Kelantan melengkapkan kekalahan kelima dalam kempen Piala AFC 2014 selepas sekali lagi dibelasah, kali ini kepada South China 4-0.
Sedar sudah tersingkir daripada kempen musim ini, Kelantan nyata dilihat kurang bermaya malah hampir tiada gerakan berbahaya dapat dilakukan terhadap kubu lawan, terutamanya pada babak kedua perlawanan.Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Mongkok, Hong Kong itu, Kelantan hanya mampu melihat satu demi satu gawangnya di bolosi bermula pada minit 42 menerusi Lee Hong Lim.
Jangkaan Kelantan akan bangkit pada separuh masa kedua jelas meleset, apabila tiga gol lagi berjaya di jaringkan South China. Biarpun South China juga sudah mengucapkan selamat tinggal kepada Piala AFC musim ini, namun mereka nyata tidak mahu pasukan pelawat mencemar maruahnya di laman sendiri.
South China lebih bertenaga dengan melakukan jaringan di babak kedua menerusi Andrew Barisic (m75,m90+3) dan Lo Kong Wai (m82).
Kelantan yang hanya mengutip 3 mata terpaksa berada di kedudukan terbawah kumpulan G, sementara South China berada di tangga ketiga dengan mengutip 7 mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan