KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 25 Februari 2010

  • AKSI PASUKAN PIALA PRESIDEN BERMULA KHAMIS INI


    KOTA BHARU - Skuad Piala Presiden Kelantan bakal memulakan aksi sulung dalam kempen TM Piala Presiden musim baru menentang Negeri Sembilan di gelanggang lawan hari Khamis ini.

    Kejohanan TM Piala Pre-siden merupakan kejohanan di bawah kelolaan Per-satuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertujuan mencungkil bakat-bakal baru untuk diserap sebagai pelapis pasukan utama negeri.

    Skuad yang dilatih oleh Anizan Daud serta dibantu dua bekas pemain negeri, Zahasmi Ismail dan Hamid Ramli kini giat menjalani latihan insentif sejak sebulan setengah yang lalu.

    Pengurus pasukan, Yahya Jamada Ali ketika dihubungi berkata, seramai 18 pemain akan dibawa ke Seremban bagi menghadapi perlawanan sulung tersebut.

    “Musim ini kita diperkuatkan dengan dua pemain yang pernah beraksi dalam kancah Liga Super musim lalu iaitu Muhd Zamri Ramli dan Mohd Hanif Mohd Nor.

    “Pengalaman Muhd Zamri (Ramli) dan Mohd Hanif (Mohd Nor) yang pernah beraksi bersama pasukan Liga Super Kelantan musim lalu diharap dapat memberi suntikan semangat kepada pemain muda yang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

    Beliau berkata, pelatih Liga Super Kelantan musim ini seperti Mohd Izuan Solahuddin, Somchai Sinuai dan Tuan Mohd NorHafiziee Tuan Mahmood juga turut berada dalam senarai utama pasukan Piala Presiden Kelantan musim ini.

    Menurutnya, para pemain muda Kelantan kini begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan sulung tersebut biarpun terpaksa beraksi di gelanggang lawan terlebih dahulu.

    “Saya percaya gandingan Anizan Daud dibantu oleh Zahasmi Ismail dan Hamid Ramli yang diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk mengemudi pasukan pelapis mampu mencipta kejuaraan musim ini,” katanya.

    Katanya, Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan turut bertanggungjawab mengawasi sepenuhnya perkembangan skuad muda itu bermula daripada sesi pemilihan pemain pertengahan Januari lalu sehingga pembentukan pa-sukan yang kini sudah cukup bersedia sepenuhnya membawa cabaran musim ini.

    Musim lalu, Kelantan gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir setelah sekadar menduduki tangga pertengahan pada peringkat liga.- Sinar Harian

Aku Sebuah Stadium Yang Besar dan Sepi PDF Cetak emel

Aku stadium yang terbesar di Malaysia dan aku diberi nama Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku merindui lautan merah yang telah 2 kali membanjiri aku tahun lepas, ternyata tahun ini aku akan kesunyian dengan kemeriahan skuad pahlawan merah yang telah membuat aku berasa gembira dan dihargai. Kalau sebelum itu aku hanya dihadiri oleh beberapa ribu orang sahaja apabila setiap kali perlawanan akhir bolesepak di Malaysia tetapi sejak kebangkitan skuad pahlawan merah aku bangga diriku diminati sehinggakan ada orang meloloskan diri melalui pagar-pagar aku untuk mendekati aku. Aku juga suka melihat para penjual gembira dengan hasil pulangannya.

Namun suasana itu tiada lagi tahun ini, aku amat berharap skuad pahlawan merah menngunjungi aku pada perlawanan akhir piala Malaysia nanti. Aku perlu dihargai dan tidak rela dibiarkan kesepian. Aku tidak kisah diriku dibakar, janji aku dapat memberi pulangan yang lumayan kepada pengurusku. Apakan daya aku sebuah stadium bukan seorang jurulatih, aku hanya mampu berharap skuad pahlawan merah dapat berkongsi kemeriahan sahabatku iaitu stadium Sultan Muhammad ke 4 di Kota Bharu dengan aku nanti, jikalau aku dapat merasainya sekali pun jadilah.

Bangkitlah wahai skuad pahlawan merah demi untukku.....dan demi untuk penyokongmu yang setia dan ramai itu...diriku sedia untukmu

Yang berharap;

Monumen Kesepian

Stadium Nasional Bukit Jalil

\
Kelab Penyokong The Red Warriors perlu bersatu? PDF Cetak emel


Kelantan antara negeri yang mempunyai jumlah penyokong bolasepak teramai dan stadium paling penuh di Malaysia. Sekiranya "Malaysia Book Of Record" ada kategori stadium paling ramai setiap hari perlawanan sudah pasti Kelantan layak untuk tempoh 2 tahun berturut-turut. Walaupun kapasiti stadium Sultan Muhammad Ke 4 hanya boleh memuatkan sekitar lebih kurang 15,000 penonton, jumlah ini sudah boleh mengatasi semua negeri di Malaysia. Ada kata-kata sinis mengatakan stadium kelantan boleh penuh disebabkan Kelantan tiada pusat-pusat hiburan dan aktiviti malam, padahal mereka-mereka ini dengki dengan semangat sayang dan setia pada pasukan tempatan.

Boleh dikatakan mereka-mereka yang mengeluarkan kata-kata ini tidak pernah faham jati diri rakyat Kelantan, pernah mereka terfikir tempahan penerbangan ke Kota Bharu penuh apabila tiba hari-hari perlawanan. Adakah mereka yang terbang ini tidak sukakan hiburan sebab itu pulang tengok bola? Jawapannya kita tidak akan dapat dari negeri lain kerana Rakyat Kelantan memiliki semangat kenegerian yang kuat berbanding rakyat negeri lain. Hal ini juga boleh dilihat pada pelekat kereta berlogo bendera Kelantan atau lambang Kelantan, yang menjadi suatu kepastian pada rakyat Kelantan menampalnya walaupun sekecil-kecil di tepi plat kereta.

"Aku Bangga dengan rakyat negeriku, tetapi aku tidak bangga pada semangat sombong sesetengah kelab penyokong Kelantan, yang berpecah-pecah dan berpuak-puak" Kata-kata yang keluar daripada seorang sahabat yang enggan namanya didedahkan. Bersikap sombong dan terlalu berbangga dengan kelab penyokong sehinggakan tidak boleh berkerjasama diantara satu sama lain merupakan sifat-sifat kekampungan dan lapuk yang perlu dibuang pada zaman ini. Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah Kelantan mempunyai ramai kelab penyokong, tetapi biarlah ada perkara-perkara yang boleh menampakkan dan membuatkan mereka berkerjasama selain daripada berkerjasama dalam memberi sokongan kepada skuad The Red Warriors kerana kita memahami setiap kelab mempunyai visi, misi, objektif penubuhan dan ideologi pemikiran serta aliran politik yang berlainan tetapi biarlah ianya bergerak secara profesional dan sihat. Sifat sombong merasakan kelab-kelab penyokong lain kecil dan hina untuk bersamanya adalah suatu sifat halus yang akan merosakkan seperti sifat anai-anai yang secara perlahan-lahan merosakkan kayu. Kelab penyokong ini ibarat tulang belakang utama skuad The Red Warriors, jadi kelab-kelab penyokong ini perlu bersama dalam segala hal. Ibarat kek yang perlu dipotong dan dikongsi bersama-sama. Kelemahan kelab kita ditampung oleh kelab orang lain. Sudah sampai masanya isu-isu lapuk, sifat-sifat buruk dan sombong perlu dibuang.

Sempena memperingati Maulidur Rasul ini bersama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa Rasullah yang memanggil semua ketua-ketua kaum dan kabilah untuk mengangkat batu hitam untuk diletak diatas Kaabah dengan berkongsi bucu-bucu kain. Tidak salah berlainan ideologi tetapi biarlah ada perkara yang boleh menyatukan kita dalam menjaga kepentingan bersama kerana memang lumrah manusia dilahirkan memerlukan diantara satu sama lain. Ayuh Bersatu bersama THE RED WARRIORS Kalah, seri atau menang...

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH. Sekecil-kecil iman manusia biarlah terdetik dihatinya mengambil 1 perkara sunnah Rasullah dan membuang 1 perkara yang bertentangan dengan sunnah Rasullah pada hari ini, esok, lusa, minggu, bulan atau tahun...Amin

Perubahan Positif Penyokong The Red Warriors PDF Cetak emel


Persepsi demi persepsi yang diberikan oleh media dan masyarakat luar di Malaysia terhadap kefanatikan penyokong TRW yang digambarkan ganas, panas baran, suka bergaduh, suka bakar sehingga dijadikan bahan lawak dalam program Raja Lawak dan suka menimbulkan pergaduhan mungkin benar dan mungkin tidak benar kerana melihat pada situasi penyokong bolasepak Malaysia dan seluruh dunia perkara seperti ini biasa berlaku cuma tidak dihebohkan seperti hebohnya isu terhadap penyokong TRW, seperti diceritakan oleh sahabat kita di England apabila setiap minggu yang ada perlawanan bolasepak Liga Premier Inggeris pasti akhbar menyiarkan insiden pergaduhan antara penyokong cuma kita di Malaysia tidak tahu perkara ini kecuali mereka yang suka membaca akhbar 'online' luar negara, begitu juga apabila setiap kali berlangsung Piala Dunia, bagaimana masyarakat seluruh dunia menggambarkan kegerunan kepada para penyokong England "HOOLIGAN" dan Jerman "NAZIST" yang sentiasa menimbulkan pergaduhan besar (Boleh rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Hooliganism). Apakah mereka tidak bertamadun? Apakah mereka ganas? Mengapa mereka bertindak demikian sedangkan liga dan pasukan mereka antara yang terbaik di dunia? Walauapapun alasannya pihak peneraju bolasepak negara dan pihak keselamatan negera mereka telah mengambil pelbagai usaha yang bijak untuk mengatasi masalah ini termasuk memperketatkan kawalan stadium dan kawasan sekitar serta melalui kempen-kempen keselamatan dan kebaikan.

Jesteru itu, Apakah peranan yang telah dimainkan oleh peneraju bolasepak Malaysia dalam mengatasi hal ini? Berapa banyak risalah atau iklan tentang bahaya membawa mercun, bahaya jenayah pergaduhan di stadium dan sebagainya telah dilaburkan dan diedarkan kepada penyokong? Apakah pihak peneraju hanya menyerah semua usaha ini kepada persatuan bolasepak negeri yang sentiasa menghadapi masalah kewangan untuk berusaha menangani permasalahan ini? Sepatutnya permasalahan ini diusahakan secara bersama dan dengan usaha ini ramai peminat bolasepak tidak akan memberi tanggapan Peneraju bolasepak Malaysia hanya mengutip denda dan mengenakan saman sahaja sedangkan pencegahan atau nasihat tidak pernah diberikan.

Penyokong TRW juga perlu memahami mainan media untuk melariskan jualan akhbar kerana umum mengetahui Kelantan memiliki antara bilangan pembaca akhbar teramai di Malaysia dan isu-isu yang panas akan membuat akhbar mereka laris. Kini melalui pengamatan beberapa siri perlawanan TRW, penyokong TRW telah mendahului dalam segala sudut yang dikehendaki sebuah peneraju bolasepak sesebuah negeri antaranya

  1. Stadium yang penuh
  2. Penyokong yang pelbagai jenis peringkat umur, jantina dan bangsa termasuk datang membawa keluarga
  3. Tiada lagi bunyi mercun
  4. Tiada lagi bendera politik dan bersatu dalam 1 idealogi bolasepak TRW
  5. Kurang provokasi dan pergaduhan
  6. Semangat sayangkan pasukan
  7. Laman web rasmi www.theredwarriors.com yang sentiasa menasihati penyokong, info terkini perlawanan dan perkembangan pasukan, memaparkan keputusan seluruh perlawanan di Malaysia, dikagumi oleh semua pengendali laman web bolasepak negeri lain dan terdapat interaksi yang baik dikalangan penyokong dan laman web rasmi.
  8. Laman web penyokong yang meriah seperti laman web kelate.net, redkijang.com dan blog yang telah bersama TRW dalam memberi info

Mungkin ramai yang berasa kecewa dengan kegagalan skuad TRW untuk membawa kita ke Bukit Jalil sekali lagi dalam pertarung akhir Piala FA tahun ini. Kekecewaan turut dirasai oleh semua pemain, jurulatih dan pihak pengurusan tetapi apakah perlu sebagai penyokong sejati terus memperlekehkan dan menjatuhkan semangat pemain dan jurulatih dari terus menebus kekalahan dan kesilapan ini seolah-olah tiada lagi piala untuk diperjuangkan? Tan Sri Annuar Musa sendiri pun tanpa hipokrit kurang yakin berkenaan untuk mendapat 3 Piala ini kerana kekuatan bolasepak masih lagi baru, belum gah atau hebat seperti Selangor dan Kedah yang sudah lama mempunyai asas kekuatan yang telah lama kukuh dari pelbagai peringkat termasuk skuad pelapis yang terbaik, perancangan generasi pemain pelapis yang berjaya, pengurusan yang mantap dan berdaya maju dari semua peringkat kampung, daerah, kelab dan negeri, penyokong yang profesional serta sudah biasa dengan suasana kejuaraan yang besar. Keadaan ini berbeza di Kelantan kerana semuanya masih diperingkat perubahan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk diubah kerana sesetengah pihak pengurusan yang masih terikut-ikut dengan sistem pengurusan lapuk, pengurusan bolasepak di semua peringkat daerah, kampung dan kelab tidak bergerak selaras dengan kehendak sebenar sebuah pengurusan bolasepak negeri maju dan penyokong Kelantan seolah-olah mengalami kejutan piala dan kemenangan kerana apa yang penting apabila mereka ingin menyokong hanyalah kemenangan dan piala sedangkan situasi ini berbeza dengan penyokong Selangor dan Kedah. Dengan perkembangan ini juga banyak usaha drastik beliau telah lakukan dan berjaya diubah termasuk membawa masuk pemain luar ke Kelantan kerana hanya merancakkan bolasepak Kelantan sahaja, terpaksa membawa usaha-usaha yang berlainan dari kebiasaan pengurusan KAFA dan berusaha untuk menggerakkan persatuan bolasepak kampung, daerah dan sebagainya yang telah lama lesu.

Jesteru itu pihak pengurusan, penyokong dan pemain perlu menjadikan kegagalan ini sebagai puncak perubahan drastik segala kelemahan, kritikan, komen dan badi yang telah dialami untuk diolah menjadi kejayaan bagi merangkul antara 2 piala yang masih baru dalam pertarungan. Diharap para penyokong kembali ke situasi emosi yang lebih memberi semangat kepada skuad kita dan sentiasa bangga dan memberi kerjasama serta cadangan dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo



Perubahan Positif Penyokong The Red Warriors PDF Cetak emel


Persepsi demi persepsi yang diberikan oleh media dan masyarakat luar di Malaysia terhadap kefanatikan penyokong TRW yang digambarkan ganas, panas baran, suka bergaduh, suka bakar sehingga dijadikan bahan lawak dalam program Raja Lawak dan suka menimbulkan pergaduhan mungkin benar dan mungkin tidak benar kerana melihat pada situasi penyokong bolasepak Malaysia dan seluruh dunia perkara seperti ini biasa berlaku cuma tidak dihebohkan seperti hebohnya isu terhadap penyokong TRW, seperti diceritakan oleh sahabat kita di England apabila setiap minggu yang ada perlawanan bolasepak Liga Premier Inggeris pasti akhbar menyiarkan insiden pergaduhan antara penyokong cuma kita di Malaysia tidak tahu perkara ini kecuali mereka yang suka membaca akhbar 'online' luar negara, begitu juga apabila setiap kali berlangsung Piala Dunia, bagaimana masyarakat seluruh dunia menggambarkan kegerunan kepada para penyokong England "HOOLIGAN" dan Jerman "NAZIST" yang sentiasa menimbulkan pergaduhan besar (Boleh rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Hooliganism). Apakah mereka tidak bertamadun? Apakah mereka ganas? Mengapa mereka bertindak demikian sedangkan liga dan pasukan mereka antara yang terbaik di dunia? Walauapapun alasannya pihak peneraju bolasepak negara dan pihak keselamatan negera mereka telah mengambil pelbagai usaha yang bijak untuk mengatasi masalah ini termasuk memperketatkan kawalan stadium dan kawasan sekitar serta melalui kempen-kempen keselamatan dan kebaikan.

Jesteru itu, Apakah peranan yang telah dimainkan oleh peneraju bolasepak Malaysia dalam mengatasi hal ini? Berapa banyak risalah atau iklan tentang bahaya membawa mercun, bahaya jenayah pergaduhan di stadium dan sebagainya telah dilaburkan dan diedarkan kepada penyokong? Apakah pihak peneraju hanya menyerah semua usaha ini kepada persatuan bolasepak negeri yang sentiasa menghadapi masalah kewangan untuk berusaha menangani permasalahan ini? Sepatutnya permasalahan ini diusahakan secara bersama dan dengan usaha ini ramai peminat bolasepak tidak akan memberi tanggapan Peneraju bolasepak Malaysia hanya mengutip denda dan mengenakan saman sahaja sedangkan pencegahan atau nasihat tidak pernah diberikan.

Penyokong TRW juga perlu memahami mainan media untuk melariskan jualan akhbar kerana umum mengetahui Kelantan memiliki antara bilangan pembaca akhbar teramai di Malaysia dan isu-isu yang panas akan membuat akhbar mereka laris. Kini melalui pengamatan beberapa siri perlawanan TRW, penyokong TRW telah mendahului dalam segala sudut yang dikehendaki sebuah peneraju bolasepak sesebuah negeri antaranya

  1. Stadium yang penuh
  2. Penyokong yang pelbagai jenis peringkat umur, jantina dan bangsa termasuk datang membawa keluarga
  3. Tiada lagi bunyi mercun
  4. Tiada lagi bendera politik dan bersatu dalam 1 idealogi bolasepak TRW
  5. Kurang provokasi dan pergaduhan
  6. Semangat sayangkan pasukan
  7. Laman web rasmi www.theredwarriors.com yang sentiasa menasihati penyokong, info terkini perlawanan dan perkembangan pasukan, memaparkan keputusan seluruh perlawanan di Malaysia, dikagumi oleh semua pengendali laman web bolasepak negeri lain dan terdapat interaksi yang baik dikalangan penyokong dan laman web rasmi.
  8. Laman web penyokong yang meriah seperti laman web kelate.net, redkijang.com dan blog yang telah bersama TRW dalam memberi info

Mungkin ramai yang berasa kecewa dengan kegagalan skuad TRW untuk membawa kita ke Bukit Jalil sekali lagi dalam pertarung akhir Piala FA tahun ini. Kekecewaan turut dirasai oleh semua pemain, jurulatih dan pihak pengurusan tetapi apakah perlu sebagai penyokong sejati terus memperlekehkan dan menjatuhkan semangat pemain dan jurulatih dari terus menebus kekalahan dan kesilapan ini seolah-olah tiada lagi piala untuk diperjuangkan? Tan Sri Annuar Musa sendiri pun tanpa hipokrit kurang yakin berkenaan untuk mendapat 3 Piala ini kerana kekuatan bolasepak masih lagi baru, belum gah atau hebat seperti Selangor dan Kedah yang sudah lama mempunyai asas kekuatan yang telah lama kukuh dari pelbagai peringkat termasuk skuad pelapis yang terbaik, perancangan generasi pemain pelapis yang berjaya, pengurusan yang mantap dan berdaya maju dari semua peringkat kampung, daerah, kelab dan negeri, penyokong yang profesional serta sudah biasa dengan suasana kejuaraan yang besar. Keadaan ini berbeza di Kelantan kerana semuanya masih diperingkat perubahan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk diubah kerana sesetengah pihak pengurusan yang masih terikut-ikut dengan sistem pengurusan lapuk, pengurusan bolasepak di semua peringkat daerah, kampung dan kelab tidak bergerak selaras dengan kehendak sebenar sebuah pengurusan bolasepak negeri maju dan penyokong Kelantan seolah-olah mengalami kejutan piala dan kemenangan kerana apa yang penting apabila mereka ingin menyokong hanyalah kemenangan dan piala sedangkan situasi ini berbeza dengan penyokong Selangor dan Kedah. Dengan perkembangan ini juga banyak usaha drastik beliau telah lakukan dan berjaya diubah termasuk membawa masuk pemain luar ke Kelantan kerana hanya merancakkan bolasepak Kelantan sahaja, terpaksa membawa usaha-usaha yang berlainan dari kebiasaan pengurusan KAFA dan berusaha untuk menggerakkan persatuan bolasepak kampung, daerah dan sebagainya yang telah lama lesu.

Jesteru itu pihak pengurusan, penyokong dan pemain perlu menjadikan kegagalan ini sebagai puncak perubahan drastik segala kelemahan, kritikan, komen dan badi yang telah dialami untuk diolah menjadi kejayaan bagi merangkul antara 2 piala yang masih baru dalam pertarungan. Diharap para penyokong kembali ke situasi emosi yang lebih memberi semangat kepada skuad kita dan sentiasa bangga dan memberi kerjasama serta cadangan dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo



Ahad, 21 Februari 2010

Piala FA: Kelantan tersingkir awal

KELANTAN tersingkir daripada saingan Piala FA selepas sekadar seri 1-1 dengan Kedah pada aksi kedua pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Keputusan tersebut menyaksikan Kedah layak ke pusingan suku akhir menerusi jaringan di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Alor Setar, minggu lalu.

Pada aksi malam tadi, Kelantan berada di depan hasil jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-71.

Baddrol Bakhtiar muncul wira Kedah selepas menjaringkan gol penyamaan tiga minit kemudian.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan menumbangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 5-0.

Negeri Sembilan layak ke suku akhir menerusi kemenangan agregat 8-2.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu menang 2-1 ke atas Sarawak seterusnya layak ke saingan suku akhir dengan agregat 4-1.

Di Stadium Perak, Ipoh, Perak gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 0-2 kepada T-Team.

Kemenangan tersebut membolehkan T-Team mara ke pusingan suku akhir secara agregat 3-1.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, KL Plus seri 1-1 dengan Kuala Lumpur. Namun KL Plus layak ke suku akhir dengan agregat 4-1.

Di Stadium MP Selayang, Pos Malaysia menewaskan Felda United 2-1, sekali gus mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, biarpun tewas 0-1 kepada PKNS, juara bertahan, Selangor tetap mara ke peringkat suku akhir menerusi kemenangan agregat 2-1.

Di Stadium Mini UiTM Arau, Perlis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menang 3-0 ke atas UiTM FC. ATM layak ke suku akhir dengan agregat 6-0.


Kelantan ditunjukkan jalan keluar


FINALIS musim lalu, Kelantan ditunjukkan jalan keluar oleh Kedah yang mara ke suku akhir selepas seri 1-1 di tempat sendiri dalam perlawanan kedua pusingan dua Piala FA, semalam.

Selepas perlawanan pertama berakhir seri tanpa jaringan di Alor Setar, Selasa lalu, perkara yang dibimbangi Kelantan menjadi kenyataan apabila jaringan penyamaan Badrol Bakhtiar pada minit ke-74 menafikan kelebihan gol pendahuluan Indra Putra Mahayuddin hasil hantaran silang S Chanturu pada minit ke-71.

Menyedari keputusan seri tidak mencukupi, Kelantan terus mengasak mencari gol penyamaan, namun hasrat mereka tidak kesampaian, dengan The Red Warriors tersingkir berdasarkan gol di tempat lawan.

'Kecewa' Melanda Penyokong Kelantan



Kekecewaan melanda seluruh penyokong Kelantan apabila pasukan bola sepak The Red Warriors kesayangan tewas agregat kepada Kedah yang mendapat kelebihan jaringan tempat lawan setelah seri 1-1 di stadium 'keramat' Kelantan yang mana berpunca daripada kesilapan pasukan Kelantan yang tidak menjaringkan sebarang gol pada pertemuan pertama di Kedah.

Namun, peminat-peminat bolasepak pasukan Kelantan haruslah menerima keputusan ini dengan fikiran yang terbuka dan tidak menjadikan ini seperti pengakhiran kepada bolasepak Kelantan kerana masih banyak lagi piala yang mungkin boleh direbut oleh pasukan The Red Warriors walaupun telah mengecewakan Tan Sri Anuar Musa sendiri kerana tidak dapat mencapai sasaran TSAM untuk merebut 3 piala pada musim ini.

"Walaupun tewas, ini bukanlah pengakhiran untuk segala-galanya, mengapa perlu kecoh, sedangkan Sepanyol pernah ditewaskan oleh Thailand ketika perlawan pusinagn pertama Piala Dunia. Jadi jangan kecewa dan jangan bunuh diri...


gomo kelate gomo"

IMPIAN PIALA FA TERKUBUR

Dengan keputusan seri 1-1 di SSMIV male ni,maka Kelantan,naib juara Piala FA tahun lalu secara rasmi tersingkir dari saingan hasil peraturan gol ditempat lawan.Tak banyak komen yang ingin diberikan.Semua sudah menonton sendiri di TV1 bagaimana kesudahan yang pada awalnya amat yakin akan berpihak kepada Kelantan hasil serangan bertubi-tubi dari awal,namun akhirnya Kedah yang tersenyum lega.Penguasaan 70% bola diatas padang tiada makna jika gol tidak dapat dihasilkan.Dan yang pastinya,seakan tuah tidak berpihak kepada Kelantan dengan beberapa kali percubaan tepat dari penyerang Kelantan tersasar hanya sedikit dari pintu gol Kedah sekaligus memberi aib yang amat besar kepada KAFA musim ini.

Tiada guna mencari siapa salah,siapa benar kerana apa yang perlu dilakukan,pandang kehadapan,hadapi kenyataan bahawasanya pasukan Kelantan memerlukan penambahbaikan yang serius jika ingin maju ke hadapan selepas ini.Dimana penambahbaikan yang diperlukan?Amatilah corak permainan Kelantan,selamilah hati pemain,anda akan ketemu jawapan.

Kepada para pemain Kelantan yang telah bermain semalam,terima kasih kerana anda telah mempamerkan semangat perjuangan dan corak permainan yang bagus untuk malam ini,namun tidak cukup bagus untuk ke suku akhir.Tiada yang perlu disesalkan kerana kehidupan ibarat roda,ada masa diatas,ada ketikanya dibawah. - slices

RED WARRIORS PERLU BANGKIT!!!

Tiada Nasib Dalam Piala FA.


Cabaran Kelantan dalam saingan Piala FA 2010 berkubur di pusingan kedua apabila tewas dengan jaringan tempat lawan setelah terikat 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Badrol Bahtiar menjadi pemusnah setelah jaringan penyamaannya memberikan satu gol berharga buat pelawat untuk melayakkan diri ke suku akhir.

Babak pertama dimulakan dengan Kelantan mengatur serangan bertali arus untuk mencari gol awal melalui gandingan Chanturu, Farhan dan Idlan Talaha namun hampa dengan kekebalan benteng Sang Kenari.

Percubaan pertama hadir melalui sepakan Idlan Talaha yang sedikit tersasar tidak menerbitkan ancaman besar buat Helmi Eliza di gawang Kedah.

Chanturu juga mendapat peluang baik menjaringkan gol setelah berjaya melarikan bola hantaran jauh pemain pertahanan Kelantan namun sepakan kencangnya keluar menghampakan lebih 20000 penyokong tuan rumah.

Kedah juga mendatangkan ancaman kepada Kelantan setelah mendapat satu sepakan percuma dari luar kotak penalti tetapi sepakan mereka terus kedakapan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi.

Rancak mengatur gerak, pelawat hampir dihukum setelah Idlan Talaha berjaya melepasi kawalan V. Thirumugan sebelum melorongkan bola ke kawasan tengah namun penyerang Kelantan, Norfarhan mati langkah untuk menyambung bola tersebut.

Babak Kedua bermula dengan tiada perubahan taktikal dari kedua-dua pasukan.

Kedua-dua pasukan dilihat buntu mencari penyudah kedalam gol menyebabkan bola lebih banyak terbuang keluar padang.

Ancaman pertama Kelantan hadir melalui tandukan Indra Putra yang terus kedakapan Helmi Eliza ketika tiada pemain Sang Kenari menjaganya.

Selain itu sepakan deras Chanturu pula meliar keluar manakala Farhan menyaksikan bola sepakannya membias keluar dari kawasan kotak penalti Kedah.

Kedah pula lebih banyak bertahan dan hanya sekali sekala melakukan percubaan melalui Azlan Ismail, Saramsak Kram dan Badrol Bahtiar namun tidak memberi kesan kepada benteng Sang Kijang yang diterajui Azizi Mat Rose.

tanpa disangka-sangka, Kelantan berjaya menjaringkan gol melalui tandukan Indra Putra menewaskan Helmi Eliza yang hanya mampu melayangkan tubuh melihat bola melepasi garisan gol menggamatkan stadium yang dipenuhi Tentera Merah.

Selang beberapa minit kemudian, Kedah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan Badrol Bakhtiar yang memanfaatkan keadaan kelam kabut didepan pintu gol Kelantan. Gol berpunca dari sepakan keluar kurang kemas Daudsu dan Rizal Fahmi yang tertampan Farisham Ismail sebelum disambung Badrol untuk memberikan gol penyamaan kepada Kedah.

Gol tersebut membangkitkan rasa kecewa pemain Kelantan yang bergegas mengerumumi penjaga garisan untuk membantah gol terbabit yang didakwa tidak masuk.

selepas gol tersebut, pemain Kedah mulai berkampung di kawasan mereka untuk mempertahankan pintu gol dari dibolosi Sang Kijang menyebabkan perlawanan menjadi kurang menarik.

Menambah sengat jentera serangan, B. Sathianathan melakukan tiga pertukaran memasukkan Akmal Rizal, Hairudin Omar dan Che Hishamudin mengantikan Idlan Talaha, Chanturu dan Norfarhan namun turut gagal mencari gol kemenangan.

Peluang terbaik untuk mendapatkan gol kedua hadir melalui Akmal Rizal yang melepasi kawalan pertahanan Kedah namun Akmal terlebih dahulu ditarik tetapi pengadil meneruskan perlawanan menyebabkan berlaku insiden tolak menolak diantara pemain Kelantan dan pengadil perlawanan.

Minit-minit akhir kelihatan pemain Kedah mulai memenuhi kawasan mereka untuk bertahan dari dibolosi setelah pemain Kelantan melancarkan serangan bertali arus ke kubu mereka.

Dengan tambahan masa 3 minit gagal di gunakan, akhirnya pengadil bertugas membunyikan wisel menamatkan malam penuh kekecewaan buat pemain, pengurusan dan juga penyokong Sang Wira Merah yang bertandang ke stadium di Kota Bharu.

Presiden teruskan berjuang bersama kami


Setelah melihat reaksi dan mendengar komen Presiden The Red Warriors Tan Sri Dato' Annuar Musa pada media tadi dengan jelas menampakkan kekecewaan dan luahan hati seorang yang betul cintakan dan sayangkan bolasepak Kelantan. Petikan ulasannya tadi "Saya telah gagal mencipta sebuah pasukan yang berjaya dan berharap mereka yang mengambil alih tampuk pimpinan saya menjadikannya sebagai 1 pengajaran untuk menjadi lebih baik". TRWC dan para penyokong amat berharap kepimpinan Tan Sri perlu dikekalkan dan beliau amat kami hargai kerana bersama Tan Sri dapat kami menjejaki 2 perlawanan akhir, stadium kami sering penuh, skuad lebih digeruni, mendahului dalam semua sudut pengurusan bolasepak di Malaysia, membudayakan bolasepak sebagai suatu yang perlukan persamaan dengn menolak sentimen politik dan yang paling utama menjadi sebuah pasukan ke arah lebih profesional dan berdaya maju dalam semua sudut serta keluarkan skuad The Red Warriors dari zaman kegelapan.

Ayuh teruskan bersama kami, tabahkan hati, cekalkan hati dan hapuskan segala kelemahan yang dikesan. Perjuangan mu belum selesai, kekalahan dapat menyedarkan kita erti kelemahan dan kemenangan. Teruskan bersama Tan Sri Annuar Musa. Kami terus menyokong Tan Sri.

"Badi Seri Memakan Diri"




"Aduh!!! seri 1-1 berat doh ni sek kito" itulah antara luahan kedengaran di penghujung perlawanan ketika mengharapkan jaringan gol The Red Warriors pada sisa masa tambahan. Namun apakan daya nasib tidak menyebelahi skuad The Red Warriors untuk meneruskan kecemerlangan musim lepas pada musim ini. Kelayakan ke perlawanan akhir Piala FA terpaksa dilupakan seperti hampanya pasukan dan penyokong Arsenal dan Manchester United untuk merangkul kejuaraan piala FA pada tahun ini.

Teknik hantaran jauh perlu ditukar kerana setelah melihat beberapa siri perlawanan pemain kita kurang keserasian dalam memanfaatkan teknik ini. Kebijaksaan dalam situasi kotak gol hampir tidak diguna pakai oleh semua pemain. The Red Warriors perlu cepat mengatasi kemarau gol di kalangan pemain bertaraf bintang kerana boleh dikatakan kesemua pemain bintang masih belum menunjukkan hasil yang memuaskan untuk pelaburan hebat ini. Kehebatan jaringan pada musim lepas seolah-olah hilang bersama kekalahan pada musim lepas. Dengan waktu rehat awal yang mencukupi pada bulan ini sebelum perlawanan TM Liga Super 2010 kembali pada bulan Mac ketua jurulatih dan pemain perlu mengubah cara dan taktik yang ada kerana telah menunjukkan kelemahannya. Pemain-pemain simpanan lain perlu dicuba kerana setelah melihat kelincahan Rizal Fahmi bermakna lebih ramai pemain simpanan perlu diberi peluang walaupun mungkin menganggap jangan mencari nahas, Adakah perlu diberi terus peluang pemain yang tidak mengeluarkan hasil daripada mencuba pemain yang mungkin mengeluarkan hasil?. Setelah melihat situasi muka ketua jurulatih dan Presiden tadi, dapatlah ditafsirkan hamburan kata-kata semangat sudah diluahkan oleh pihak pengurusan kepada pemain. Stastistik perlawanan keseluruhan amat baik cuma nasib tidak menyebelahi kita dan ramai penyokong mempertikaikan mutu pengadilan pada malam ini. Peluang The Red Warriors hanya tinggal pada 2 piala utama sahaja pada tahun ini iaitu Piala TM Liga Super dan Piala Malaysia, mungkin nasib The Red Warriors akan sama dengan nasib Negeri Sembilan pada tahun lepas yang kempunan Piala FA tetapi berjaya merangkul piala Malaysia 2010, sama-sama kita saksikan dan skuad The Red Warriors perlu membuktikan mengapa para penyokong mesti memenuhi stadium.

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua penonton yang berjaya mengawal emosi mereka dengan baik dan tiada kejadian yang tidak diingini pada malam ini, walaupun berlaku sedikit provokasi keatas pengadil dan ketua jurulatih tadi dalam keadaan masih terkawal. Balingan objek dan mercun bukan lagi menjadi tradisi penyokong kami, Lihatlah dunia, Lihatlah Malaysia kami telah berubah menjadi lebih profesional dan kami sayangkan bolasepak negeri kami. Mungkin di dada-dada akhbar akan penuh kritikan dan tohmahan serta slot-slot yang terdapat sedikit kesalahan ditayangkan atau dipaparkan berulang-ulang dan diperbesarkan. Setelah itu menutup segala perubahan ke arah kebaikan yang ditunjukkan oleh keseluruhan penyokong The Red Warriors malam tadi. Selain itu sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan, Polis dan pihak-pihak yang terbabit kerana berjaya menjaga keamanan dengan baik di kawasan stadium. Tahniah kepada Kedah.

Ucapan sms yang terpilih:

"Kami kecewa tetapi tidak bermakna kami menyerah kalah dan membiarkan stadium kami kosong serta dibiarkan pasukan tanpa penyokong, kami adalah penyokong sejati, pedulikan kekalahan tetapi kami amat berharap kebangkitan dan kemenangan....buktikan kepada kami ketua jurulatih dan pemain yang dipilih adalah yang terbaik untuk kami sokong" petikan dari sistem pesanan ringkas yang bernama Penampar Jepun

Sabtu, 20 Februari 2010

Piala FA: Syed, Halim resahkan jurulatih


Khairul Fahmi pengganti; Indra Putra tambah gusar Sathia

KECEDERAAN dua penjaga gol utama, Syed Adney Syed Hussin dan Halim Napi menyebabkan Kelantan tiada pilihan selain mempertaruhkan penjaga gawang simpanan, Khairul Fahmi Che Mat dalam perlawanan hidup mati menentang Kedah dalam perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA, malam ini.

Pada masa sama, penyerang, Indra Putra Mahyuddin pula mengakui yang dia hanya 70 peratus cergas ekoran kecederaan lutut kanan manakala Nor Shahrul Idlan Talaha juga cedera.

Di sebalik pelbagai kesulitan yang ditempuh dalam persediaan menghadapi Kedah itu, jurulatih, B Sathianathan, tetap yakin anak didiknya tetap mampu memenangi pertemuan kedua menentang Kedah selepas seri 0-0 pada pertemuan pertama di Alor Setar.

"Walaupun tidak dapat menurunkan Syed Adney dan Halim, saya yakin Khairul Fahmi mampu beraksi baik.

“Saya juga berharap benteng pertahanan Kelantan dapat bermain dengan baik untuk menggagalkan sebarang gerakan bahaya penyerang Kedah. Saya harap penyokong Kelantan faham masalah yang pasukan ini hadapi sekarang,” katanya.

Kelantan, naib juara musim lalu, perlu menang jika berhasrat ke suku akhir selepas hanya mampu seri tanpa jaringan di Stadium Darulaman, Selasa lalu.

Indra Putra berkata, dia turut nampak semua rakan sepasukannya menunjukkan semangat tinggi menjelang perlawanan malam ini.

"Walaupun saya dan beberapa pemain lain mengalami kecederaan, saya percaya kami mempunyai peluang memenangi perlawanan, asalkan masing-masing dapat beraksi pada tahap yang terbaik.

"Walaupun kesakitan di lutut kanan masih dirasai, jika diturunkan saya akan cuba mendapatkan gol untuk pasukan,” katanya.
Kelantan enggan berputih mata PDF Cetak emel



AZIZI (depan) menjadi sandaran Kelantan pada aksi menentang Kedah malam ini.


KELANTAN bakal berdepan tugas sukar apabila melayan kunjungan Kedah pada perlawanan kedua pusi- ngan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Bagaimanapun, finalis Piala FA 2009 itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu menang untuk memulihkan semula keyakinan peminat.

Pengendali Kelantan, B. Sathinathan sedar bahawa tugas untuk menjinakkan anak-nak buah Ahmad Yusof bukan mudah, namun tetap optimis bahawa ia bukan suatu yang mustahil.

Tanpa berselindung, beliau mengakui terdapat sedikit tekanan ketika Kelantan diletakkan selaku pasukan pilihan untuk terus mara ke peringkat seterusnya.

"Sebagai jurulatih sudah pasti anda mahu pasukan anda berjaya tetapi ia suatu yang agak sukar apabila bebe- rapa pemain tonggak tidak dapat di- turunkan ketika dijadualkan menentang sebuah pasukan yang kuat.

"Secara pasti, saya kehilangan kedua-dua penjaga gol utama, Halim (Napi) dan Syed (Adney Syed Hussin) serta Subra (S. Subramaniam).

"Norshahrul (Idlan Talaha) dan Daudsu (Jamaluddin) juga mengalami kecederaan dan status mereka hanya akan disahkan pagi esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, tugas untuk mengawal gawang Kelantan akan digalas oleh penjaga gol ketiga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, sementara Rizal Fahmi Rosid hampir pasti akan digandingkan bersama Azizi Mat Rose menggantikan S. Subramaniam.

Jelasnya, kecederaan beberapa tonggak ini bagaimanapun tidak merencatkan perancangan beliau kerana percaya mana-mana pemain yang diturunkan pastinya akan menggalas tanggungjawab dengan baik.

"Kelantan akan memburu gol awal serta mencari seberapa banyak kele- bihan jaringan untuk menjamin tempat di suku akhir dan saya yakin pemain saya sudah faham situasi ini.

"Membiarkan pasukan Kedah membolosi gol kita pasti akan merumitkan keadaan.

"Keputusan seri dengan jaringan seperti cukup untuk mereka dan kita tidak akan benarkan keadaan ini berlaku," ujarnya.

Katanya, Indra Putra Mahayuddin dan Badri Radzi perlu memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan gerak serta melakukan umpanan kepada jentera penggempur.

Beliau juga sebelum itu berpuas hati aksi para pemainnya ketika bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selasa lalu walaupun ia berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Gandingan Norshahrul dan S. Chanturu berjaya menghidupkan jentera hadapan Kelantan di Alor Setar dan bisa kedua-dua penggempur ini sekali lagi ditagih untuk per- lawanan malam ini.

Jumaat, 19 Februari 2010

Kelantan Harungi Perlawanan Sukar PDF Cetak Emel


KOTA BHARU - Setelah seri di gelanggang lawan pada perlawanan pertama, hayat Kelantan dalam kempen Piala FA musim ini kini akan ditentukan di gelanggang sendiri pada perlawanan kedua pusingan kedua, Sabtu ini.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar), perlawanan kedua itu begitu kritikal bagi membolehkan Wira Merah mara ke suku akhir.

''Ia perlawanan 'mesti menang' sekaligus menyingkirkan Kedah selaku juara 2007/2008 bagi melebarkan laluan Kelantan memburu impian," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan ribuan penyokong memenuhi ruang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, bagi memberikan sokongan padu.

Beliau yakin tempoh 90 minit perlawanan akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan Kelantan mara ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan menyifatkan keputusan seri bertemu Kedah dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelmarin, bukan tekanan buat diri dan pasukannya.

Sebaliknya keputusan tersebut dianggap sebagai pembakar semangat sebelum turun beraksi Sabtu ini di laman sendiri dengan sokongan para peminat tempatan.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, pemainnya menunjukkan corak permainan yang bagus, walaupun gagal menjaringkan gol.

"Keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan, para pemain sudah mula menampakkan keserasian dan mereka bermain bermati-matian ketika bertemu Kedah.

"Walaupun mengusai perlawanan, namun sekali lagi nasib tidak menyebelahi apabila kita gagal memanfaatkan setiap peluang yang terhidang," ujarnya.

Ketumpulan jentera serangan Kelantan menyebabkan mereka gagal menyempurnakan setiap peluang yang dimiliki.


Kelantan dalam KRITIKAL sabtu ini

Assalamualaikum semua penyokong dan peminat The Red Warriors, saya berasa gusar dengan keputusan perlawanan malam tadi yang berkesudahan seri tanpa jaringan. Keresahan ini timbul kerana The Red Warriors bakal berdepan dengan tugasan yang amat berat kerana hanya kemenangan sahaja yang akan melayakkan Skuad kita ke pusingan yang seterusnya. Sama-sama kita berdoa agar skuad kita berjaya dengan tugasan ini dan bersedia menerima tekanan hebat penyokong sendiri dengan tenang dan penuh semangat kemenangan.

Perlawanan Kelantan bertemu Kedah sabtu ini adalah KRITIKAL bagi kita, pertarungan mesti MENANG ini penentu bagi kempen TM Piala FA 2010. Saya minta semua penyokong The Red Warriors membanjiri stadium seramai mungkin dan jangan lupa pakaian Merah, bawa Bendera Kelantan serta Bendera The Red Warriors. Elakkan membawa bendera politik. Pastikan paluan GENDANG dan SORAKAN dapat mengegarkan Stadium Sultan Muhammad ke 4. Dengan ini saya dan penyokong amat berharap skuad kita mara ke SUKU AKHIR TM Piala FA 2010 dengan menyingkirkan Kedah juara 2007/08.Yakin Kita Boleh !!!!!

Walauapapun keputusan pada sabtu ini nanti, saya menyeru kepada semua penyokong bertenang dan elakkan daripada menimbulkan situasi yang akan menyusahkan orang lain. Jadikan pengalaman salah seorang penyokong kita yang kehilangan matanya selamanya dek kerana tindakan kurang bijak orang lain. Sekiranya kita menang elakkan daripada mengutuk pasukan lawan dan sekiranya kita kalah harap semua penyokong elakkan pergaduhan atau provokasi.

Terima Kasih

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Negeriku Jiwaku-Pencinta Bola Sejati PDF Cetak emel


Dikala semua peminat negeri lain masih mengkagumi bolasepak luar negara dan memandang rendah bolasepak negeri sendiri, peminat The Red Warriors terus berbangga dengan pasukan negerinya dan masih juga mengkagumi pasukan bolasepak luar negara seperti dari England dan negara lain. Suasana stadium keramat sentiasa dibanjiri air bah merah yang bergelombang apabila setiap kali bola menuju ke depan gol. Perbezaan ini amat ketara di negeri lain yang hanya dihadiri golongan fanatik bola tempatan sahaja. Suasana ini disuramkan lagi dengan kelemahan pentadbiran peneraju bolasepak negara dan liputan media sekadar melepas batuk ditangga. Tanpa pedulikan masyarakat negeri lain, peminat pahlawan merah akan terus memenuhi setiap pelusuk stadium di seluruh negara dan di mana sahaja skuad The Red Warriors beraksi.

Bunyi mercun sudah dipadamkan dengan tangkapan dan sorakan stadium kembali kedengaran meriah tanpa gangguan bunyi mercun walaupun baru-baru ini kedengaran sorakan "Air...Air..." menjadi versi sorakan baru di stadium. Kami bangga menjadi rakyat The Red Warriors yang sentiasa sayang dan cintakan bahasa sendiri, makanan sendiri, bangsa sendiri, pasukan sendiri dan segala-galanya menlibatkan Kelantan bermakna kami suka dan sayang. Budaya samseng di stadium mula berkurangan, fenomena membawa wanita dan ahli keluarga memasuki stadium sudah mula menjadi budaya masyarakat bolasepak profesional. Penyokong Kelantan sentiasa digegerkan dengan isu keganasan walhal isu yang baik seperti menyanjungi pasukan bolasepak tempatan dan perubahan drastik penyokong Kelantan sekarang tidak pula digegerkan.

Dengan perasaan terharu dan gembira peminat The Red Warriors bukan hanya sekadar memenuhi stadium malahan memenuhi laman web theredwarriors.com, Kelate.net, redkijang.net dan ruangan Facebook yang berkaitan The Red Warriors. Situasi ini tidak pernah dihebohkan oleh media dan kita sahaja yang perlu berbangga dan terus mengangkat hasil usaha dan semangat pengendali web, blog dan sebagainya dalam menyampaikan informasi yang menenangkan dan memuaskan hati kita semua. Barangan The Red Warriors dijual bagai goreng pisang panas dengan bermacam-macam pilihan barangan daripada sehelai Jersi hinggalah ke barangan yang lebih kecil dan besar, tunjukkan kepada kami negeri mana yang ada produk dan kehangatan penjualannya seperti negeri kami?. Biar kami dipandang rendah tetapi jiwa kami sentiasa tinggi, campaklah kami dimana sahaja kami boleh hidup dan bangunkan dari sekecil pulau hinggalah sebesar gunung. Kami boleh makan masakan dari semua negeri tetapi bukan semua rakyat negeri boleh makan masakan kami. Budu pelazat, nasi kerabu penyedap di mana sahaja adanya, kami akan cari.

Ayuh kita lupakan 1 kekalahan, kita terus menyokong skuad kesayangan kita hingga penghujung musim. Pedulikan apa orang luar kata pasal kita, yang penting kita sekarang sudah berubah ke arah lebih profesional dan menjadi pasukan dan penyokong terhebat di Malaysia.

PAKAT MAGHI TENGOK BOLA SABTU NI TU WEHHHH!!!!!

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Rabu, 17 Februari 2010

Kelantan berdepan tugas sukar



PEMAIN Kedah, Azlan Ismail (kirI) melepasi pemain Kelantan, Mohd Rizal Fahmi pada saingan Piala FA di Stadium Darulaman, malam tadi. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

FINALIS tahun lalu, Kelantan berdepan ranjau agak sukar sekalipun memaksa Kedah seri 0-0 dalam perlawanan pertama, pusingan kedua kejohanan bola sepak Piala FA di Stadium Darulaman, malam tadi.

Keputusan ini bermakna sebarang keputusan seri dengan jaringan di tempat sendiri, Sabtu ini bakal menyingkirkan Kelantan ketika hanya kemenangan boleh menjamin laluan The Red Warriors meneruskan cabaran, musim ini.

Di Stadium Sarawak, Sarawak gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila kecundang 2-0 kepada Terengganu dengan pelawat mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Joseph Kalang Tie, minit ke-60 dan Abdul Manaf Mamat, minit ke-78.


Satu lagi pasukan berpangkalan di Terengganu, T-Team seri 1-1 dengan Perak apabila Haris Safwan Kamal memastikan saingan kekal terbuka dengan merembat masuk gol penyamaan minit ke-80 minit - lima minit selepas Azmeer Yusof membuka tirai jaringan.

Di Stadium Paroi, Polis yang berkongsi gelanggang sama dengan Negeri Sembilan seri 3-2 dengan Zaquan Adha menjadi wira Negeri Sembilan apabila menyumbat dua gol minit ke-25 dan 74, ditambah jaringan S Kunanlan minit ke-70. Eddy Gapil (minit ke-30) dan S Haribarman (m-82) membalas buat Polis yang sekali lagi akan bertandang ke Stadium Paroi. Dalam perlawanan lain Felda United menang 1-0 ke atas Pos Malaysia.


Kedah FA v Kelantan FA

16 Februari 2010 ( Selasa)

1st eleven : Syed Adney,daudsu,azizi mat rose,rizal fahmi,farisham,shakir shaari ,piya,farhan,shahrul,chanturu danindra

Hari ini, bermulalah pertempuran paling sengit PIALA FA bagi pusingan kedua, kelantan bertandang ke kedah untuk mendapatkan bekalan selesa.Kelantan pastinya mengharapkan pemain emas negara nor shahrul idlan talaha (bukan sebab hairuddin omar dan akmal rizal tidak boleh di harap tetapi kerana mereka belum SERASI) untuk merobek gawang kedah yang di jaga oleh helmi eliza.

Bermain di gelanggang sendiri pastinya memberikan kelebihan buat pasukan tuan rumah iaitu kedah yang sudah pastinya akan bermain bermati matian setelah mereka menang di kota bharu pada perlawanan liga super januari lalu dengan gol mudah.Pastinya mereka ingin menebus maruah mereka yang menang dengan gol lucu.Penyokong Kedah juga pasti akan berpusu pusu untuk ke stadium malam ini bagi melihat pasukan mereka beraksi.

Pasukan kelantan pula perlu mencipta rekod baru setelah tidak pernah menjaringkan gol di tempat lawan pada musim ini.Pasukan Kelantan teruskan berjuang demi negeri kelantan tercinta……….

Kelantan Masih dihantui "BADI SERI"


Keputusan perlawanan TM Piala FA Pusingan Kedua pada malam tadi menyaksikan Kelantan masih dihantui 'Badi Seri'. Ramai peminat The Red Warriors menyatakan kerisauan dengan keputusan malam ini seolah-olah menggambarkan Kelantan ketandusan 'Kaki Gol' walaupun dibarisi antara penjaring terbanyak liga pada musim lepas. Sekalung tahniah kepada barisan pertahanan The Red Warriors yang sentiasa berkerja keras memastikan gol tidak dibolosi. Dengan keputusan malam ini, perlawanan di Kota Bharu pada 20/2/2010 Sabtu nanti, skuad The Red Warriors perlu menang dan harus mengatur dan mengkaji setiap sudut kelemahan yang perlu diperbaiki bagi melancarkan jentera serangan maut gol.

Jutaan terima kasih kepada RTM kerana pada 20/2/2010 sabtu ini juga dijangkakan ada siaran langsung Kelantan vs Kedah di RTM. Kepada yang masih bercuti dan berada di Kelantan, kami mengalu-alukan untuk datang dan memberi sokongan padu pada skuad kesayangan kita.

Selasa, 16 Februari 2010

Bukti Kelate boleh Gomo Kedah PDF | Cetak | emel

Walau apa pun strategi skuad lawan, Ketua Jurulatih B. Sathianathan pasti akan menyediakan ramuan dan resipi padat serta padu untuk menjamin keselesaan kepada skuad The Red Warriors dalam mengharungi perlawanan kedua dan sokongan serta cemuhan peminat setia The Red Warriors. B. Sathianathan perlu cepat melahirkan penyerang yang bijak merebut dan mencipta peluang didepan gol dan bukannya penyerang yang hanya tahu merembat liar didepan gol. Kehebatan NorShahrul Idlan perlu dipergunakan sepenuhnya selain pemain bertaraf bintang lain seperti Piya, Hai-o, Akmal dan Indra perlu membuktikan pelaburan terhadap mereka tidak sia-sia, prestasi tahun lepas perlu dikembalikan. Ramai menjangkakan The Red Warriors mampu layak ke akhir piala FA tetapi diharap dengan harapan ini jangan pula membuat pemain bermain dengan lewa dan selesa setelah dilabel skuad bintang kerana kerahan tenaga pemain untuk gol kemenangan perlu di maksima sehingga wisel terakhir dengan jaminan kemenangan berbaloi untuk peminat yang datang dan terus memberi sorakan padu.

Dijangka lebih 5 buah bas telah ditempah dan ratusan peminat telah sedia untuk memenuhi Stadium Darul Aman malam ini. Diharap skuad The Red Warriors dapat menghadiahkan satu kemenangan yang bermakna untuk peminat setia ini. GOMO KELATE GOMO... PINTU BUKIT JALIL MENANTI KITA LAGI TUUUU............AMARAN AWAL....ELAKKAN MEMBAWA MASUK MERCUN...

Kelantan bersemangat

KOTA BHARU – Setelah berehat hampir dua minggu, Kelantan akan bertandang ke Alor Setar untuk bertemu Kedah dalam saingan pusingan kedua Piala FA, hari ini..

Sepanjang tempoh tersebut, Kelantan menggunakan kesempatan memperkemaskan barisan pemain, termasuk mengadakan kem motivasi untuk mengembalikan semula moral pemain.

Bertandang ke gelanggang lawan yang pernah menewaskan mereka di laman sendiri, memberikan sedikit tekanan buat pengendali skuad Red Warriors, B.Sathianathan.

Ini ditambah dengan misi yang cukup besar iaitu membawa pulang bekalan jaringan selesa ke Kota Bharu pada perlawanan kedua nanti.

Kelantan yang mendapat “bye” pada pusingan pertama, tampil selaku naib juara musim lalu, pasti mengharapkan sentuhan ajaib Sathianathan, untuk mengulangi apa yang dilakukan Peter Butler pada musim lepas.

Pertemuan hari ini bukan sahaja menguji kredibiliti kedua-dua jurulatih pasukan, tetapi pertarungan kali ini tertumpu pada ketajaman penyudah kedua-dua pasukan.

Kelantan pasti mengharapkan sentuhan penyudah berbisa yang juga peledak sensasi kebangsaan, Nor shahrul Idlan Talha bersama gandinganya untuk merobek gawang gol yang dikawal oleh Helmi Eliza Elias.

Sementara itu, Kedah pasti mengharapkan sentuhan berbisa penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, Azlan Ismail.

Kedah dijangka memberi saingan sengit kepada Red Warriors, jika berjaya melepasi pusingan kedua, kedua-dua pasukan dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Laluan mudah dilihat menanti pasukan yang layak, kerana lawan mereka selepas ini adalah dari saingan Liga Perdana.

Kedah pasti menjanjikan gandingan mantap di posisi pertahanan yang dikemudi oleh pertahanan kebangsaan Mohd Azmi Muslim,Mohd Sabree Mat Abu bersama V.Thirumurugan, Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin, yang mampu menyekat kemaraan rangkaian penyerang Kelantan.

Biarpun ketiadaan Khryll Muhaimeen, yang berehat lama akibat kecederaan lutut, rangkaian jentera tengah mereka harus diawasi.

Gandingan Shahrul Nizam Mustapa, Ahmad Fauzi Shaari, Badrol Bakhtiar bersama Khairul Helmi Johari mampu mendominasi jentera tengah jika dibiarkan bergerak bebas.

Gandingan Mohd Azlan Ismail bersama Mohd Zamri Chin, juga harus dirantai secukupnya oleh pertahanan Kelantan, jika tidak mahu berputih mata.

Posisi penjaga gol memperlihatkan saingan sengit bagi merebut tempat antara penjaga gol veteran, Halim Napi dengan rakan pelatihnya, Syed Adney pasti memeningkan kepada Sathianathan untuk membuat pilihan.

Persiapan di posisi pertahanan Kelantan tampak sedikit terjejas ekoran perkhabaran bahawa pertahanan kental mereka, S. Subramanian mengalami kecederaan.

Namun, itu bukan masalah besar buat Sathianathan.

Rangkai pilihan pemain yang dimiliki, mampu memberikan kelebihan dalam menyusun strategi untuk mengekan asakan lawan.

Kelibat Azizi Mat Rose pasti ditagih untuk merantai pergerakan Azlan Ismail dan membentuk gandingan yang mantap bersama Mohd Daudsu Jamaluddin dan Mohd Farisham Ismail.

Di bahagian jentera tengah, Kelantan pasti mengharapkan sentuhan Indra Putra Mahayuddin, Muhd. Badri Radzi dan Mohd. Shakir untuk merencanakan pergerakan bagi memastikan barisan serangan tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bola.

Posisi serangan, peminat pasti mengharapkan perubahan drastik dilakukan oleh Sathianathan jika mahu membawa bekalan selesa ke Kota Bharu.

Add to  Google

Kritikan menjadi pencetus semangat Norshahrul


NORSHAHRUL menjadikan kritikan peminat sebagai senjata untuk meningkatkan prestasinya.


MENJADI bintang bola sepak adakalanya tidak semanis seperti yang dianggap oleh peminat bola sepak tanah air, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Jika tersilap langkah hamburan kata-kata yang kurang enak pastinya akan memanaskan cuping telinga pemain yang berstatus bintang ini.

Namun, itu semua asam garam yang terpaksa dilalui oleh pemain bola sepak apabila segunung harapan diletakkan di bahu mereka.

Bagi bintang Kelantan, Nurshahrul Idlan Talaha, aksi awal musimnya yang agak goyah menyebabkan ada sesetengah pihak cuba mempersoalkan kewibawaannya.

Sebagai penggempur pasukan kebangsaan dengan reputasi sebagai antara pemain skuad emas Sukan SEA di Laos baru-baru ini, bakatnya ditagih peminat The Red Warriors.

Berdepan masalah keserasian, aksi beliau di awal musim sedikit tenggelam dan beliau juga seperti 'hanyut' dek beberapa masalah yang menghantui pasukan Kelantan.

Bagaimanapun, hatrik ketika turun menentang Pulau Pinang dalam kempen Liga Super di Kota Bharu, bulan lalu menutup mulut pengkritik beliau.

Menggalas cabaran turun menentang Kedah pada pusingan kedua Piala FA di Kedah pastinya bisa beliau sekali lagi ditagih peminat Kelantan.

Berdepan pertahanan Kedah yang sememangnya kental, Nurshahrul bersama rakan-rakannya perlu lebih kreatif untuk merobek kubu lawan.

Menurutnya, beliau kini sudah bersedia untuk menjadi salah seorang penyerang yang disegani lawan dalam dunia bola sepak tempatan.

"Ada beberapa pemain Kedah pernah menjadi rakan sepasukan ketika menyarung jersi kebangsaan dan ini sedikit sebanyak memberi kelebihan.

"Bagi saya kritikan daripada peminat tidak pernah melemahkan semangat tetapi ia menjadi tonik untuk saya memperbaiki persembahan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, keserasian antara beliau dan rakan sepasukan semakin menunjukkan peningkatan dan memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk mencapai tahap sebenar.

Jelasnya, sebagai finalis Piala FA musim lalu, tekanan pastinya berpihak kepada Kelantan namun, sedikit melegakan apabila perlawanan kedua akan berlangsung di Kota Bharu.

"Kayakinan sudah ada tetapi perlu berhati-hati kerana Kedah juga bukan calang-calang pasukan untuk ditewaskan.

"Kita pernah tewas di Kota Bharu dalam kempen Liga Super dan ini adalah peluang untuk menebus kembali kehampaan itu," ujarnya.

Penyerang kelahiran Besut, Terengganu dan dibesarkan di Tanah Merah, Kelantan itu juga mensasarkan satu gol setiap perlawanan bagi memastikan The Red Warriors mencapai impian membawa balik sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

Sabtu, 13 Februari 2010

Jumaat, 2010 Februari 12

Bina stadium baru disokong

KOTA BHARU - Penyokong pasukan Kelantan menyambut baik cadangan pembinaan sebuah stadium bola sepak baru di Kampung Gading Galoh, Machang oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Majlis Sukan Negeri.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK), Azman Mohd. Noor berkata, pihaknya menyambut baik cadangan tapak yang dikemukakan oleh Kafa.

"Lokasi ini sesuai kerana ia berada di tengah - tengah jalan yang menghubungkan semua jajahan di negeri ini.

"Jadi, adalah adil bagi semua pihak, baik yang jauh atau yang dekat semuanya dapat menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka beraksi hadapan mata mereka," katanya.

Tambahnya, sudah sampai masanya stadium baru ini dibina di luar bandar Kota Bharu untuk mengelakkan berlakunya kesesakan jalan raya.

Stadium Sultan Muhammad Ke IV yang dibina pada tahun 1967, kini berusia lebih empat dekad dengan keadaannya semakin usang serta keadaan papan markah yang mereput.

Stadium berkenaan yang mempunyai kapasiti 15,000 orang dalam setiap perlawanan berada dalam keadaan sesak apabila peminat yang hadir terlalu ramai melebihi jumlah yang sepatutnya.

Kawasan tempat meletak kenderaan yang terlalu sempit turut menyebabkan kesesakan sehingga ke beberapa jalan utama di bandar ini akibat tindakan pemandu meninggalkan kereta mereka di bahu jalan.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan cadangan pembinaan stadium baru yang dijangka menelan kos sebanyak RM120 juta itu telah dibuat oleh Presiden Kafa untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK10).

Kelantan Jatuh ke Tangga ke-6

Selepas berlangsungnya 3 perlawanan tertunda semalam (rujuk keputusan disebelah kiri), kedudukan Kelantan telah jatuh ke tangga ke-6 TM Liga Super. Kami berharap penyokong The Red Warriors tidak panik dan risau memandangkan bulan Februari tiada perlawanan liga. Sama-sama kita nantikan pertarungan sengit Skuad The Red Warriors dengan Skuad Hijau Kuning untuk perlawanan Piala FA 2010 pada 16hb di Alor Star & 20hb di Kota Bharu. Perlawanan ini akan memberi peluang kepada Skuad The Red Warriors menebus kekalahan memalukan pada Skuad Kedah pada bulan januari lepas. Gomo Kelate Gomo.....


Kafa kenal pasti tapak stadium baru PDF Cetak emel




KOTA BHARU - Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa) sudah mengenal pasti tapak untuk pembinaan stadium baru di Gading Galoh, Machang yang dijangka hanya menelan belanja RM120 juta.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa (:gambar:) berkata, tapak seluas 12 hektar itu merupakan tanah milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang terletak 25 kilometer dari Kota Bharu dan bersempadan antara Machang dan Kota Bharu, berdekatan dengan Kem Desa Pahlawan.

Katanya, cadangan pembinaan stadium bola sepak itu hanya menelan belanja RM120 juta dengan kapasiti 30,000 penonton.

“Ianya hanya peringkat cadangan dan cadangan ini akan dibawa kepada Majlis Sukan Negeri Kelantan untuk membawa usul projek itu kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri pada 26 Feb bagi perancangan projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

“Kerajaan Negeri ada juga mencadangkan tempat di Tunjong, dekat sini, tetapi kita tidak tahu sama ada itu tanah individu atau tanah Kerajaan Negeri kerana dalam RMK-10 hanya tanah milik kerajaan akan diberi keutamaan kelulusan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran logo baru tahun bola sepak Kelantan 2010.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob bahawa Kerajaan Negeri memperuntukkan sebidang tanah di Bandar Baru Tunjong untuk dijadikan tapak stadium baru Kelantan.

Annuar berkata, Kafa mempunyai rancangan untuk menguruskan stadium baru itu bagi memudahkan pihaknya membuat perancangan pembangunan bola sepak negeri.

“Kita sedang mengkaji prospek itu kerana tidak ada masalah untuk menjana RM100,000 hingga RM200,000 sebulan bagi pengurusan stadium baru. Malah ia akan menjimatkan wang kerajaan dengan Kafa menguruskan stadium itu,” katanya.

Mengulas mengenai tahun bola sepak Kelantan, Annuar berkata, pelancarannya akan berlangsung pada 27 Februari ini dan akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra.

Selasa, 9 Februari 2010

Kenyataan Akhbar Setiausaha KFAFC.

E-mail Print PDF

KETUA jurulatih Kelantan, B. Sathianathan boleh menarik nafas lega apabila kelab penyokong utama The Red Warriors, KelantanFa Fan Club tetap berdiri teguh di belakangnya.

Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) menyatakan pendirian yang sama beberapa pihak sebelum ini dengan mempertahankan kedudukan Sathianathan.

Setiausaha KPBSK, Azman Mohd. Noor berkata, berdasarkan tujuh perlawanan lalu prestasi Kelantan tidaklah terlalu teruk berbanding musim lalu.


"Musim lepas kita tewas di Terengganu dan Perlis tetapi musim ini kita mencatat keputusan seri dan ia suatu yang positif untuk kita sama-sama menilainya.


"Memiliki pemain bintang bukan bererti kita mesti menang dalam semua perlawanan, jika kita rasa kita kuat, kita kena ingat orang lain juga kuat," jelasnya.


Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan apabila sesetengah pihak turut mempertikaikan pelantikan Indra Putra Mahayuddin sebagai ketua pasukan.


"Siapa sahaja boleh dilantik sebagai kapten sama ada dia anak Kelantan atau tidak, itu bukan isunya. Selagi dia layak dia berhak mengepalai pasukan.


"Mereka (pemain) adalah pemain profesional dan saya harap jangan ada penyokong di luar sana cuba untuk mengeruhkan keadaan dengan isu remeh seperti ini," jelasnya.

B. Sathianathan menjangkakan Kelantan bakal bertemu pasukan Kedah dalam pusingan kedua Piala FA 2010. (Foto/theredwarriors.com)

Krisis yang berbangkit kepada skuad Kelantan sebelum ini dianggap selesai dan kesemua pemain kembali fokus untuk mendapat kemenangan, kata ketua jurulatih skuad bola sepak Kelantan, B. Sathianathan.

Menurutnya, inisiatif yang diambil oleh Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berjaya menyelesaikan masalah berbangkit sekali gus meningkatkan kembali moral pemain untuk terus berjuang.

“Kita akui beberapa masalah wujud sebelum ini, bagaimanapun pendekatan yang diambil oleh Tan Sri Annuar telah menjernihkan kembali, kita kini berada dalam landasan yang terbaik untuk meneruskan momentum kemenangan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Sathia yang juga bekas jurulatih skuad kebangsaan mencetuskan keadaan cemas kepada skuad Kelantan apabila beliau menyatakan bahawa terdapat individu tertentu yang mahu menyingkirkannya dari skuad Red Warriors.

Katanya, individu tersebut mahu mengambil alih peranannya dalam skuad Red Warriors walaupun tidak memiliki kelayakan sewajarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perlawanan Piala FA, Sathia berkata pihaknya sudah melakukan persiapan untuk menentang pemenang antara Kedah dan Sabah.

Katanya, Kelantan yang sebelum ini mendapat bye di pusingan pertama bersedia bertemu sesiapa sahaja namun beliau menjangkakan Kedah bakal menjadi lawan kepada Kelantan setelah menilai situasi semasa.

“Dalam keadaan ini, Kedah dijangka menjadi lawan kita, jika menjadi realistik kita sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan mereka. Kekalahan sebelum ini menjadi pengajaran berguna kepada kita,” katanya.

Katanya, semua pemainnya bebas dari kecederaan kecuali ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin yang mengalami kecederaan kecil, namun dijangka mampu pulih sepenuhnya menjelang perlawanan. -Sinar Harian


Bintang Kelantan malap PDF Cetak emel



SYED ADNEY dilihat masih gagal menampilkan prestasi cemerlang setakat ini.


SEJAK tiga tahun kebelakangan ini, Kelantan mula mempamerkan kegarangan mereka dalam aksi liga bola sepak tempatan.

Bermula selepas tampuk Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa, para peminat setia Kelantan mula membanjiri gelanggang keramat - Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Tahun 2009 menjadi musim terbaik Kelantan apabila mereka berjaya menjejakkan kaki ke pentas akhir pada kempen Piala Malaysia dan Piala FA.

Bagaimanapun, Kelantan terpaksa akur apabila sekadar muncul naib juara pada kedua-dua kempen tersebut.

Kegagalan dalam dua final itu menyebabkan KAFA mengambil keputusan untuk memperkuatkan pasukan dengan menyenaraikan beberapa nama besar bagi musim 2010.

Pada musim 2009, Kelantan hanya mempertaruhkan tiga pemain bersatus bintang iaitu Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Khalid Jamlus.

Namun bagi musim 2010, Kelantan berjaya 'mengikat' beberapa pemain ternama, antaranya Syed Adney Syed Hussien (UPB-MyTeam), Norshahrul Idlan Talaha (UPB-MyTeam), Shakir Shaari (UPB-MyTeam), S. Chanturu (Pulau Pinang), S. Subramaniam (Perak), Akmal Rizal Rakhli (KM Naza), Azizi Che Ros (Perlis) dan Hairuddin Omar (T-Team).

Pada aksi pembukaan Liga Super menentang Terengganu, 9 Januari lalu, Kelantan hanya mampu membawa pulang satu mata ke Kota Bharu, namun rata-rata peminat masih berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan skuad kendalian B. Sathianathan itu.

Empat hari kemudian, skuad The Red Warriors itu mula menampilkan aura sebagai gergasi Pantai Timur apabila membenam Johor 3-0 di laman sendiri.

Bertandang ke Kangar menentang Perlis pada 16 Januari, memperlihatkan barisan pemain Kelantan seperti bermasalah untuk menembusi benteng skuad Singa Utara itu sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Jika dinilai daripada status pemain yang ada, jelas Perlis tidak mampu menandingi Kelantan kerana ketika itu, semua barisan bintang mereka disenaraikan untuk menggempur kubu Perlis.

Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila jentera pemain Perlis mampu beraksi dengan baik sehingga berjaya mematahkan setiap serangan Kelantan.

Sejak itu, peminat mula mempertikaikan keupayaan anak-anak buah Sathianathan terutama pemain yang berstatus bintang.

Kemuncaknya, detik duka sang Kijang hadir pada pertembungan menentang Kedah di Kota Bharu pada 19 Januari lalu apabila mereka dimalukan skuad Kenari itu gara-gara kecuaian penjaga gol, Syed Adney.

Syed Adney yang berdepan tekanan yang cukup tinggi daripada peminat selepas kesilapan tersebut mengharapkan jentera serangan menghasilkan gol bagi menutup kecuaiannya itu.

Bagaimanapun, jentera depan Kelantan seperti kehilangan punca apabila mereka terus terkial-kial mencari gerak yang mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan Kedah.

Kekalahan 0-1 itu telah merentap semangat para penyokong Kelantan yang mula mendesak supaya rombakan segera dilakukan KAFA termasuk menyingkirkan Sathianathan.

Namun kemenangan 4-1 ke atas Johor FC di Kota Bharu pada 23 Januari lalu di tambah pula dengan kehadiran semula penjaga gol berpengalaman, Halim Napi sedikit sebanyak mengubat duka.

Kebanyakan peminat berharap ia sebagai batu loncatan untuk Kelantan memulakan langkah lebih bergaya.

Namun hasrat mereka tersentap lagi apabila anak-anak buah sekadar mampu seri tanpa jaringan dengan Perak di Ipoh pada 26 Januari lalu.

Biarpun menang 3-1 ke atas Pulau Pinang empat hari kemudian, peminat Kelantan seperti sudah hilang ghairah apabila melihatkan bintang-bintang mereka seakan-akan mula hilang seri.

Peminat fanatik Kelantan kini juga sudah mula mempersoalkan kemampuan pemain-pemain bintang mereka.

Jika alasan musim baru bermula, nampaknya ia sekadar alasan seperti 'melepaskan batuk di tangga' dan peminat juga sudah mula muak untuk mendengarnya.

Bagi mereka, pemain-pemain yang dibawa masuk musim ini bukan 'budak hingusan' dalam dunia profesional, sebaliknya sudah masak dengan bola sepak tempatan.

Turun sekadar dengan cagaran nama sebagai pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan belum cukup untuk membuatkan penonton 'mengalunkan' nama mereka.

Kemenangan sememangnya diharapkan peminat Kelantan tetapi kekalahan yang diiringi dengan permainan di bawah prestasi sebenar cukup mengguris perasaan mereka.Petikan

Catatan Popular