KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 18 November 2012

Yusmira Trading Tarik Diri Dari Taja The Red Warrior!


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya musim ini, Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja pasukan itu musim depan.

Keputusan untuk tidak lagi menaja The Red Warriors diumumkan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Datuk Azlan Muhammad dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama adalah peguam syarikat itu Mohd. Rafizi Abdullah daripada Tetuan Rafizi Zubairi & Co.

Azlan berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tajaan dibuat selepas mengkaji implikasi perpindahan tonggak utama The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang mengambil keputusan untuk mengubah haluan ke Johor musim.

"Mat Yo merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan dan keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema (sama kekal atau menarik diri sebagai penaja).

"Akhirnya kami buat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Keputusan ini memang begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.

"Kami orang berniaga, sudah tentu kami tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami," katanya.

Berita penghijrahan Norshahrul yang mendapat jolokan The Linesman membantutkan hasrat syarikat produk kesihatan berasaskan halia yang terkenal itu untuk terus menaja The Red Warriors untuk musim keempat berturut-turut.

Selain Yusmira Trading, turut menaja pasukan Kelantan pada musim ini ialah Sinar Harian, Kumpulan Al-Jabbar, Umbro, Warriors, Masterskill, RW Energy Plus selain Happy selaku penaja utama.

Azlan memberitahu, pihaknya sudah mengadakan perbincangan lanjut dengan peguamnya berhubung isu berkenaan.

Katanya, pihaknya akan menghantar surat untuk tidak menyambung kontrak penajaan kepada pihak KAFA dalam masa terdekat.
"Sejak tiga tahun menjadi penaja untuk The Red Warriors, kami sudah membelanjakan hampir jutaan ringgit semata-mata membantu menyemarakkan senario bola sepak Kelantan.

"Kalau pemain beritahu awal tidak mahu bersama Kelantan enam bulan lalu, itu kami tidak kisah. Tapi tiba-tiba jadi macam ini (mahu berhijrah) sedangkan kontrak masih ada, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada penaja seperti kami," ujarnya.

Tambahnya, tindakan terburu-buru dan tidak profesional sesetengah pemain boleh menyebabkan penaja mengalami kerugian.

"Pemain bukan sahaja perlu akur kontrak mereka bersama pasukan tetapi juga kena hormati barisan penaja yang berada di belakang tabir selama ini," katanya.

KAFA hilang penaja

Norshahrul Idlan Talaha
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya musim ini, Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja pasukan itu musim depan.
Keputusan untuk tidak lagi menaja The Red Warriors diumumkan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Datuk Azlan Muhammad dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.
Hadir sama adalah peguam syarikat itu Mohd. Rafizi Abdullah daripada Tetuan Rafizi Zubairi & Co.
Azlan berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tajaan dibuat selepas mengkaji implikasi perpindahan tonggak utama The Red Warrios, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang mengambil keputusan untuk mengubah haluan ke Johor musim.
"Mat Yo merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan dan keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema (sama kekal atau menarik diri sebagai penaja).
"Akhirnya kami buat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Keputusan ini memang begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.
"Kami orang berniaga, sudah tentu kami tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami," katanya.
Berita penghijrahan Norshahrul yang mendapat jolokan The Linesman membantutkan hasrat syarikat produk kesihatan berasaskan halia yang terkenal itu untuk terus menaja The Red Warriors untuk musim keempat berturut-turut.
Selain Yusmira Trading, turut menaja pasukan Kelantan pada musim ini ialah Sinar Harian, Kumpulan Al-Jabbar, Umbro, Warriors, Masterskill, RW Energy Plus selain Happy selaku penaja utama.
Azlan memberitahu, pihaknya sudah mengadakan perbincangan lanjut dengan peguamnya berhubung isu berkenaan.
Katanya, pihaknya akan menghantar surat untuk tidak menyambung kontrak penajaan kepada pihak KAFA dalam masa terdekat.
"Sejak tiga tahun menjadi penaja untuk The Red Warriors, kami sudah membelanjakan hampir jutaan ringgit semata-mata membantu menyemarakkan senario bola sepak Kelantan.
"Kalau pemain beritahu awal tidak mahu bersama Kelantan enam bulan lalu, itu kami tidak kisah. Tapi tiba-tiba jadi macam ini (mahu berhijrah) sedangkan kontrak masih ada, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada penaja seperti kami," ujarnya.
Tambahnya, tindakan terburu-buru dan tidak profesional sesetengah pemain boleh menyebabkan penaja mengalami kerugian.
"Pemain bukan sahaja perlu akur kontrak mereka bersama pasukan tetapi juga kena hormati barisan penaja yang berada di belakang tabir selama ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121118/su_01/KAFA-hilang-penaja#ixzz2CXRx4iSG
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selamat datang 'Otai' ke Kelantan


Tan Sri Annuar Musa ada membuat pengumuman tentang empat pemain baru yang akan menyarung kersi keramat The Red Warriors musim lepas.
Bekas pemain Perak,K.Nantakumar dijangka akan menyertai The Red Waririors musim depan.Pemain berusia 35 tahun tersebut merupakan pemain yang berpengalaman dan berkebolehan bermain di posisi tengah serta pertahanan.Pemain ini bakal dikenali dengan gelaran 'Otai' dikalangan penyokong-penyokong Kelantan.
Ramai yang tertanya-tanya siapakah dua penyerang yang telah menjaringkan 24 gol untuk musim lepas.Pemain yang dimaksudkan mungkin adalah bekas pemain T.Team,Faiz Subri dan Zairol namun iainya hanyalah tekaan sahaja.
Kyril Muhaimeen juga dalam senarai tekaan penyokong-penyokong Kelantan namun 20 November ini bakal merungkai kesemua persoalan ini kerana Tan Sri Annuar Musa hanya akan mengumumkannya semasa perarakan nanti.

TRW Anjur Perlawanan Persahabatan Dengan Palm Beach SC.



The Red Warriors bukan sahaja pergi bercuti namun akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Kelab Australia pada penghujung Disember depan.
Sebelum ini dilaporkan skuad Kelantan yang muncul juara Treble Liga Malaysia akan dibawa bercuti ke 

Australia sebagai hadiah daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Menurut Penasihat, Tan Sri Haji Annuar Musa, ketua jurulatih Sang Kijang telah berpendapat mereka patut mengadakan satu perlawanan atas kunjungan ke sana. 

Justeru itu, kita telah mengatur satu perlawanan melawan Palm Beach SC pada 30 November di Gold Cost 
bermula jam 7 petang

Dalam pada itu, dilaporkan Kelantan akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang beberapa negeri dan kelab untuk persiapan menuju saingan baru 2013.
Semua perlawanan ini telah diatur seterusnya menjadi ukuran pada persiapan pasukan sebelum beraksi pada perlawanan pembuka tirai merebut Piala Sumbangsih.

Khamis, 15 November 2012

Mat Yo Bernilai RM6j?

Norshahrul Idlan Talaha



MUNGKINKAH nilai Norshahrul Idlan Talaha (gambar) mampu mencecah hingga RM6 juta? Persoalan itu timbul selepas Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menyatakan kos besar perlu ditanggung sekiranya melepaskan pemain itu.

Nilai RM6 juta itu termasuk kos tajaan dan pengurusan Norshahrul atau ‘Mat Yo’ sepanjang bersama Kelantan selain jumlah tebus kontrak yang masih berbaki setahun.

Annuar berkata, jumlah tebus kontrak bukan hanya bergantung kepada gaji seseorang pemain malah perlu dilihat daripada pelbagai aspek terutamanya kesan kepada penaja yang menaja pasukan dan pemain.

Katanya, Mat Yo juga menerima bonus kira-kira RM70,000 hingga RM80,000 setahun ketika bersama Kelantan dan perkara itu perlu diambil kira bagi perpindahan pemain yang masih terikat dengan kontrak. 

“Kami sedia melepaskannya dan keputusan terletak kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) andai setuju dengan syarat dalam surat tawaran itu.

“Ramai tidak faham mengenai syarat perpindahan pemain. Kita tidak boleh lihat gaji pemain saja sebaliknya perlu dilihat dalam semua aspek termasuk kos penajaan malah penaja juga akan mendapat kesan.

“Lebih kurang RM3 juta kos pengiklanan imej Mat Yo dilaburkan penaja dan itu tidak termasuk kos pengurusan sepanjang bersama pasukan hingga kami mampu mencipta kejayaan ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Majlis Sukan Negeri (MSN), Telipot, semalam.

Tanpa berselindung, Annuar berkata, Kafa juga menerima reaksi kurang baik daripada penaja berhubung isu perpindahan Mat Yo namun masalah itu akan diatasi segera.

Annuar berkata, secara prinsip Kafa sudah melepaskan Mat Yo namun bukan dengan kos sebenar malah berdasarkan syarat yang dirahsiakan oleh kedua-dua pasukan.

“Jika RM6 juta itu menjadi harga Mat Yo, perpindahan itu mungkin tidak akan berlaku dan Kafa mengambil pendekatan untuk bersikap adil bagi kedua-dua pihak namun perlu ikut syarat ditawarkan,” katanya.

Bagaimanapun Annuar enggan mendedahkan harga sebenar penyerang itu sebaliknya memberi gambaran Kafa mengambil kira semua aspek bagi proses perpindahannya ke Johor.

Rabu, 14 November 2012

Tiga Piala Dipersembahkan Kepada Sultan Kelantan 20 November

Sultan Muhammad V


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mempersembahkan ketiga-tiga piala yang dimenangi pada musim ini kepada Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam satu Majlis Santapan Malam yang akan berlangsung pada 20 November ini.

Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail berkata, majlis tersebut akan berlangsung di Hotel Renaissance dekat sini bagi meraikan kejayaan membawa pulang tiga kejuaraan ke negeri Kelantan.

“Ketika-tiga piala yang dimenangi iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ini akan dipersembahkan kepada Tuanku Sultan pada majlis tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media yang berlangsung di Kafe The Red Warriors dekat sini semalam. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, Rosmadi memberitahu, sejurus sahaja selesai majlis santapan bersama tuanku, KAFA akan mengadakan majlis perarakan ketiga-tiga piala tersebut yang akan bermula di hadapan hotel berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam.

Menurutnya, perarakan tersebut akan melalui Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Temenggong, Jalan Mahmood dan akan mengelilingi stadium sebelum berakhir di dataran stadium.
Katanya, perarakan tersebut melibatkan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ), kelab-kelab penyokong serta barisan penaja pasukan Red Warriors musim ini.

“Kami jangka perarakan ini akan menarik seramai 10,000 penyokong Red Warriors untuk hadir memeriahkan majlis tersebut.

“Perarakan yang bermula di Hotel Renaissance akan berakhir di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Pelbagai acara menarik telah diatur bagi memeriahkan majlis tersebut yang akan bermula pada pukul 8.30 malam,” ujarnya.

Tambahnya, pada majlis tersebut juga Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dijangka akan membuat kejutan dengan mengumumkan senarai pemain yang akan beraksi bersama Red Warriors pada musim hadapan.

Rosmadi berkata, kesemua pemain utama Red Warriors dijangka memeriahkan majlis tersebut termasuklah yang sedang menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

“KAFA akan memohon pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membawa pulang pemain tersebut bagi memeriahkan majlis yang cukup istimewa buat peminat Red Warriors.

“Jadi saya menyeru kepada seluruh peminat Red Warriors untuk sama-sama hadir ke majlis berkenaan,” katanya.

Selasa, 13 November 2012

Apa Pendirian FAM terhadap Teguran Tengku Abdullah?

Annuar telah dihukum oleh FAM kerana meluahkan pandangannya terhadap skuad negara kepada media.



PEDAS juga bunyi ‘nasihat’ Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap jurulatih skuad bola sepak negara, Datuk K. Rajagobal.

Baginda mahukan Rajagobal turunkan barisan terbaik dalam setiap aksi persahabatan bagi mencari keserasian dalam pasukan.

Bila terbaca ‘nasihat’ Tengku Abdullah di beberapa dada akhbar semalam, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam fikiran saya.

Adakah komen baginda itu berbentuk ‘nasihat’ atau kritikan?

Pada saya, pandangan Tengku Abdullah seolah-olah berbunyi kritikan terhadap Rajagobal ekoran kegagalan skuad Harimau Malaya dalam beberapa siri perlawanan persahabatan kebelakangan ini.

Tengku Abdullah mahukan jurulatih skuad Harimau Malaya itu lebih berhati-hati dalam memilih pemain dalam kesebelasan utama.

Teguran Tengku Abdullah itu mengingatkan saya terhadap perkara yang sama dilakukan oleh seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini.

Annuar juga melemparkan pandangan yang hampir sama terhadap skuad negara tetapi dia terus ‘digam’ oleh FAM.

Sebenarnya, pandangan atau kritikan itu adalah untuk kebaikan pasukan dan bukannya untuk menjahanamkan keadaan.

Ekoran kritikan tersebut, Annuar dihukum oleh FAM kerana meluahkan pandangannya terhadap skuad negara kepada media.

Justeru, apabila Tengku Abdullah membuat teguran yang sama, adakah baginda juga bakal menerima nasib yang sama seperti Annuar?

Kalaulah peraturan itu hanya membenarkan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja boleh memberi kenyataan kepada media terhadap prestasi skuad negara, kenapa Annuar dihukum sedangkan dia juga salah seorang Timbalan Presiden.

Apakah FAM akan mengambil tindakan terhadap ‘nasihat’ Tengku Abdullah seperti mana yang dilakukan ke atas Annuar.

Saya bukan nak menyebelahi sesiapa tetapi sekadar mempersoalkan pendirian FAM terhadap individu yang melontarkan ‘nasihat’ kepada skuad negara.

Bagi saya, tidak salah mengeluarkan kritikan jika ia lebih terjurus untuk membawa kebaikan kepada pasukan.

Individu yang berani mengeluarkan kritikan itu sebenarnya sayangkan bola sepak negara.
Jika mereka tidak mahu sukan No. 1 negara itu menikmati kejayaan di pentas antarabangsa, mereka tidak akan tampil membuat teguran.

Kerana sayangkan bola sepak, sebab itulah Tengku Abdullah mahupun Annuar tampil dengan pandangan tersendiri, dengan harapan skuad negara terus menikmati kemajuan.

Teguran Annuar sebelum ini pun menjurus ke arah kebaikan dan bukannya menjahanamkan keadaan.
Ekoran hukuman yang cukup berat ke atas Annuar itu, saya pun mula bimbang seandainya Tengku Abdullah juga bakal menerima nasib yang sama.

Apa pun, kita tengoklah apa pendirian FAM terhadap teguran Tengku Abdullah ke atas skuad negara.

(PANAS) KAFA LEPASKAN MATYO










Hasrat Norshahrul Idlan Talaha untuk berhijrah ke Johor kesampaian apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melepaskan pemain ini berkuat kuasa serta merta.

Pihak KAFA hari ini bersetuju untuk membuat perpindahan pemain paling bernilai 2012 iaitu Norshahrul Idlan Talaha ke pasukan Johor FA bagi musim 2013 namun ada syarat dan terma tertentu yang Johor FA harus patuhi.

Pihak Johor FA mempunyai tempoh seminggu untuk menerima tawaran dari pihak KAFA dan andai Johor FA menerimanya maka Shahrul Idlan Talaha akan SAH menjadi hak milik pasukan Harimau Selatan itu.

    “KAFA bersetuju MEMBUAT PERPINDAHAN BIASA(TRANSFER)MAT YO KE JFA DGN TERMA TERMA TERTENTU SPT YG TELAH DISAMPAIKAN KPD JFA HARI INI DAN JFA DI BERI TEMPOH 7 HARI UTK MENERIMANYA.ADALAH MENJADI HASRAT KAFA UTK MENYEMPUNAKAN SEMUA URUSAN BERKAITAN SEBELUM BERMULANYA PIALA AFF SUZUKI DI MANA MAT YO TERLIBAT.KAFA MAHU MAT YO TUMPUKAN KPD SUZUKI CUP DGN MEMBERIKAN YG TERBAIK UTK MISI MSIA MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN.KINI TERPULANGLAH KPD JFA” Kata Tan Sri Annuar Musa menerusi laman facebooknya.

Isnin, 12 November 2012

Jamuan Rai Penyokong Red Warriors Ditunda 24 November

Kerajaan Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan jamuan rakyat meraikan penyokong setia pasukan bola sepak Kelantan yang sepatutnya diadakan Selasa ini dipinda kepada 24 November.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, perubahan tarikh tersebut dilakukan memandangkan ramai pemain bola sepak Kelantan sedang bercuti ketika ini.

“Setelah mengambil kira pandangan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Afandi Hamzah dalam mesyuarat 6 November lalu, kita bersetuju meminda sambutan tersebut pada 24 November ini,” katanya.

Menurutnya, pemain dijangka bercuti sehingga 15 November ini.

“Malah, lebih manis sambutan tersebut diadakan selepas ketiga-tiga trofi dimenangi The Red Warriors dipersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada satu majlis tertutup pada 20 November ini.

“Jamuan ini adalah bagi meraikan peminat setia The Red Warriors yang sentiasa menyokong pasukan Kelantan sehingga meraih kejuaraan treble pertama pada musim ini,” katanya.

Abdul Fattah berkata, beliau menjangkakan hampir 30,000 peminat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat negeri ini menghadiri majlis julung kali diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut memberi pengesahan untuk hadir sama bagi meraikan barisan pemain The Red Warriors dalam majlis yang bermula jam 10 pagi itu.

“Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sendiri akan mengimamkan solat Zuhur berjemaah di dataran stadium disusuli jamuan makan terbuka untuk semua peminat yang hadir,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Fattah menjelaskan perarakan tiga piala tersebut dijadualkan bermula dari Istana Telipot, di sini menuju ke perkarangan stadium bermula jam 12 tengah hari.

“Perarakan tersebut akan melalui beberapa jalan utama di sekitar Kota Bharu seperti Jalan Maju, Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Temenggong, Jalan Tok Hakim sebelum berakhir di dataran stadium sekitar jam 12.15 tengah hari,” katanya.

Ahad, 11 November 2012

Zairo, Faiz Dalam Radar Kelantan

Zairo Annuar Zailani

BEBERAPA nama besar dikaitkan bakal memperkuatkan The Red Warriors bagi mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim depan jika usaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu menjadi kenyataan.

Dua pemain T-Team iaitu Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri serta pemain sayap Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zambri merupakan tiga pemain yang berada dalam radar Kelantan sekarang.

Menurut sumber dalaman Kafa, rundingan sedang dijalankan untuk membawa masuk dua pemain pasukan berstatus kelab Pantai Timur itu dan Mohd Khyril bagi menyarung jersi The Red Warriors musim depan.

“Ia sebagai usaha untuk menampung kekosongan ditinggalkan beberapa pemain yang mengambil keputusan berhijrah mewakili pasukan lain dalam Liga Malaysia musim depan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

“Memang nama Zairo Annuar (Zailani) dan Mohd Faiz (Subri) berada dalam perhatian Kafa sebelum kempen Piala Malaysia berakhir baru-baru ini. Jika menjadi kenyataan, kehadiran mereka pasti memperkukuhkan jentera serangan pasukan ini.

Menurut sumber itu lagi, pihak Kafa ketika ini sedang meneliti status ketiga-tiga pemain tersebut sebelum mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan pasukan asal masing-masing.

Juara treble itu kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Mohd Nurul Azwan Roya yang berhijrah ke Johor, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor), Azlan Ismail dan S Chanturu (Perak), selain Norshahrul Idlan Talaha yang juga dikhabarkan berminat mewakili Johor pada musim depan.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut mengesahkan pihak Kafa juga sedang berusaha untuk memancing Mohd Khyril Muhymeen, yang mana kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berakhir hujung bulan ini.

“Memang Presiden Kafa (Tan Sri Annuar Musa) ada menghubungi bapa Mohd Khyril Muhymeen, baru-baru ini untuk bertanya khabar mengenai kedudukan pemain tersebut dengan Kedah.

“Namun, ia masih dalam proses rundingan awal memandangkan pemain tersebut sibuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki, penghujung bulan ini.

“Begitu pun setakat ini, rundingan tersebut menampakkan perkembangan positif. Kalau Mohd Khyril Muhymeen bersetuju dengan tawaran dikemukakan, Insya-ALLAH, mungkin dia bersama Kelantan pada musim depan,” katanya.

Catatan Popular