KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 20 April 2014

Buang beberapa pemain demi TRW


  • Annuar MusaTan Sri Annuar Musa
 1 / 1 
SHAH ALAM - Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) akan mengugurkan beberapa pemain yang dilihat tidak berdisiplin termasuklah pemain ternama daripada pasukan tersebut.
Menurut penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa, meskipun sayang berbuat demikian namun demi memastikan kecemerlangan TRW beliau perlu bertindak segera.

“Saya sayang dan suka kepada sesetengah pemain dan kepada mereka kita bayar gaji yang tinggi.
“Tapi bila dapat laporan tentang prestasi, disiplin, semangat berpasukan dan lain-lain, saya kena sayang kepada pasukan lebih daripada individu, tidak kira sesiapa, justeru, beberapa pemain ternama terpaksa digugurkan,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebook miliknya.

Terdahulu, Anuar menanggap bahawa masalah disiplin punca kemerosotan TRW.
Terbaru menyaksikan Kelantan kalah kepada Sarawak 1-0 di halaman sendiri.

Rabu, 16 April 2014

TRW sudah ada calon jurulatih


Kelantan kini sedang berusaha untuk mendapatkan sentuhan bekas tonggak pertahanan Liverpool, Stephane Henchoz sebagai pengganti Steve Darby.
Darby dilepaskan dari tugasannya sebagai ketua jurulatih serta-merta malam tadi susulan kekalahan memalukan 4-0 
kepada Sime Darby di Selayang. 

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa kini berada di England dan berunding mengenai kemungkinan mendapatkan 

sentuhan Henchoz dalam tempoh beberapa hari ini.

Henchoz, 39, pernah menyarung jersi kebangsaan Switzerland sebanyak 72 kali dan bersara pada 2008.

Beliau pernah memikul tanggungjawab sebagai jurulatih pasukan Blackburn Rovers Bawah 18 tahun pada 2008 dan 

2009 
dan kali terakhir menjadi pengurus di kelab FC Bulle, Switzerland pada 2010 tetapi meninggalkan kelab itu selepas 13 perlawanan. 

TRW pecat Steve Darby!

Steve Darby.
KAFA mengambil langkah drastik dengan memecat jurulatih Steve Darby berkuatkuasa serta merta sejurus selepas The Red Warriors (TRW) kalah teruk 4-0 di tangan Sime Darby.
Keputusan itu dibuat selepas pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengadakan perbincangan setelah tamat perlawanan tersebut.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman facebook miliknya: "Setelah berbincang dengan pengurusan TRW sebentar tadi, kita mengambil keputusan melepaskan Steve Darby dari tugas kejurulatihan TRW berkuatkuasa serta merta".
Difahamkan tugas jurulatih Kelantan diambil alih sementara oleh Hashim Mustapha dan zahasmi Ismail.
Sementara itu, dalam "posting" yang sama, Annuar Musa turut mengesahkan Kelantan sudahpun mengikat kontrak dengan pemain dari Ghana, Price Tagoe.
"Kita juga mengesahkan TRW telah mengikat kontrak dengan pemain Piala Dunia dan Bundesliga dari Ghana Prince Tagoe. Beliau dijangka beraksi Jumaat ini menentang Sarawak," kata Annuar Musa.
Dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Selayang malam tadi, ia menyaksikan pemain Sime Darby, Mateo Roskom mencipta hatrik masing-masing pada minit ke-6, 46 dan 69, manakala satu lagi gol dihasilkan oleh Mahmoud Amnah di minit ke-66.
Ia adalah kekalahan terburuk Kelantan dalam saingan Liga Super pada musim ini.

Ahad, 13 April 2014

Keputusan dan Catar Liga Super


lions XII     0    Sime Darby   1 
Pahang        2    T-Team       0 
Selangor      1    Perak        0   
ATM           0    Kelantan     2




Jumaat, 11 April 2014

KAFA diminta segera pecat Darby


NASIB Darby (kiri) mula mencetuskan tanda tanya ekoran prestasi hambar Kelantan sejak kebelakangan ini.


