KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 20 April 2010

Letih punca NS diaib Kelantan emel


GAGAL menyempurnakan peluang adalah antara punca utama juara Piala FA, Negeri Sembilan kecundang kepada Kelantan dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam kelmarin.

Sekali pun berjaya mengimbangi saingan, ketumpulan barisan depan skuad Rusa diterajui Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Mohd Shaffik Abdul Rahman meletakkan skuad itu terpaksa berdepan laluan lebih sukar untuk mencabar kedudukan puncak carta liga.

Bagi jurulatih skuad itu, Wan Jamak Wan Hassan, pemain perlu menyalahkan diri sendiri di atas kekalahan 1-3 itu kerana melakukan banyak kesilapan sekali gus menyebabkan peluang itu diambil kesempatan pihak lawan untuk meraih kemenangan.
“Banyak peluang tidak dimanfaatkan sepenuhnya menyebabkan keputusan perlawanan tidak berpihak kepada Negeri Sembilan, namun faktor keletihan juga tidak dapat diketepikan yang menyebabkan pemain tidak dapat memberikan persembahan seperti diharapkan.


“Bagaimanapun itu bukan alasan dan kita terpaksa menerima hakikat betapa Kelantan beraksi lebih baik malam tadi (kelmarin), justeru pemain Negeri Sembilan perlu menjadi kegagalan itu sebagai suatu pengajaran agar ia tidak berterusan pada perlawanan akan datang,” katanya semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular