KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 10 Januari 2014

‘The Predator’ Cari Sentuhan


Francis Forkey Doe
Francis Forkey Doe
Kota Bharu: Penyerang import Kelantan, Francis Forkey Doe membulat tekad untuk mengulangi sentuhan berbisa seperti dilakukannya bersama Terengganu pada 2012 sehingga dinobatkan pemenang Kasut Emas meskipun berdepan saingan Mohamad Ghaddar.
Forkey Doe atau lebih dikenali sebagai ‘The Predator’ itu bagaimanapun mengakui agak sukar untuk mendapat sentuhan jaringan ketika perlawanan persahabatan pra-musim berikutan masih mencari keserasian bersama pasukan baru.
Menurutnya, tiada yang mustahil untuk mengulangi kejayaan menjadi penjaring terbanyak Liga Super, tetapi menegaskan usaha itu memerlukan kesungguhan selain perlu mendapat kerjasama rakan sepasukan.
“Saya akui keadaan sedikit mencabar pada permulaan kerana perlu mencari keserasian dan bersaing dengan beberapa pemain tempatan yang berpengalaman. Bagaimanapun, tiada yang mustahil jika saya bersungguh-sungguh untuk melakukannya.
“Saya juga memerlukan bantuan rakan, tetapi apa yang lebih penting fokus kepada kejayaan pasukan daripada sasaran peribadi,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Muhammad IV.
Sebelum ini pemain berusia 28 tahun dari Liberia itu pernah dikaitkan dengan kontroversi bertikam lidah dengan Ghaddar kerana tidak mendapat keserasian ketika perlawanan persahabatan menentang skuad Piala Presiden Kelantan pada 4 Januari lalu tetapi dinafikan jurulatih Steve Darby.

Rabu, 8 Januari 2014

Steve Darby puji aksi Shawky


  • Mohamed ShawkyMohamed Shawky (dua, kiri) berebut bola dengan pemain pertahanan Perlis, Mohd Khairil Zainuddin dalam aksi persahabatan kedua-dua pasukan di Kota Bharu, kelmarin. - FOTO : KHIRU SHALEH ABDULLAH
 1 / 1 
MOHAMED Shawky boleh jadi pemain import terbaik musim ini.  Itu komen Ketua Jurulatih The Red Warriors (TRW), Steve Darby selepas menilai prestasi bekas pemain kebangsaan Mesir itu dalam aksi persahabatan menentang Perlis, di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Malah,  jurulatih kelahiran England itu langsung tidak mempedulikan kemenangan yang diraih pasukannya, menewaskan skuad kendalian Reduan Abdullah 3-1, sebaliknya lebih berminat menghambur pujian ke atas Mohammed Shawky yang beraksi sepenuh masa dalam perlawanan itu.

Menurutnya, kelebihan yang dimiliki Mohamed Shawky ialah dia seorang pemain tipikal namun gemar membuat hantaran dekat dan berlari tanpa henti ke segenap penjuru padang bagi memastikan pasukannya tidak hilang penguasaan bola.

“Mohamed Shawky, Amar Rohidan dan Mohd Badhri Radzi melakukan kerja masing-masing dengan cemerlang malam ini. Mereka membuatkan enjin tengah pasukan ini berfungsi dengan baik dan tampak cukup sempurna. 

“Anda kena sedar, Mohamed Shawky ialah seorang pemain bola sepak berkualiti. Saya tidak ada keraguan mengenainya dan tidak mustahil dia mampu menjadi pemain import terbaik musim ini,” katanya.

Tambahnya, pemain berusia 32 tahun itu  sentiasa mempunyai kawalan bola menarik menyebabkan dia sering  menjadi mangsa kekasaran pemain Perlis.

Pada aksi persahabatan itu, Mohammed Ghaddar, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Ahmad Fakri Saarani meledakkan jaringan buat Kelantan, sementara gol sagu hati Perlis disumbangkan penyerang import Ivory Coast, Dao Bakary.

Biar pun Kelantan mencatatkan kemenangan pada perlawanan tersebut, namun jurulatih berusia 58 tahun itu mengakui ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki terhadap corak permainan pasukannya sebelum tirai Liga Malaysia dibuka pada 17 Januari ini.

“Ada kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan pemain. Mereka gagal membuat hantaran tepat kepada rakan sepasukan.

"Saya tiada alasan mengenai kelemahan ini, sepatutnya mereka boleh melakukan lebih baik (hantaran tepat) dalam perlawanan ini,” katanya.

Darby: Barisan penyerang kurang menyengat


  • Steve DarbySteve Darby
 1 / 1 
KOTA BHARU - Disebalik kemenangan 3-1 ke atas Perlis dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi, ketua jurulatih pasukan bola sepak Kelantan, Steve Darby masih tidak berpuas hati dengan prestasi barisan penyerang pasukan.
  
Jurulatih berusia 59 tahun itu berkata pemain, terutamanya penyerang, perlu memperbaiki kemahiran hantaran bola untuk membuat penyudah lebih baik.   

“Secara keseluruhannya corak hantaran bola belum sebaik yang diharapkan. Pemain boleh lakukan hantaran yang jauh lebih baik daripada itu. Tiada alasan sama sekali.
  
“Jadi kami menyasarkan hantaran yang lebih baik, pastinya penyudah lebih kemas. Kami tidak akan dapat melakukan jaringan daripada semua peluang yang ada.

Kami perlu buka peluang, itu yang penting," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Dalam perlawanan persahabatan itu, Mohamed Ghaddar membuka jaringan bagi Kelantan pada minit ke-45 diikuti oleh Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (minit ke-81) dan Ahmad Fakhri Saarani (minit ke-93) manakalan gol Perlis dijaringkan pemain import Dao Bakary pada minit ke-59. 

Apek tetap setia bersama Kelantan


DARI kiri,Nik Shahrul Azim, , Kevin, Khairul Fahmi dan Darby bergambar bersama pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.


PENJAGA gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim Ab. Halim mengikat kontrak baharu selama tempoh lima tahun bersama Kelantan.
Keputusan itu menyaksikan Khairul Fahmi dan Nik Shahrul Azim akan kekal menyarung jersi skuad The Red Warriors (TRW) sehingga 2019.
"Saya cukup menyanjung tinggi komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain tonggak berkenaan.
"Ini merupakan kontrak yang paling lama pernah ditandatangani oleh mana-mana yang pemain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M)," kata Ketua Pegawai Eksekutif TRW Sdn. Bhd., Kevin Ramalingam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pengumuman kontrak dua bintang The Red Warriors di Kota Bharu semalam.
Turut hadir, Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim dan ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby.
Sementara itu, Khairul Fahmi atau Apek menyifatkan keputusannya sebagai tepat dan ia dianggap sebagai pengorbanan kepada skuad The Red Warriors yang telah sebati dengan dirinya.
"Saya terima tawaran ini sebab saya asal sini (Kelantan). Karier saya bermula dengan The Red Warriors dan The Red Warriors juga banyak berkorban untuk saya selama ini.
"Jadi sudah sampai masanya saya korbankan untuk pasukan pula.
"Saya rasa telah membuat keputusan yang tepat demi masa depan saya," katanya yang berasal dari Kota Bharu.
Nik Shahrul Azim pula menyifatkan hatinya memang bersama Kelantan.
"Saya yakin dengan keputusan itu... saya asal sini, keluarga pun di sini, memang hati saya di Kelantan," kata pemain kelahiran Rantau Panjang itu.
Dalam perkembangan lain, Kelvin memberitahu, selain Apek dan Nik Shahrul, dua lagi pemain berpengalaman turut berbuat tindakan hampir serupa iaitu Zairul Fitree Ishak dan ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi.
Selain Apek dan Nik Shahrul Azim, kapten Kelantan, Mohd. Badhri pula mengikat kontrak selama dua tahun manakala Zairul Fitri tiga tahun.


Isnin, 6 Januari 2014

Ghaddar, Forkey Doe Bertikam Lidah


Mohammed Ghaddar & Francis Forkey Doe
KOTA BHARU – Tindakan penggempur import The Red Warriors Mohammed Ghaddar yang gemar memperagakan kemahiran individu mengundang rasa kurang senang buat rakan sepasukan, Francis Forkey Doe.
Sikap pentingkan diri Ghaddar ketika beraksi di padang ketika aksi persahabatan menentang skuad Piala Presiden Kelantan, kelmarin menyebabkan kedua-dua tonggak itu bertikam lidah.
Keadaan itu jelas bertentangan dengan semangat berpasukan dimiliki oleh Forkey Doe sehingga memberi isyarat kepada ketua jurulatih, Steve Darby untuk mengeluarkannya sebelum babak pertama perlawanan itu berakhir.
Bagaimanapun, Darby ketika diminta mengulas mengenai insiden tersebut berkata, pertelingkahan melibatkan kedua-dua pemain tersebut hanya perkara kecil.
Menurut jurulatih itu, selaku penyerang Ghaddar dan Forkey Doe mempunyai kelebihan tersendiri dan kedua-duanya perlu bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Mohammed Ghaddar mungkin terlalu ghairah untuk menunjukkan kemahiran individu dalam perlawanan ini.
“Ini merupakan satu perkara biasa yang berlaku dalam bola sepak. Insiden seperti ini adalah lumrah dan boleh berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Pada aksi persahabatan itu, Kelantan berjaya melakar kemenangan tipis 2-1 ke skuad Piala Presiden Kelantan menerusi jaringan pemain import Mohamed Shawky dan Tengku Hasbullah Raja Hassan.
Musim lalu, penyerang kebangsaan Lubnan itu pernah dikecam hebat penyokong setia The Red Warriors ekoran sikapnya itu, namun dia berjaya menutup mulut pengkritik apabila menjaringkan gol penting untuk pasukannya.
Dalam perkembangan lain, Darby menyifatkan pertemuan menentang skuad Liga Perdana, Perlis di sini, malam ini cukup penting buat beliau menilai kesebelasan terbaik pasukannya untuk saingan musim 2014 biar pun gagal menurunkan tonggak pertahanan dari Nigeria, Obinna Nwaneri.
“Dia hanya tiba di Kota Bharu hari ini (semalam). Sudah pasti saya tidak bersedia untuk menurunkan dia malam esok (ini) tetapi harap dia boleh beraksi pada 11 Januari nanti menentang kelab Thailand Phattalung FC,” ujarnya.

Jumaat, 3 Januari 2014

The Red Warriors Hanya Ada 16 Pemain ‘Gred A’


Mohamed Ghaddar kembali memperkuatkan jentera serangan The Red Warriors bagi musim 2014.
KOTA BHARU – Kelantan akan mengharungi cabaran Liga M musim ini dengan hanya berbekalkan 16 pemain ‘gred A’.
Gred tersebut diberikan oleh pengendali baharu The Red Warriors, Steve Darby berdasarkan pemerhatian yang dilakukannya sepanjang latihan dan perlawanan persahabatan pra musim sejak awal Disember lalu.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah pemain yang berkualiti tinggi itu tidak mencukupi untuk pasukan The Red Warriors mengharungi saingan Liga M yang hebat.
“Jumlah tersebut tidak cukup, namun saya tidak mengharapkan keajaiban untuk Kelantan menjadi pasukan yang hebat.
“Pasukan yang dibina Darby ini akan menghadapi separuh musim yang pertama dengan cukup mencabar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival Sukan Peringkat Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini semalam.
Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah PKB Noor Azahan Othman.
Sementara itu, Annuar berkata, KAFA memerlukan dana sebanyak RM8 juta untuk digunakan bagi mengurus pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim 2013.
Bagaimanapun beliau memberi jaminan akan tetap berusaha memastikan kantung persatuan berkenaan sentiasa penuh dan cukup meskipun sudah melepaskan jawatan dalam KAFA.
“Pegawai KAFA tidak perlu risau, saya akan cari duit bagi memastikan perbelanjaan persatuan tidak terjejas. Begitu juga dengan pemain, mereka jangan risau.
“Saya mahu mereka tumpukan perhatian kepada perlawanan yang bakal diharungi selepas ini bagi mengekalkan tradisi kecemerlangan The Red Warriors sebagaimana sebelum ini,” katanya.
Penyerang antarabangsa Lubnan, Mohamed Ghaddar antara pemain import yang kembali memperkukuhkan cabaran The Red Warriors bagi musim 2014.
Malah, gergasi Pantai Timur itu turut diperkuatkan oleh pemenang Kasut Emas Liga Super 2012, Francis Forkey Doe, selain bekas pemain antarabangsa Mesir, Mohamed Shawky.
Bagi pemain tempatan pula, Kelantan mendapat khidmat khidmat pemain Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd. Nazri Ahmad, Ahmad Shakir Ali, Amar Rohidan, Tengku Hasbullah Raja Hassan dan Famirul Asyraf Sayuti.
Musim lalu, Kelantan muncul juara Piala FA, selain bergelar naib juara Piala Malaysia.

Isnin, 30 Disember 2013

Wan Zaharulnizam yakin galas tugas penyerang


  • Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
 1 / 1 
KOTA BHARU - Pemain baharu Kelantan Wan Zaharulnizam Zakaria yakin mampu menggalas tugas dua bekas pemain The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin dan Nurul Azwan Roya yang beraksi di posisi sayap kiri dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata, beliau yakin dengan pengalaman yang ditimba ketika bersama skuad Harimau Muda A kendalian  Datuk Ong Kim Swee sudah cukup buatnya untuk memikul tanggungjawab di bahagian jentera serangan itu.

"Memang tidak dinafikan Indra Putra dan Nurul Azwan merupakan pemain yang hebat di posisi sayap kiri, namun tidak mustahil untuk saya memberikan aksi lebih mantap daripada mereka.

"Saya akan gunakan pengalaman ketika bersama skuad kebangsaan bawah 22 tahun sebaik-baiknya untuk membalas kepercayaan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan seluruh penyokong The Red Warriors," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wan Zaharulnizam yang berasal dari Tumpat berkata peluang untuk beraksi bersama pasukan dari negeri kelahirannya sendiri akan digunakan sebaik mungkin, sekaligus menjadi pembakar semangat untuk beliau menabur bakti dengan mempamerkan aksi terbaik di atas  padang.

Begitupun, beliau mengakui sedikit tertekan kerana masih memerlukan waktu untuk mendapatkan keserasian dengan pemain-pemain  yang lain kerana baru menjalani latihan kira-kira sebulan yang lepas.

"Saya juga terpaksa bersaing dengan pemain import iaitu Mohamed Ghaddar dan Mohamed Shawky kerana mereka berdua juga  merupakan antara pemain yang akan disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.

"Selaku pemain baharu, memang tidak boleh lari daripada menghadapi tekanan dalam mendapatkan keserasian dengan pemain lain.  Namun, ia bukan satu masalah besar bagi saya dan ia memerlukan sedikit masa selain perlu menggandakan latihan," katanya. - Bernama

Khamis, 26 Disember 2013

Serasi bersama Ghaddar, Doe


  • Serasi bersama Ghaddar, DoeMohamed Shawky (dua, kiri) tidak ada masalah jika digandingkan bersama Ghaddar atau Doe bagi menghadapi Liga-M musim depan.
 1 / 1 
BEKAS pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Shawky menyifatkan kehadiran Francis Forkey Doe dan Mohamed Ghaddar yang pernah bersamanya sewaktu mewakili kelab Al-Ahly bakal memudahkan tugasnya menggalas cabaran Kelantan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Mohamed Shawky berkata, dia tiada masalah membentuk kombinasi mantap dengan penyerang kebangsaan Liberia dan Lubnan itu memandangkan pernah beraksi bersama ketika mewakili kelab berkenaan dalam Liga Premier Mesir tidak lama dulu.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk digandingkan bersama Ghaddar atau Doe. Kami saling memahami corak permainan masing-masing kerana pernah bersama selama satu musim di Al-Ahly," katanya ketika ditemui, semalam.

Mohamed Shawky pernah beraksi bersama Forkey Doe ketika bekas pemenang Kasut Emas Liga-M musim 2012 itu mewakili kelab Al-Ahly pada tahun 2009 hingga 2011 dan Mohamed Ghaddar (2010–2011).

Pernah menimba pengalaman beraksi dalam Liga Perdana Inggeris sewaktu mewakili kelab Middlesbrough pada 2007 hingga 2010, Shawky bagaimanapun mengakui langsung tidak tahu mengenai perkembangan bola sepak di Malaysia.

Namun, pemain tengah berusia 32 tahun itu mendedahkan, Ghaddar sering menceritakan kehebatan Kelantan dan ia menjadi faktor untuknya mencuba nasib bersama The Red Warriors (TRW).

"Dia beritahu saya, Kelantan sebuah pasukan hebat dan mempunyai ramai penyokong fanatik. Tanpa fikir panjang saya setuju (terima tawaran) untuk datang ke sini. Saya gembira kerana dia (Ghaddar) dan Doe juga bersama pasukan ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, pemain kelahiran Port Said itu menjelaskan, dia tidak kekok berada di bawah kendalian jurulatih dari England, Steve Darby walaupun baru menyertai latihan bersama TRW, dua minggu lalu.

"Tak ada masalah... saya cuma perlu sedikit masa menyesuaikan diri dengan corak permainan di negara ini. Malah saya sedia berkongsi pengalaman dengan mana-mana pemain dalam pasukan ini," katanya.

Selasa, 24 Disember 2013

Kelantan perlu banyak perlawanan persahabatan

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby mengakui pasukannya masih memerlukan lebih banyak perlawanan persahabatan bagi membentuk kombinasi terbaik antara pemain.

Jurulatih berusia 58 tahun kelahiran England itu berkata, The Red Warriors (TRW) kini dalam perancangan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab luar termasuk dari Indonesia, Thailand dan Brunei.

“Perlawanan persahabatan penting dan ia bukan saja dapat membentuk keserasian pemain, malah ia juga digunakan bagi memberi keyakinan kepada pemain muda untuk bermain dengan pemain yang lebih senior.


“Kami akan putuskan sama ada akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab dari Indonesia. Jika ia gagal, kita akan cuba dapatkan pasukan dari Thailand dan Brunei,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan TRW di MARDI, dekat sini, semalam.

Selain itu, Darby turut mengakui masih belum memutuskan senarai kesebelasan utama TRW bagi menghadapi saingan Liga-M musim depan.

Bagaimanapun, beliau sudah mengenalpasti 16 pemain terbaik TRW yang bakal menjadi tonggak utama pasukan gergasi bola sepak negara itu.

Catatan Popular