KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 24 Februari 2013

Kelantan Intai Ahmad Fakri?


Ahmad Fakri Saarani
Pemain kebangsaan yang kini beraksi di Portugal, Ahmad Fakri Saarani dikhabarkan sedang diintai Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk memperkuatkan pasukan juara treble itu mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Ahmad Fakri yang kini beraksi bersama Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC) dalam Divisyen Tiga Portugal dikatakan berada dalam pemerhatian pihak pengurusan tertinggi Kafa untuk didaftarkan beraksi bersama The Red Warriors (TRW) tidak lama lagi.
Sumber dalaman Kafa memberitahu, nama Ahmad Fakri memang berada dalam perancangan untuk dibawa masuk menyertai kem Kelantan apabila jendela pendaftaran pemain dibuka pada 8 hingga 22 April ini.
“Namun segala-galanya bergantung pada rundingan antara pihak Kafa dengan wakil pemain berkenaan. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana perbincangan tersebut melibatkan individu-individu tertentu sahaja,” katanya.
Malah kelibat Pengurus Peribadi Ahmad Fakri, Faisal Zakariah bersama ejen pemain Portugal yang berpangkalan di Singapura, Marco Guimaraes di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin bagi menyaksikan pertemuan Kelantan menentang Terengganu memperkukuhkan lagi mengenai usaha Kelantan untuk mengikat pemain itu.
Difahamkan, Guimaraes mengadakan perbincangan tertutup dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa di sebuah hotel sebelum berlepas pulang ke ibu negara, semalam.
Untuk rekod, saingan Divisyen Tiga Portugal akan berakhir, Mac sebelum musim baru bermula, Ogos nanti. Dan Ahmad Fakri dikatakan berminat kembali beraksi dalam liga negara setelah tidak terbabit perlawanan kompetitif bersama Atletico SC bagi tempoh yang panjang.

Rabu, 20 Februari 2013

KEITA MANDJOU WIRA KELANTAN TEWASKAN TERENGGANU

Keita Mandjou
Foto : Sinar
Juara treble 2012, Kelantan FA akhirnya berjaya mencatat kemenangan kedua selepas 7 perlawanan dengan menewaskan seteru pantai timur iaitu Terengganu dengan keputusan jaringan 2 – 0
Pemain import, Keita Mandjou muncul wira selepas berjaya menjaringkan 2 gol menerusi tandukan dan sepakan kencang untuk menghampakan pasukan pelawat yang mahu mencari sekurang kurangnya keputusan seri
Selepas ini Kelantan bakal bertemu Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 23 Februari 2013.
keputusan dan kedudukan liga super 2013


Video Gol Keita Mandjou dari Mzdin


Pengurus Harimau ‘Bohong’: Piya


Piya (kanan) menjalani latihan di Padang Mardi semalam.
Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi hairan dengan dakwaan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal bahawa dia pernah menolak tawaran mewakili Harimau Malaya sedangkan dirinya tidak pernah menerima panggilan.
Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya menegaskan dia hanya pernah sekali dipanggil oleh jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee ketika perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, pada Julai 2011.
“Bagaimana, saya hendak menolak tawaran mewakili negara sedangkan saya tidak pernah dipanggil jurulatih.
“Cuma sekali saja saya dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika perlawanan persahabatan dengan Chelsea bersama rakan sepasukan lain seperti Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam. Selepas aksi itu, saya tidak lagi mendapat tawaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sedia sarung jersi kebangsaan
Sebelum ini, Subahan mendakwa Piya pernah dipanggil untuk mewakili negara, namun menolak tawaran berkenaan menyebabkan pemain berusia 30 tahun itu tidak lagi dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.
Menurut Subahan, Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, tetapi terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil pada saat akhir.
“Tiada pemain yang akan menolak tawaran beraksi untuk skuad negara. Begitu juga saya yang sentiasa bersedia membantu skuad kebangsaan jika diberi peluang,” kata Piya.

Ahad, 17 Februari 2013

KAFA Panggil Azman Kembali Jadi Pengurus Pasukan



Azman Ibrahim
KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat kejutan apabila memanggil semula bekas pengurus musim lalu Azman Ibrahim yang juga Setiausaha Agung persatuan untuk bersama-sama pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia yang sedang berlangsung.
Keputusan memanggil semula Azman ke pangkuan The Red Warriors diumumkan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial facebook miliknya, sejurus tamat pertemuan antara Kelantan dengan Selangor kelmarin.
Annuar berkata, jawatan pengurus yang sebelum ini disandang oleh ketua jurulatih, Bojan Hodak akan dipegang semula oleh Azman.
“Saya mahu pengurusan pasukan dan Setiausaha Agung, Azman diarah untuk menjadi pengurus dan dibantu oleh Wan Badri.
“Bojan (Hodak) pula akan menumpukan aspek kejurulatihan.
“Sementara itu, penolong jurulatih diminta lebih berperanan membantu pemain memahami dan berkomunikasi dengan lebih baik.
“Di saat sukar begini kita akan bersama pemain mengumpul tenaga dan keyakinan diri.
“Kecacatan pada pasukan akan tetap kita perbaiki sebaik saja kita berpeluang melakukannya. Kita sudah ada penyelesaiannya,” katanya.
Sebelum ini, Azman yang lapan tahun menggalas tanggungjawab mengurus pasukan Kelantan mengambil keputusan melepaskan jawatan tersebut sebaik sahaja bermulanya saingan Liga Malaysia 2013.
Dia memilih untuk melepaskan jawatan tersebut bagi menyelesaikan beberapa urusan peribadi yang sebelum ini tertangguh termasukperniagaan.

Analisis Liga Super 2013: Selangor lwn Kelantan



Francis Forkey Doe (kanan) diasak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam.
Bismillahirahmanirahim
Lama dah x menulis rasanya. Selepas berehat agak lama, janji kebangkitan diterjemahkan kepada kedefeatan 0-2. Bukan nak marah tapi kecewa!
Menyentuh berkenaan taktikal, saya nampak perlawanan malam ini adalah mirip dengan perlawanan TRW vs ATM pada perlawanan pembuka tirai. Kalau admin boleh link dengan analisis TRW vs ATM lagi bagus. Penguasaan lawan ke atas flank dan opponent avoidance to engage secara intensif di kawasan tengah. Semua orang tahu (kecuali ???), TRW mempunyai kombinasi pemain tengah terbaik ketika ini. Jadi TRG menggunakan flank sebaiknya untuk mencipta 2 gol awal.
Idea asal Bojan meletakkan Daudsu dan Nik Sharul sebagai fullback mungkin bertujuan untuk membuat attacking duties. Namun keberkesan lawan menguasai flank menyebabkan jentera pertahanan TRW tidak boleh absorb. Adakah hantaran lintang lawan benar-benar mantap atau pemain lawan kita off position dan x challenge. Nik sangat baik apabila berganding di tengah bersama Obinna. Adakah sehingga perlawanan ini, pemilihan posisi masih lagi menjadi ujian dan perjudian?
Kemasukan Piya dan KM membawa sedikit nafas. Namun sudah terlewat. KM pada pandangan saya sudah mencuba sehabis daya dia, namun abiliti dan prestasi yang dipamerkan tidak mencukupi untuk membantu sesuai dengan status beliau sebagai pemain import.
Saya paling suka scene bila Piya dililit “Band Captain” oleh Indra, seolah-olah ada aura tersendiri. Tidak sampai 10 minit beliau di atas padang tidak kurang 10 hantaran tepat yang berkualiti dicipta beliau. Ia bukan sahaja soal Piya mencipta lorongan. Semua orang tahu Piya berkemampuan membuat killer pass pada ruang yg sempit, sudut yg sukar… Ia soal kesediaan rakan-rakan seperjuangan menerima hantaran beliau. Keserasian memang wujud, cuma ketumpulan jentera serangan sahaja.
Jentera serangan, x perlu diulas dah… Kita perlu Goal Machine ketika ini! Dalam musim-musim yang lepas, saya tidak pernah runsing kalau TRW bolos 2-0 1st half, kerana kita tahu enjin diesel lambat panas…Peluang untuk menang sentiasa ada. Sekarang setelah ketinggalan 2-0, kita hanya mengharapkan magik. Bagaimana kita nak sustain hingga ke pertengahan musim sementara menunggu tingkap perpindahan dibuka?
Berikut adalah kelemahan ketara pada taktikal permainan:
1. Skill – skill bukanlah suatu perkara yang boleh digilap sekelip mata. Jadi, bagaimana kita ingin menyesuaikan skill player yang sedia ada dengan tactical playing yang hendak dibuat. Perkara ini yang saya percaya memang menggeletek minda BH. Objektif tim adalah mencipta gol dan menang.
2. Passing – Sebelum kemasukan Piya, kita cuba bermain direct pass tetapi gagal kerana kita tidak dapat maju serentak ke atas kerana ancaman permainan laju dan counter attack melalui flank. Sepatutnya kita bermain short pass to space. Banyak kali saya sebut berkenaan ini. Pada ketika ini, hanya ini sahaja yang kita mampu dengan pilihan pemain yang ada. Setiap kali mana2 pemain memegang bola, paling kurang 3 orang pemain perlu berlari membuka ruang dan memberi opsyen untuk passing atau bersedia menerima bola.
3. Penguasaan tengah – Ini kekuatan kita dan kita perlu manfaatkan sebaiknya. Kita bukan Warrior yang bermain dengan ultra defensive dan prepare untuk counter attack. Sesuatu harus difikirkan supaya kita bermain dengan gaya permaianan dengan semua pemain berpeluang mencipta gol terutamanya midfield.
4. Taktik – Dari segi taktikal sebenarnya kita ketinggalan. Bukan TRW sahaja, bahkan keseluruhan liga kita. Selaju-laju tempo game malam tadi yang kita nampak laju, sebenarnya ia adalah perlahan pada peringkat global. Objektif kita bukan sahaja liga tempatan, kita juga mengejar AFC. Pengurusan KAFA kene selalu update berkenaan hal
ini. Semakin hari saya melihat gaya permaianan kita semakin tidak bersistem. Seolah-olah kita masuk ke padang dan try for luck.
5. Winger – Winger menjadi Decisive Factor kepada penciptaan peluang, attacking duties dan support defensive duties. Sehingga kini, kita tiada winger yang benar-benar mantap. Maaf menyentuh faktor umur, Farhan dan Indra hebat musim dulu, namun sudah berumur. Siapa pemain ketika latihan yang mampu mencabar posisi mereka dalam pemilihan kesebelasan utama. Ketiadaan cabaran dalam latihan dan pemilihan akan menyebabkan performance tidak progresif, lack of development. Kita ada pemain muda, namun dipercayai belum sampai masa untuk menjadi kesebelasan utama.
Dengan prestasi yang ditunjukkan sekarang, percaturan yang streotype, taktik dan taktikal yang mudah dibaca menjadikan saya ketiadaan idea untuk menulis. TRW bukan bergelut untuk berada dalam kelompok 5 terbaik, TRW sekarang bergelut untuk sustain agar tidak terperosok ke bawah liga. Tidak mustahil selepas ini saya berhenti. Bukan kerana kecewa, tetapi kerana ketiadaan idea. Eloklah dibaca semula semua analis sebelum ini terutamanya SWOT analysis.
Sebagai sisipan, saya quote ulasan lepas;
“Ketinggalan Mata – Sedar atau tidak kita sudah mengharungi 4 perlawanan dari 22. TRW sudah menghampiri 20% game dan cuma mengumpul 5 mata dari maksima 12. Jika diperhatikan dari rekod 2010 – 2012 juara liga mengumpulkan sekurang-kuran 77% daripada total mata maksimum. Musim 2013 mata maksimum 66. Untuk juara harus mengumpul lebih kurang 51 mata.Dengan berbaki 18 game, TRW harus menang sekurang 13 dan bakinya seri…tanpa kalah. Saya cuba untuk realistik, mampu ker?”
Macam mana jadinya ayat di atas selepas dari game ini?
Sekian pemerhatian saya sebagai seorang penyokong dan peminat TRW. Sesuatu haruslah dilakukan secara berani dan drastik. Semua pandangan di atas adalah dari kaca mata saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Wassalam.

Annuar: Red Warriors Akan Tampil Dengan Senjata Baru



Pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (kiri) dan pemain Selangor, Mohd Nasriq Baharom (tengah) bersaing mendapatkan bola semalam.

PRESIDEN Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pasukannya tidak panik meskipun tewas 0-2 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Sambil menyifatkan ia sebagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pasukan berstatus juara bertahan, Annuar berkata, pihaknya akan muncul dengan “senjata baru.”
“Terengganu, Pahang, Perak, Lions XII dan Angkatan Tentera Malaysia ialah lima perlawanan yang terpaksa dilalui sebelum TRW diperkasakan.
“Saya berharap pemain akan berusaha sebaik mungkin sebelum TRW akan dibekalkan dengan senjata baru,” katanya.
Menulis di laman sosial Facebook hari ini, kata Annuar, “apa pun jangan panik. Di saat sukar begini kita akan bersama pemain mengumpul tenaga dan keyakinan diri.”
“Kecatatan pada pasukan akan tetap kita perbaiki sebaik saja kita berpeluang melakukannya,” tulis Annuar lagi.
Tambah Annuar, “kita sudah ada penyelesaiannya dan sasaran untuk  kekal di tangga keempat terbaik akan kita teruskan.”
“Lagipun, usaha kita tak kenal kecewa atau patah semangat. Ini kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,” kata beliau lagi.
Semalam, misi Kelantan untuk meraih tiga mata tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Selangor.
Dengan kekalahan itu, Kelantan kini menduduki tangga kelapan dalam Liga Super. Ia hanya mencatat satu kemenangan, tiga seri dan dua kali kalah.
Mengulas lanjut kekalahan itu, Annuar berkata, “semalam adalah satu perlawanan yang sangat sukar.”
“Tidak dinafikan Selangor akan lebih kuat di gelanggang sendiri. Bagi saya ini adalah percubaan karakter untuk pemain The Red Warriors (TRW).
“Lagipun pemerkasaan TRW belum sempurna sehinggala 8 April ini. Kita akan merancang dan memperbaiki barisan penyerang dengan tiga bintang baru,” kata beliau lagi.
Pada masa yang sama, Annuar turut meminta semua pihak pengurusan Kelantan bekerjasama untuk memperbaiki dan mengembalikan kembali kegemilangan pasukan Kelantan.
“Saya mahu pengurusan pasukan di perkemas di mana Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim akan diarah untuk menjadi pengurus pasukan dan di bantu oleh Wan Badri.
“Bojan (Hodak) pula hanya tertumpu kepada aspek kejurulatihan. “Pembantu jurulatih pula diminta lebih berperanan untuk membantu pemain, memahami dan berkomunikasi dengan lebih baik,” katanya.

Khamis, 14 Februari 2013

Dickson sertai The Red Warriors


dickson
KOTA BHARU, 13 Februari - Penyerang yang berasal dari Nigeria, Dickson Nwakaeme, pada hari ini menandatangi kontrak untuk bersama pasukan Kelantan musim ini, dengan pilihan untuk diteruskan untuk musim 2014.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Hj Annuar Musa memaklumkan dalam laman sosial FB beliau, pengambilan Dickson adalah di antara beberapa perancangan yang diambil oleh pasukan untuk memantapkan persembahan pasukan yang sedikit hambar awal musim ini.
Urusan TMS sudah dibuat hari ini bagi membolehkan Sijil Perpindahan Antarabangsa  (ITC) dikeluarkan sebelum Dickson boleh didaftar dalam skuad The Red Warriors untuk AFC atau Liga Malaysia nanti.
Dickson berada di Kota Bharu meneruskan latihan bersama pasukan selepas perlawanan persahabatan terakhir Kelantan, menewaskan Felda United 2-0 baru-baru ini.
"Bojan  mempunyai pilihan yg lebih luas bila Dickson  berjaya didaftarkan sama ada utk AFC Cup ataupun Liga M. Sebelum bulan April insya Allah akan ada lagi langkah tambahan memperkasa pasukan kita," tambah Tan Sri Hj Annuar.

Liga Super - The Red Warriors bertolak ke Shah Alam hari ini


trwhotel
KOTA BHARU, 14 Februari - Pasukan The Red Warriors memulakan perjalanan ke Shah Alam hari ini untuk perlawanan Liga Super ke 6, menentang pasukan Selangor di Stadium Shah Alam.
Pada jam 9 pagi ini, semua pegawai dan pemain berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu untuk menaiki pesawat ke LCCT KLIA pada jam 9.55 pagi. Sejurus tiba, pasukan akan terus ke hotel penginapan di Seksyen 9, Shah Alam.
Sesi latihan petang ini dijangka akan diadakan seperti biasa. Untuk perlawanan di Shah Alam, Kelantan pada kebiasaannya akan menggunakan sama ada padang bola sepak PLUS atau padang di Wisma FAM.
Beberapa kumpulan rombongan penyokong pula dijangka bertolak ke Shah Alam dari Kota Bharu lewat malam nanti.
Pertemuan Selangor dan Kelantan akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam esok, dan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801

1,200 Polis Kawal Stadium



Imbas kembali perlawanan Selangor bertemu Kelantan dalam saingan Liga Super, musim lalu.
Petaling Jaya: Seramai 1,200 anggota polis akan ditempatkan di luar dan dalam Stadium Shah Alam, bagi mengawal keselamatan penyokong ketika pertembungan yang dijangka panas antara Selangor dan Kelantan pada aksi Liga Super, malam esok.
Langkah itu juga diambil untuk mencegah daripada tercetus sebarang kejadian tidak diingini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata untuk perlawanan berprofil tinggi seperti ini, kawalan keselamatan disediakan sama seperti perlawanan akhir.
Di atas padang pula, kami sudah beri amaran kepada pemain dan pegawai supaya menjaga tingkah laku mereka, katanya ketika ditemui di Wisma FAS, Kelana Jaya, semalam.
Kelantan agak hambar
Mengenai peluang Selangor, beliau berkata, semangat membara selepas menewaskan Sabah 3-0 di Kota Kinabalu, petang kelmarin untuk muncul pasukan pertama mara ke suku akhir Piala FA perlu diteruskan skuad The Red Giants.
Beliau berkata, tiga mata penuh perlu diraih barisan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu yang kini berada di tangga ketiga kerana Kelantan belum menemui rentak sebenar apabila sekadar menghuni tangga ketujuh liga.
Kelantan nampak bermula agak hambar musim ini apabila hanya menang sekali selepas lima perlawanan tetapi sudah tentu mereka mahu bangkit semula apabila saingan kembali bersambung minggu ini.
Kekal kelompok teratas
Cuma bagi saya, Selangor sendiri tiada pilihan lain kecuali meraih tiga mata penuh ke atas Kelantan kerana kami beraksi di laman sendiri di samping perlu memanfaatkan sepenuhnya keadaan Kelantan yang bermula agak perlahan musim ini.
Saya mahu pemain tidak melepaskan peluang ini kerana kami perlu menjarakkan jurang mata untuk kekal di kelompok teratas liga.
Teruskan momentum dan moral tinggi selepas berjaya menewaskan Sabah 3-0, katanya.
Tiket perlawanan RM15 dewasa dan RM5 kanak-kanak akan dijual di kaunter stadium bermula jam 9 pagi esok.

Catatan Popular