Menjelang pertemuan The Highwaymen VS The Red Warriors | emel |
Namun bagi Jurulatih Kelantan B. Sathiananthan tidak akan memandang remeh mahupun berasa terlalu selesa menjelang pertemuan ini kerana menggangap prestasi KL Plus sukar diramal dan perlu lebih berhati-hati. Beliau turut berharap kehadiran ramai penyokong pada malam esok yang akan memberikan semangat kepada semua pemain yang akan merasakan seolah-olah beraksi di arena sendiri. Pihak TRWC menyeru semua peminat bolasepak Kelantan untuk menyaksikan perlawanan ini, melihat pada respon di Facebook dan laman forum jemputan supaya berkonvoi dari 1 destinasi yang sama ke stadium MBPJ malam esok amat menggalakkan. Kami juga menyeru kepada semua kelab-kelab penyokong membawa sebarang alat bunyian seperti gendang, drum dan sebagainya bagi memeriahkan suasana perlawanan ini.
Diharap kemenangan selesa dua perlawanan lepas tidak melalaikan para pemain The Red Warriors dalam menjalankan tugas penting esok. Misi kemenangan perlu diteruskan supaya memberi saingan sengit kepada Selangor dan Terengganu dalam mendaki kemuncak tangga liga. S. Chanturu yang dilihat banyak mensia-siakan peluang pada selasa lepas perlu lebih bersedia dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sekiranya diberikan peluang dalam kesebelasan utama. Keserasian tiga trio utama Indra, Norshahrul dan Piya seolah-olah menjadi bom peledak berangkai yang sangat digeruni lawan dan ditambah kehebatan Daudsu, Farhan, Azizi yang boleh berfungsi sebagai bom yang sukar dijangka dan boleh meledakkan gol pada bila-bila masa sekiranya peluang terhidang.
Kesungguhan dan semangat penyokong The Red Warriors dalam terus memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka telah sedikit sebanyak menyedarkan semua pasukan liga super tentang kekurangan sambutan penyokong mereka. Oleh itu tidak perlu menjadikan alasan siaran langsung dan Liga Eropah sebagai punca kurangnya sambutan penonton ke stadium kerana bagi masyarakat Kelantan semuanya ditonton dan dilayan dengan fanatik tanpa mengabaikan semangat kenegerian dan jati diri mereka. Pihak media juga perlu dipertanggungjawabkan kerana terlalu mengagungkan dan berlebihan dalam membuat liputan dan laporan liga luar negara berbanding liga tempatan yang hanya berkongsi ruang dan perenggan sahaja. Situasi ini amat berbeza ketika zaman era Hashim Mustapha, Radhi Mat Din dan Mat Zan Mat Aris, dimana media memberi liputan yang luas dan sensasi kepada pemain-pemain pada zaman itu, tidak mustahil juga kelesuan ini disebabkan ketiadaan pemain import yang memeriahkan liga tempatan diera 80an dan 90an.
Walaupun apa alasannya penyokong The Red Warriors yang sering dicop ganas dan fanatiklah, masih utuh dan ramai jumlah penontonnya walau diera mana dan tempat mana sekalipun. Sekalung tahniah kepada semua penyokong setia The Red Warriors yang begitu cemerlang dan terbaik dalam tingkah laku serta tindakan mereka sejak TM Liga Super 2010 berlangsung dan pihak KAFA berharap situasi ini akan menjadi sikap dan tabiat sebenar penyokong Kelantan sepanjang zaman. Bukan satu riak mahupun takbur sekiranya disamakan atau diletakkan penyokong Kelantan sebenarnya sudah setanding penyokong Eropah yang sentiasa memenuhi stadium walaupun terdapat siaran langsung TV, lintas langsung melalui web dan kemaskini keputusan terkini di web mahupun sms kerana realiti ini dapat dibuktikan pada semua. Seruan penyokong Kelantan agar membawa setiap seorang satu bendera atau satu belon amat digalakkan supaya dapat menunjukkan kepada seluruh Malaysia budaya penyokong bolasepak profesional Eropah sudah ada pada diri masyarakat Kelantan. Kita harus berpegang pada prinsip biar apa pun orang hendak labelkan pada kita yang penting kita akan menjadi lebih baik dan terbaik dari orang lain. Kami juga menyeru semua peminat The Red Warriors mengajak kawan-kawan semua menjadikan laman web rasmi KAFA sebagai media utama dalam menangkis segala kritikan dan tohmahan berat sebelah media. Kami akan mengemaskini berita dari masa ke semasa selain mengalu-alukan sumbangan artikel yang sesuai untuk dipaparkan sebagai berita komuniti oleh semua peminat.
"Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main biar bijak...Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan