Kelantan sedar kehebatan NS | emel |
|
|
IBARAT ulangan pentas akhir Piala Malaysia. Itu yang disifatkan oleh jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika diminta mengulas mengenai pertembungan dengan Negeri Sembilan di Paroi malam ini. Menurutnya, Kelantan akan lebih berhati-hati ketika bertandang ke gelanggang lawan kerana pasukan lawan masih segar dengan kejayaan menjulang gelaran Piala FA. "Saya mengaku pertemuan dengan Negeri Sembilan bukan satu tugas yang mudah dan ia suatu ujian yang getir kepada pemain- pemain saya. "Ini mungkin mirip perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 tetapi saya tidak mahu keputusannya sama seperti perlawanan tersebut," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Tambahnya, Kelantan menghormati pasukan Negeri Sembilan yang mempunyai barisan pemain mantap dan berpengalaman. Bagaimanapun, beliau optimis dengan peluang yang dimiliki Kelantan walaupun rekod Kelantan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tidak begitu memihak kepada mereka. "Tiga minggu kita (Kelantan) tidak menghadapi sebarang pertandingan kompetitif berbanding mereka (Negeri Sembilan). "Situasi ini mungkin memberi kelebihan kepada mereka tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan kita sama-sama lihat dan tunggu keputusannya," ujarnya. Jelasnya, rata-rata pemainnya sudah bersedia dan memahami tugas yang perlu dijalankan dengan misi untuk membawa pulang mata penuh ke Kota Bharu. "Kita menghormati Negeri Sembilan tetapi saya telah berpesan kepada para pemain supaya jangan terlalu merendah diri dan takut kerana kita juga miliki kelebihan. "Kelantan tidak mahu lagi kehilangan mata dan baki perlawa- nan yang ada akan kami manfaat- kan. Perjalanan masih jauh dan kita sama-sama tengok apa yang kami mampu lakukan," tambahnya. Perlawanan malam ini menyaksikan Kelantan tidak dapat menurunkan pertahanan kiri mereka, Zairul Fitree Ishak yang mengalami sakit mata, sementara Hairuddin Omar masih digantung perlawanan akibat menerima kad merah ketika menentang T-Team, Februari lalu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan