KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 24 Disember 2013

Kelantan perlu banyak perlawanan persahabatan

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby mengakui pasukannya masih memerlukan lebih banyak perlawanan persahabatan bagi membentuk kombinasi terbaik antara pemain.

Jurulatih berusia 58 tahun kelahiran England itu berkata, The Red Warriors (TRW) kini dalam perancangan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab luar termasuk dari Indonesia, Thailand dan Brunei.

“Perlawanan persahabatan penting dan ia bukan saja dapat membentuk keserasian pemain, malah ia juga digunakan bagi memberi keyakinan kepada pemain muda untuk bermain dengan pemain yang lebih senior.


“Kami akan putuskan sama ada akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab dari Indonesia. Jika ia gagal, kita akan cuba dapatkan pasukan dari Thailand dan Brunei,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan TRW di MARDI, dekat sini, semalam.

Selain itu, Darby turut mengakui masih belum memutuskan senarai kesebelasan utama TRW bagi menghadapi saingan Liga-M musim depan.

Bagaimanapun, beliau sudah mengenalpasti 16 pemain terbaik TRW yang bakal menjadi tonggak utama pasukan gergasi bola sepak negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular