunjuk garang
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/04/26
Sathia mula temui sentuhan selepas menewaskan Negeri SembilanSELEPAS permulaan goyah pada awal musim, Kelantan sudah menemui rentak yang dicari-cari dengan meledakkan tiga gol dalam tiga perlawanan berturut-turut sejak Liga Super kembali bersambung.
Empat perlawanan itu berakhir dengan seri tanpa jaringan, dengan ia menceritakan mengapa mereka kini berada di tempat ketiga, empat mata di belakang pendahulu, Selangor dan satu mata ketinggalan dengan jiran Pantai Timur mereka, Terengganu.
Kelantan juga berbangga dengan pertahanannya yang diiktiraf sebagai terbaik dalam liga selepas hanya bolos empat jaringan setakat ini.
“Kita hanya tewas satu perlawanan setakat ini. Pemain sudah mula menemui sentuhan gol, diharapkan mereka dapat meneruskan prestasi ini bagi perlawanan akan datang. Perlawanan menentang saingan terdekat kami, Terengganu dan Selangor penting menentukan gelaran Liga Super,” kata Sathia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan