KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 30 Ogos 2012

Pemain Terbaru Dalam Radar KAFA

Mohamed Shawky
Shawky pernah mewakili sebuah kelab di England.
Kelantan dijangka akan mengambil seorang lagi pemain import iaitu Mohamed Shawky dari Mesir (Egypt).

Mohamed Shawky ( lahir 15 Oktober 1981) merupakan pemain bola sepak Mesir. Beliau bermain diposisi tengah dan sekarang sedang beraksi untuk kelab liga perdana Mesir,  serta pasukan bola sepak kebangsaan Mesir. Dia juga pernah membantu Mesir dalam Piala Negara-Negara Afrika.


Dilahirkan di Port Said, Shawky memulakan kerjaya beliau dengan bermain untuk kelab Al-Masry sebelum menyertai Al-Ahly, di mana beliau menjadi terkenal dengan tendangan deras.
Beliau menyertai kelab Liga Inggeris, Middlesbrough pada 31 Ogos 2007 untuk £ 650000 dan menandatangani kontrak selama tiga tahun. Dia membuat penampilan pertama menentang Tottenham Hotspur pada 26 September 2007 di pusingan ke-3 Piala Liga 2007-08. Mohamed Shawky bermain di separuh pertama, dengan perlawanan berakhir dalam kemenangan 2-0 untuk Tottenham.
Dihalang oleh kecederaan semasa musim pertama beliau, Shawky bermain untuk Middlesbrough pada perlawanan pembukaan liga perdana musim 2008-2009 menentang Tottenham Hotspur yang Middlesbrough menang 2-1. Pada 8 Januari 2010, Shawky menandatangani dua dan setengah tahun kontrak dengan Kayserispor. Pada Jun 2010, beliau dan kelab mengakhiri kontrak dengan persetujuan bersama, membolehkan Shawky untuk kembali ke Mesir, menyertai Al-Ahly. -WikiPedia
Shawky
Sumber : Wikipedia

KELANTAN PERLU MENANG

Kelantan akan turun dengan misi wajib menang pada perlawanan pusingan kedua Piala Malaysia menentang ATM di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


ATM yang mendapat sentuhan B. Sathianathan sudah membuktikan status mereka dengan pungutan mata terbanyak untuk mengungguli carta peringkat kumpulan.

Nyata bekas jurulatih Kelantan tersebut telah membina skuad mantap dan berprestasi tinggi.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan menarik pada perlawanan pertama menyebabkan kita terpaksa mencapai kemenangan di Kota Bharu bagi meneruskan perjuangan merebut slot ke suku akhir.

Jadi, kita menetapkan misi wajib menang keatas pasukan pelawat seterusnya berada di tangga pertama kumpulan B.

Pada pertemuan di Selayang, Kelantan bangkit dari ketinggalan hasil jaringan Obinna Nwaneri pada minit ke-87 untuk memadamkan jaringan pendahuluan Marlon Alex James pada minit ke-55

Rabu, 29 Ogos 2012

Kelantan Nafi Hajat Besar ATM

PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) bersaing dengan pemain
pertahanan ATM, Azmi Muslim pada aksi Piala Malaysia di Stadium MPS malam tadi.
KUALA LUMPUR – Kelantan menafikan hajat besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk merekodkan kemenangan tiga kali berturut-turut apabila berjaya mengikat pendahulu Kumpulan B Piala Malaysia itu 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
Bagaimanapun kerancakan perlawanan antara ATM dengan Kelantan di hadapan 20,000 penonton itu dicemari oleh insiden baling botol daripada penyokong The Red Warriors ke dalam padang ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Izwan.
Akibat kejadian itu, perlawanan terpaksa diberhentikan 14 minit di babak kedua selepas pengadil enggan memberikan penalti kepada pasukan pelawat selepas Mohd. Badri Radzi dikasari di dalam kotak penalti.
Marlon meletakkan ATM di hadapan pada minit ke-55 ekoran kesilapan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang gagal menangkap kemas rembatan penyerang dari St. Vincent & Grenadines itu sebelum bola bergolek masuk ke dalam gawang.
Namun, Obinna Nwaneri memastikan penyokong setia Kelantan seramai 15,000 tidak pulang hampa apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 hasil rembatan kencang ke gawang gol selepas menyambung percubaan Shakir Shaari yang sebelum itu dapat diselamatkan oleh Farizal Harun.
Keputusan seri itu meletakkan peluang buat semua pasukan dalam Kumpulan C masih sama rata dengan ATM kekal di tangga teratas dengan tujuh mata sementara Kelantan naik ke tempat kedua dengan empat mata, Kedah dan Terengganu memungut tiga mata.
Kelantan membayangkan penguasaan awal melalui dua gerakan solo menarik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8 dan 11 namun rembatan leretnya terlalu lemah dan mudah ditangkap kemas oleh penjaga gol ATM, Farizal Harun.
Ketika Red Warriors rancak menyerang, ATM melakukan serangan balas pada minit ke-14 menerusi gerakan Hairuddin Omar yang melakukan hantaran tinggi kepada Marlon Alex James.
Penyerang import itu berjaya mengatasi kawalan ketat Obinna Nwaneri dan menggelecek Khairul Fahmi Che Mat tetapi rembatannya sekadar sipi mengenai jaring di sebelah tepi.
Jika tidak kerana Azmi Muslim dapat menahan rembatan Mohd. Afiq Azmi di atas garisan gol, Kelantan sudah pasti berada di hadapan pada minit ke-26 selepas Irwan Fadzly Idrus melakukan kesilapan apabila terlepas bola dalam kotak penalti.
Bermula babak kedua, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak membuat penukaran memasukkan Mohammad Ghaddar untuk menggantikan Afiq dan pemain import Lebanon itu hampir meledak gol pembukaan seminit kemudian tetapi percubaannya tidak membuahkan sebarang hasil.
Rembatan jarak jauh Marlon dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-47 sebelum penjaga gol kebangsaan itu sekali lagi terpaksa bekerja keras menyekat gerakan Hairuddin lima minit kemudian yang berjaya melepasi pertahanan Kelantan dalam kawasan penalti ATM.

Piala Malaysia 2012 : Kelantan Lepas Peluang Kejar Pendahulu.

The Red Warriors gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu Kumpulan B apabila sekadar seri 1-1 dengan ATM di Stadium Selayang malam tadi.


Perlawanan yang berlangsung semalam bagaimanapun tercemar dengan insiden lontaran objek penyokong ke dalam kawasan padang memaksa perlawanan ditangguhkan sebanyak dua kali.

Pada babak pertama perlawanan, ATM yang turun dengan skuad terkuat dimiliki mereka cemerlang untuk merobohkan benteng pertahanan Kelantan.

Beberapa asakan mereka hampir membuahkan hasil tetapi tidak berjaya membolosi gawang Sang Kijang.

Kelantan yang sekali sekala mengatur serangan balas turut mempunyai peluang keemasan didepan gawang ATM melalui Afiq Azmi tetapi pertahanan ATM, Azmi Muslim lebih pantas mengeluarkan bola dari atas garisan gol pada minit ke-33.

Bersambung babak kedua, ATM terus mendominasi perlawanan dan hampir memecahkan kebuntuan melalui sepakan dari luar kotak Marlon Alex James pada minit ke-49 tetapi Khairul Fahmi Che Mat pantas melayangkan badan menepis keluar.

Tidak lama kemudian, Marlon menebus kehampaan dengan sepakan deras dari jarak dekat seterusnya menewaskan penjaga gol Kelantan untuk jaringan pertama perlawanan pada minit ke-55.

Terkejut dengan gol pertama tuan rumah, Kelantan cuba mengatur serangan balas tetapi sekali lagi dikecewakan dengan tindakan pengadil yang tidak memberikan sepakan penalti selepas Indra Putra dan Mohd Badri Radzi dikasari menyebabkan para penyokong yang tidak berpuas hati melontarkan objek ke dalam padang.

Perlawanan terpaksa dihentikan selama 12 minit akibat insiden tersebut.

Bersambung selepas itu, Kelantan akhirnya berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-87 melalui sepakan kencang Obinna Nwaneri dari jarak dekat setelah sepakan penjuru Mohd Badri Radzi gagal dikeluarkan pertahanan ATM.

Selepas tambahan masa 17 minit, perlawanan ditamatkan dengan ATM dan Kelantan berkongsi mata manakala dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, Kedah bangkit dari dua kekalahan untuk menewaskan Terengganu 2-1 di Alor Setar.

Isnin, 27 Ogos 2012

KAFA Buka Tawaran Tajaan.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuka tawaran tajaan kepada yang berminat untuk menaja The Red Warriors pada musim 2012/2013.


Menurut Tan Sri Annuar Musa, kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk menaja jersi rasmi pasukan, pakaian latihan, peralatan serta pelbagai lagi boleh membuat bidaan dengan menghubungi TRW.Com Sdn. Bhd.

Kita membuat tawaran terbuka dan semua pihak boleh membida untuk memberikan tajaan kepada pasukan Kelantan.

Pihak KAFA menetapkan tarikh tutup bidaan ialah pada hari Ahad, 15 September 2012.

Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh berhubung dengan Mr. Kevin Ramalinggam di talian 03-62049613.

Kolumnis : Ramai Pemain TRW Cuba Dipikat Pasukan Lain.

Persembahan konsisten sehingga mempertahankan kejuaraan Liga Super serta menjulang kali pertama Piala FA pada musim ini selain masih beraksi dalam Piala Malaysia dan AFC menyebabkan beberapa pasukan dalam Liga Malaysia menyatakan minat secara terbuka untuk merekrut pemain The Red Warriors.


Berbeza pada musim sebelum ini dimana hanya dua hingga tiga pemain sahaja mahu diambil pasukan lain tetapi pada saingan terbaru, sehingga sebelas pemain utama ditawarkan kontrak untuk meninggalkan Sang Kijang.

Bukan lagi rahsia nama-nama seperti Badri Radzi, Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha, Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi, S. Chanturu, Shakir Shaari serta tenaga import, Mohamad Ghaddar dan Obinna Nwaneri telah ditawarkan kontrak lumayan untuk beraksi bersama pasukan lain pada tahun depan.

Satu perkembangan yang sihat untuk karier pemain tetapi berita buruk kepada pihak pengurusan Kelantan FA kerana terpaksa berjuang untuk mengekalkan pemain utama mereka.

Setakat ini, dilaporkan pasukan dari Selatan, Johor begitu aktif memancing pemain Cik Siti Wan Kembang untuk bersama mereka.

Selangor juga tidak terkecuali kerana turut menawarkan tempat kepada dua pemain Kelantan dengan tawaran yang cukup sukar ditolak.

Pada hakikatnya, jika pemain yang ditawarkan kontrak ini merasakan mereka ingin mencari kelainan, mereka mungkin akan keluar kerana segala kejuaraan dalam Liga Domestik telah mereka julang bersama The Red Warriors.

Bagaimanapun, jika mereka ingin merasai suasana sebenar bola sepak negara seperti yang ditekankan oleh para pengulas sukan tanahair, hanya beberapa pasukan sahaja mampu menerbitkan suasana itu terutamanya negeri Kelantan.

Patah tumbuh hilang berganti bagaimanapun sesuai untuk Sang Kijang kerana ada beberapa pemain luar sedang dalam penilaian khas KAFA untuk dibawa masuk.

Satu kemujuran juga apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut cakna kehendak peminat dengan pantas menawarkan kontrak kepada pemain yang mereka rasa mampu untuk memberikan pulangan lumayan pada saingan akan datang.

Jadi pilihan sebenarnya ada pada tangan pemain sama ada mereka ingin kekal atau berhijrah kerana para penyokong kini semakin sedar bidang bola sepak hanya bersifat sementara dan tidak kekal.

Justeru itu, fikir masak-masak sama ada ingin terus bersama pasukan yang telah menjulang nama atau menerima tawaran kontrak lumayan beraksi dengan pasukan lain pada musim mendatang

BERI SAYA MASA-NORSHARUL

Norshahrul Idlan Talaha berharap penyokong The Red Warriors memberikan dia peluang dan ruang cukup luas untuk membuktikan kembali sentuhan penyudah didepan pintu gol.


Dia yang dikritik hebat para peminat selepas kegagalan melakukan penyudah sejak beberapa perlawanan lepas menyatakan bukan sesuatu yang mudah untuk meletakkan bola ke dalam jaring.

Saya baru kembali dari kecederaan serius dan ketika ini masih mencari prestasi sebenar, jelasnya.

Cuba lihat pemain luar negara seperti Torres dan Rooney, mereka pernah ketandusan jaringan selepas kembalinya dari kecederaan tetapi jurulatih mereka terus menurunkan dalam perlawanan kerana mereka tahu para pemain ini akan menjaringkan gol apabila terus diberi peluang.

Norshahrul Idlan juga berharap para penyokong Kelantan berterusan memberi sokongan dan mereka boleh memberi kritikan kepada persembahan pada hari perlawanan dan selepas tamat, hentikan kata-kata kritikan bersifat menjatuhkan maruah lebih-lebih lagi halaman sosial.

Saya menerima kritikan tetapi biarlah membina dan tidak bersifat buruk serta berat sebelah katanya ketika ditemui RedsfcNews petang semalam. 

Untuk catatan, kali terakhir Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol ialah pada pertemuan dengan PKNS yang berkesudahan Kelantan menang 3-0.

Ahad, 26 Ogos 2012

Insiden "BOOO" pemain sendiri. Penyokong Kelantan di kritik


Penyokong Kelantan dikritik pemain sendiri setelah satu insiden "booooo" pemain sendiri pada perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia 2012 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Screen Shot 2012-08-26 at 2.29.45 PMs
Pertahanan Kelantan dan juga pertahanan kebangsaan, S.Subramaniam mengkritik tindakan penyokong The Red Warriors yang kurang bijak mengejek penyerang Kelantan, Ramzul Zaini yang masuk menggantikan Afiq Azmi pada perlawanan menentang Kedah malam tadi. Kritikan itu dilakukan menerusi laman facebook peribadi beliau.
 
Tindakan sedemikian sememangnya tidak wajar kerana tindakan berkenaan boleh menyebabkan pemain hilang fokus dan gagal untuk memberikan aksi sebaik mungkin. Ramzul pernah menjadi antara pemain yang digemari penyokong pasukan Kelantan terutamanya setelah menjaringkan hat trik pada perlawanan separuh akhir Piala FA tahun lalu.
 
Insiden ini adalah insiden terbaru melibatkan penyokong Kelantan setelah isteri kepada penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha turut meluahkan kekesalan terhadap tindakan penyokong Kelantan yang mengherdik penyerang berkenaan kerana gagal beraksi dengan baik ketika kekalahan Kelantan kepada Terengganu tempoh hari.
 
Kelantan mencatat kemenangan pertama perlawanan kumpulan B menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi setelah tewas kepada Terengganu dalam perlawanan pertama mereka.
 
Jika anda berada di tempat Ramzul apakah perasaan anda? Sedangkah Ramzul banyak Kelantan membantu seperti Kelantan mara ke final  Piala FA dan membantu skuad Piala Emas Raja-raja Kelantan menjuarai Piala.. Wahai semua penyokong bola sepak kelantan jangan kamu lemahkan semangat permain.Jika kamu berasa hebat kamu join bola sepak. Cuba anda Fikir  ..Jangan mudah booo permain sesuka hati...

Kelantan Atur Pertemuan Dengan Brunei.

Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengatur satu pertemuan persahabatan antarabangsa melawan Brunei Darul Salam di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Perlawanan akan dilangsungkan pada 8 September 2012 bermula jam 8.45 malam.

Menurut penasihat, Tan Sri Annuar Musa, perlawanan ini merupakan salah satu perlawanan persiapan yang diatur pihak pengurusan sebelum suku akhir Piala AFC.

Brunei merupakan lawan setimpal dengan The Red Warriors kerana mereka juga dalam rangka persiapan sebelum kejohanan Piala AFF yang akan berlangsung tidak lama kemudian.

Perlawanan dengan Brunei juga merupakan perlawanan persiapan terakhir pasukan sebelum bertolak ke Arbil City untuk aksi suku akhir pada 18 September dan 25 September (Kota Bharu)

Catatan Popular