PENYOKONG Kelantan terus 'menekan' Steve Darby apabila mendesak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyingkirkan pengendali kelahiran Liverpool, England itu ekoran prestasi hambar The Red Warriors.
Kemarahan penyokong tegar The Red Warriors itu bagaikan sudah tidak dapat dibendung selepas pasukan kesayangan mereka tersingkir dalam saingan Piala AFC 2014 apabila tewas 2-3 kepada Yangon United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu.
Justeru, mereka mahu KAFA mengambil langkah segera dengan memecat Darby dalam usaha memulihkan semula imej pasukan yang tercalar teruk gara-gara aksi terumbang ambing The Red Warriors.
Bagi Kelab Penyokong The Red Warriors (TRWKB), mereka berpendapat, sudah tiba masanya KAFA melakukan perubahan drastik dengan menyingkirkan Darb.
Presiden TRWKB, Mohd. Zainy Mohd. Zain berkata, kesabaran penyokong Kelantan sudah sampai ke kemuncaknya dan KAFA perlu bertindak dengan kadar segera.
"Saya akui bukan mudah mencari jurulatih lain tetapi berapa lama mereka (KAFA) mahu lihat Stadium Sultan Muhammad IV terus lesu tanpa kehadiran penyokong setia musim ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Mohd. Zainy mendakwa, Darby tidak mempunyai hala tuju sebenar dalam memacu Kelantan dan seakan-akan bingung sama ada mahu memberi keutamaan terhadap saingan domestik atau kempen Piala AFC.
"Darby merupakan satu-satunya jurulatih yang tidak konsisten dan gagal membawa kecemerlangan untuk pasukan. Beliau sudah kering idea, taktikal lapuknya tidak boleh dipakai dan sudah tidak relevan menjadi jurulatih.
"Tiada guna muncul juara Piala FA semata-mata mahu beraksi dalam kempen Piala AFC tetapi kesudahannya berakhir dengan cara sebegini (tersingkir awal).
"Alasan jadual padat sukar diterima, kerana itulah hakikat yang perlu diterima jika kita mahu bertanding di pentas antarabangsa," ujarnya.
Mohd. Zaini berkata, pihaknya turut mencadangkan KAFA menggunakan kepakaran anak tempatan atau pun jurulatih lain bagi menggantikan Darby.
"Sebagai contohnya, bekas penolong jurulatih Kelantan musim lalu, Kamaruddin Mohamad mempunyai lesen kelas A.
"Apa salahnya kita beri peluang kepada beliau seperti mana Pahang yang dibimbing Zainal Abidin Hassan ketika ini," katanya.


KOSMO

Khamis, 10 April 2014

Red Warriors semakin hampir singkir Darby, Doe?


Steve Darby mungkin terpaksa meninggalkan Kelantan dalam masa terdekat berikutan prestasi kurang memuaskan.

KOTA BHARU - Kedudukan Steve Darby sebagai jurulatih dan beberapa pemain, terutama Francais Forkey Doe semakin goyah apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) membayangkan akan membuat perubahan bagi memperkasakan pasukan dalam mengharungi baki persaingan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Spekulasi itu bertiup kencang apabila Kelantan tumbang di ge­langgang sendiri kepada Yangon United FC 2-3 malam kelmarin dan tersingkir dari saingan Piala AFC.
Malah Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi entri di akaun Facebook beliau berkata per­ubahan tersebut akan dilakukan dalam masa kurang dari dua ming­gu sebelum pintu perpindahan pemain ditutup.
Annuar berkata, perubahan tersebut meliputi barisan kejurulatihan, teknik latihan, pengurusan pasukan dan sebagainya.

"Berkemungkinan komposisi pemain dan jurulatih juga akan melalui proses pengubahsuaian. Ianya bukan mudah, tapi kita akan lakukan sesuatu. Semoga Allah permudahkan segala urusan," katanya.
Annuar memberitahu sudah dua sesi panjang perbincangan mengenai dasar, teknikal, kewangan pasukan telah dijalankan oleh pihaknya.
"Jelaslah membina pasukan dan memperbaikinya tidak semudah yang kita tulis di Facebook. Patutlah Johor Darul Ta'zim, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis yang dulu sang juara masih tercari-cari formula.
"Mujur setakat ini Kelantan lebih stabil tetapi tidak memuaskan," ujarnya.
Utusan Malaysia 4 April lalu melaporkan penyokong setia Kelantan sudah hilang sabar dengan percatur­an Steve Darby selepas pasukan itu dibelasah 4-0 oleh kelab Vietnam, XM Vissai Ninh Binh dalam aksi Kumpulan G, Piala AFC 2014 di Stadium Ninh Binh.

Nasib pengendali kelahiran Li­ver­pool, England itu kini ibarat te­lur di hujung tanduk apabila skuad kendaliannya terkeluar daripada persaingan Piala AFC walaupun masih perlu menghabiskan satu perlawanan.
Sejak mengambil alih tugas yang ditinggalkan Bojan Hodak, Darby hanya melakar lima kemenangan dalam kempen Liga Super manakala satu dalam persaingan Piala AFC.
Sementara itu, Darby ketika ditemui selepas perlawanan malam kelmarin sekali lagi memberi alasan kepenatan punca pasukannya tewas kepada Yangon dan tersingkir daripada Piala AFC.
Katanya, sepanjang bulan ini pasukannya telah mengharungi dua perlawanan iaitu menentang wakil Vietnam, XM Vissai Ninh Binh dan ATM dalam tempoh yang singkat berbanding lawan yang tidak beraksi sejak seminggu lalu.
“
Saya ulangi sekali lagi dan saya harap anda (wartawan) akan menulis tentang perkara ini. Yangon United FC tidak beraksi sejak se­minggu lalu sedangkan kami baru sahaja bermain tiga hari lalu (menentang ATM).
“Itu satu perbezaan yang cukup besar tetapi tiada siapa sedar mengenai perkara ini. Ia akan berlaku setiap tahun dan merosakkan segala-gala perancangan kami," katanya.
Sementara itu sumber yang rapat dengan Kafa mengesahkan persatuan itu sedang berunding dengan bekas tonggak kebangsaan Ghana yang beraksi di Piala Dunia 2010, Prince Tagoe, 28, dalam usa­ha memperkasakan pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Sumber itu memberitahu run­dingan dengan pemain tersebut sedang rancak berlangsung dan me­nunjukkan tanda-tanda positif.

"Rundingan ini dilakukan sendiri oleh penasihat Kafa, jika semua­nya selesai pemain tersebut akan bersama dengan Kelantan bagi menhgarungi baki saingan Liga M.
"Apa-apapun kita tunggu keputusan yang akan dibuat Tan Sri dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
FRANCIS Forkey Doe(kiri) dan Steve Darby mungkin terpaksa meninggalkan Kelantan dalam masa terdekat berikutan prestasi kurang memuaskan.


Rabu, 9 April 2014

Kelantan 'pulang awal'




DOE (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Yangon United pada aksi Kumpulan G kempen Piala AFC 2014 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.


NASIB pengendali Kelantan, Steve Darby ibarat telur dihujung tanduk selepas skuad kendaliannya tumpas 2-3 kepada wakil Myanmar, Yangon United pada aksi Kumpulan G kempen Piala AFC 2014 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Kekalahan tersebut merupakan rekod terburuk Kelantan dalam saingan Piala AFC sepanjang tiga musim lalu apabila tersingkir di peringkat kumpulan sejak menyertainya pada 2012.
Bagaimanapun, tuan rumah yang turun dengan misi wajib menang pada perlawanan tersebut dikejutkan dengan kehilangan khidmat peledak berbisanya, Mohamad Ghaddar selepas pemain berkenaan mengalami kecederaan.
Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal pelawat pada minit ke-24 menerusi tonggak import, Cezar Augusto Hermenegildo yang tidak dikawal.
Dia bertindak tenang untuk memperdayakan penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan kembali memperkemaskan rentak dan peluang terbaik mereka menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-34, namun rembatan tonggak pertahanan kiri, Zairul Fitree Ishak sekadar melintasi gawang gol Yangon United.
Pemain sayap, Tengku Hasbullah Raja Hassan terlepas peluang untuk menjaringkan gol apabila rembatan jarak dekatnya diselamatkan oleh pengaja gawang pelawat Pyae Phyo Oo pada minit ke-39.
Kelantan berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi deretan peluang yang diperoleh gagal diterjemahkan oleh jentera serangan, sekali gus menyaksikan keputusan tersebut kekal berpihak kepada pelawat.
Kelantan tampil dengan aksi bertenaga pada babak kedua dan akhirnya memperoleh jaringan penyamaan menerusi pemain gantian, Mohd. Khairul Izuan Rosli yang melepaskan rembatan mengelirukan, sekali gus melepasi jangkauan Phyo Oo untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.
Pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria yang bertindak secara solo untuk memperdayakan empat pemain pelawat meledakkan jaringan kedua Kelantan pada ke-54 seterusnya menggamatkan suasana di Stadium Sultan Muhammad IV.
Sepuluh minit kemudian, pasukan pelawat kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi penyerang import, Emerson Reis Luiz yang bijak memanfaatkan situasi salah faham di barisan pertahanan tuan rumah.
Kyaw Ko Ko meranapkan impian Kelantan untuk mara ke pusingan kedua apabila menjaringan gol ketiga pada minit ke-80 dan keputusan 3-2 itu kekal hingga tamat perlawanan.

TRW AMBIL PENYERANG BARU





KOTA BHARU - The Red Warriors (TRW) dikhabarkan bakal membawa masuk seorang lagi penyerang dalam usaha memperkasakan pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dan Francis Forkey Doe dijangka dikorbankan untuk memberi laluan kepada pemain import itu.

Muka baharu yang dikatakan akan dibawa masuk ialah Prince Tagoe, 28, dari Ghana yang merupakan bekas penjaring terbanyak Liga Perdana negara berkenaan pada musim 2005.
Khabar angin tersebut bertiup kencang di laman Facebook milik Kelab Penyokong Kelantan.
Perkara tersebut diperkukuh­kan lagi apabila Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memuat naik sekeping gambarnya bersama pemain berkenaan di dalam akaun Facebook miliknya semalam.

Kelamarin Annuar menerusi entri Facebook miliknya menulis TRW mungkin membawa masuk seorang pemain import dalam usaha memperhebatkan pasukan.

"Banyak negeri dan kelab memperkasakan pasukan menjelang pusingan kedua liga dan ke arah Piala Malaysia antaranya Johor Darul Ta'zim, Felda United, T-Team, Terengganu, Perak dan Sarawak.

"Kita juga turut bawa masuk tiga pemain tempatan termasuk dua dari kelab luar negara, rasanya belum cukup mungkin seorang pemain import lagi akan memperhebatkan The Red Warriors," katanya.

Setakat ini Kelantan sudah memiliki empat pemain import iaitu Mohamad Shawky Yazid (Mesir), Mohamad Ghaddar (Lebanon), Obinna Nwaneri (Nigeria) dan Forkey Doe (Liberia).
meyakinkan.

Prestasi Doe sebelum ini dikritik hebat oleh penyokong Kelantan sehingga mendesak Kafa segera mencari pengganti pemain berkenaan.

Sejak menyertai Kelantan musim ini penjaring terbanyak Liga Super 2012 itu hanya meledakkan dua gol.

Ahad, 6 April 2014

Brendan Tak Mengecewakan

Brendan Gan
Brendan Gan
PENAMPILAN pemain baharu The Red Warriors, Brendan Gan pada aksi sulungnya ternyata tidak mengecewakan apabila membantu pasukan tersebut mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Terengganu dalam saingan Liga Super, baru-baru ini.
Malah bekas pemain Sydney FC yang beraksi dalam Liga Australia musim 2008 hingga 2011 itu yang diberi tanggungjawab beraksi selaku pemain sayap kanan turut bermain sepenuh masa dalam pertemuan negeri jiran tetangga itu.
Kehadiran Brendan, yang didaftarkan selaku pemain tempatan setelah jendela pendaftaran pemain dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 23 Mac lalu mampu menyuntik kekuatan Kelantan yang dilihat bermasalah jentera tengah sebelum ini.
Apa yang boleh diperkatakan, usaha keras Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sejak hampir tiga bulan lalu untuk mendaftarkan Brendan yang pernah bermain dengan Sabah selaku awang import pada musim 2012 tampak berbaloi dengan sumbangan singkat pemain berkenaan.
CURI MATA
Bertandang ke Kuala Terengganu dengan skuad tempang tetapi masih mampu meraih mencuri satu mata merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan buat pasukan kendalian Steve Darby itu.
Ini berikutan, Terengganu yang memimpin carta liga ketika itu berada di kemuncak prestasi mereka tetapi Kelantan mempamerkan aksi bertenaga apabila mendahului Sang Penyu menerusi Mohamed Shawky Aly sebelum disamakan Zairo Anuar Zalani.
Ironinya, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga apabila Kelantan menguasai awal babak pertama namun skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim bingkas memberi saingan pada babak seterusnya terutama dengan kemasukkan Mohamad Ashari Samsudin dan Mamadou Hady Barry.
TAMBAH DERITA
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sememangnya pasukan yang cukup bermasalah ketika ini. Tanpa kelibat Amirridzwan Taj Tajudin dan K Reuben Thayaparan yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lutut, ditambah ketiadaan Christie Jayaseelan akibat penggantungan perlawanan pasti merencatkan perancangan jurulatih, B Satiananthan.
Lebih parah, tanpa Marlon Alex James dan Spase Dilevski yang turut dibelenggu kecederaan, apa lagi yang boleh dilakukan ATM di Kota Bharu biar pun Kelantan juga kehilangan sentuhan Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Md Ali pada perlawanan ini.
Seharusnya, Kelantan yang baru pulang dari Vietnam selepas berdepan XM Vissai Ninh Binh dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mampu menambahkan derita buat ATM dengan bermain mati-matian kerana ini merupakan peluang terbaik untuk menutup pusingan pertama dengan nota kemenangan.

Catatan Popular