Mohamed Shawky (dua, kiri) tidak ada masalah jika digandingkan bersama Ghaddar atau Doe bagi menghadapi Liga-M musim depan.
Mohamed Shawky berkata, dia tiada masalah membentuk kombinasi mantap dengan penyerang kebangsaan Liberia dan Lubnan itu memandangkan pernah beraksi bersama ketika mewakili kelab berkenaan dalam Liga Premier Mesir tidak lama dulu.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk digandingkan bersama Ghaddar atau Doe. Kami saling memahami corak permainan masing-masing kerana pernah bersama selama satu musim di Al-Ahly," katanya ketika ditemui, semalam.
Mohamed Shawky pernah beraksi bersama Forkey Doe ketika bekas pemenang Kasut Emas Liga-M musim 2012 itu mewakili kelab Al-Ahly pada tahun 2009 hingga 2011 dan Mohamed Ghaddar (2010–2011).
Pernah menimba pengalaman beraksi dalam Liga Perdana Inggeris sewaktu mewakili kelab Middlesbrough pada 2007 hingga 2010, Shawky bagaimanapun mengakui langsung tidak tahu mengenai perkembangan bola sepak di Malaysia.
Namun, pemain tengah berusia 32 tahun itu mendedahkan, Ghaddar sering menceritakan kehebatan Kelantan dan ia menjadi faktor untuknya mencuba nasib bersama The Red Warriors (TRW).
"Dia beritahu saya, Kelantan sebuah pasukan hebat dan mempunyai ramai penyokong fanatik. Tanpa fikir panjang saya setuju (terima tawaran) untuk datang ke sini. Saya gembira kerana dia (Ghaddar) dan Doe juga bersama pasukan ini," katanya.
Dalam perkembangan sama, pemain kelahiran Port Said itu menjelaskan, dia tidak kekok berada di bawah kendalian jurulatih dari England, Steve Darby walaupun baru menyertai latihan bersama TRW, dua minggu lalu.
"Tak ada masalah... saya cuma perlu sedikit masa menyesuaikan diri dengan corak permainan di negara ini. Malah saya sedia berkongsi pengalaman dengan mana-mana pemain dalam pasukan ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan