KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 11 April 2014

KAFA diminta segera pecat Darby


NASIB Darby (kiri) mula mencetuskan tanda tanya ekoran prestasi hambar Kelantan sejak kebelakangan ini.


PENYOKONG Kelantan terus 'menekan' Steve Darby apabila mendesak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyingkirkan pengendali kelahiran Liverpool, England itu ekoran prestasi hambar The Red Warriors.
Kemarahan penyokong tegar The Red Warriors itu bagaikan sudah tidak dapat dibendung selepas pasukan kesayangan mereka tersingkir dalam saingan Piala AFC 2014 apabila tewas 2-3 kepada Yangon United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu.
Justeru, mereka mahu KAFA mengambil langkah segera dengan memecat Darby dalam usaha memulihkan semula imej pasukan yang tercalar teruk gara-gara aksi terumbang ambing The Red Warriors.
Bagi Kelab Penyokong The Red Warriors (TRWKB), mereka berpendapat, sudah tiba masanya KAFA melakukan perubahan drastik dengan menyingkirkan Darb.
Presiden TRWKB, Mohd. Zainy Mohd. Zain berkata, kesabaran penyokong Kelantan sudah sampai ke kemuncaknya dan KAFA perlu bertindak dengan kadar segera.
"Saya akui bukan mudah mencari jurulatih lain tetapi berapa lama mereka (KAFA) mahu lihat Stadium Sultan Muhammad IV terus lesu tanpa kehadiran penyokong setia musim ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Mohd. Zainy mendakwa, Darby tidak mempunyai hala tuju sebenar dalam memacu Kelantan dan seakan-akan bingung sama ada mahu memberi keutamaan terhadap saingan domestik atau kempen Piala AFC.
"Darby merupakan satu-satunya jurulatih yang tidak konsisten dan gagal membawa kecemerlangan untuk pasukan. Beliau sudah kering idea, taktikal lapuknya tidak boleh dipakai dan sudah tidak relevan menjadi jurulatih.
"Tiada guna muncul juara Piala FA semata-mata mahu beraksi dalam kempen Piala AFC tetapi kesudahannya berakhir dengan cara sebegini (tersingkir awal).
"Alasan jadual padat sukar diterima, kerana itulah hakikat yang perlu diterima jika kita mahu bertanding di pentas antarabangsa," ujarnya.
Mohd. Zaini berkata, pihaknya turut mencadangkan KAFA menggunakan kepakaran anak tempatan atau pun jurulatih lain bagi menggantikan Darby.
"Sebagai contohnya, bekas penolong jurulatih Kelantan musim lalu, Kamaruddin Mohamad mempunyai lesen kelas A.
"Apa salahnya kita beri peluang kepada beliau seperti mana Pahang yang dibimbing Zainal Abidin Hassan ketika ini," katanya.


KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular