KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 30 September 2010

Lambat Weh Bola Ni!!


Penyokong Sejati Ketika Menang?
Perlawanan pembukaan pusingan kedua saingan ini, bakal menjadi penentu hasrat dan harapan mendengar gelombang sorakan The Red Warriors masih dapat didengari di gelanggang akhir piala Malaysia nanti atau tersungkur awal. Harapan tinggi yang diletakkan oleh peminat terhadap pemain telah memberi tekanan yang cukup kuat kepada barisan penggempur utama The Red Warriors bagi membuktikan keyakinan peminat sebenarnya berbaloi-baloi.

Setiap sen yang dikeluarkan mereka akan dihitung dan dikecohkan sekiranya pemain The Red Warriors beraksi seri atau kalah dalam keadaan permainan yang hambar dan membosankan tetapi akan senyum lebar sekiranya kemenangan yang dihadiahkan. Sememangnya diakui sukar untuk mengikut rentak sokongan penyokong kelab-kelab eropah yang akan bertepuk tangan beramai-ramai meraikan pemain setelah tamat perlawanan dalam keputusan kalah atau seri.Namun tidak berat rasanya, sekiranya skuad The Red Warriors berjaya memberikan kemenangan kepada peminat dalam sesuatu perlawanan, semua penyokong bangun berdiri memberi tepukan gemuruh dan sokongan padu kepada barisan jentera The Red Warriors yang beraksi ketika mereka menuju ke bilik persalinan sekaligus memberi lebih sokongan moral kepada mereka. Malah sekiranya kalah atau seri cukuplah sekadar di 'boooo!' dan tidak perlulah dibaling botol, mercun dan sebagainya dihadiahkan kepada barisan pemain kita. Sikap ini sebenarnya boleh diubah sekiranya semua pihak dan kelab penyokong memainkan peranan mereka sebagai penyokong yang bijak.

Ulat Oh Ulat Tiket?
Teringat cerita rakan yang pernah tinggal lama di Manchester dulu, dia pernah menceritakan bagaimana liga Inggeris yang dianggap berprestij dan maju ini sebenarnya masih terdapat isu-isu seperti ulat tiket dan keganasan penyokong. Ketika berjalan dari stesen-stesen keretapi bawah tanah utama yang berhampiran dengan stadium utama pasukan yang berlawan, ulat-ulat tiket akan mula menjual tiket mereka dengan kadar mahal sepertimana yang berlaku di stadium Kota Bharu. Jika dianalisis isu ini ulat-ulat tiket ini sukar dihapuskan tetapi semua pihak boleh membantu mengurangkannya dengan cara memboikot tiket-tiket mereka.

Begitu juga dia pernah melalui pengalaman yang hampir sama, iaitu ketika perlawanan akhir 2009 berlangsung, tiket pada pukul 10 pagi hingga 7 petang dijual 200% daripada harga asal namun setelah ramai penyokong berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar dan merosakkan pagar, harga tiket dijual lebih murah daripada harga asal sehingga RM5. Ini bermakna salah satu faktor kenapa harga tiket boleh melambung apabila berlaku permintaan yang tinggi dan pintu stadium lambat dibuka. Stadium-stadium di eropah dalam membantu menangani masalah ulat ini, pihak pengurusan memberi kebenaran penyokong masuk lebih awal bagi menggelakkan berlaku insiden tolak-menolak dan barisan beratur yang panjang serta lama.

Ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan 14 September lepas, pihak stadium gagal mengklasifikasikan perlawanan ini perlawanan penting yang mengakibatkan berlaku limpahan penyokong dan insiden tolak-menolak. Sekiranya pihak stadium di Malaysia segera mengklasifikasikan perlawanan penting, pihak stadium perlu membenarkan para penyokong masuk awal dengan pemeriksaan yang ketat. Boikot penjual tiket haram ini antara cadangan terbaik yang perlu diusahakan bersama-sama.

Perlawanan Penentu
Ramai pemerhati bolasepak menjangkakan perlawanan pusingan kedua bakal menyaksikan kebangkitan skuad The Red Warriors. Malah secara jujur Bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah yang kini mengendalikan skuad Pulau Pinang masih meletakkan keyakinan pasukan Kelantan antara pasukan yang akan membawa pulang tropi piala Malaysia. Tidak kurang juga sudah ada penyokong yang sinis menyatakan pasukan Kelantan tidak layak ke pusingan yang seterusnya. Walau apa pun tanggapan penyokong, perlawanan 3 Oktober ini mesti dihadiri oleh seluruh rakyat Kelantan yang berkesempatan menyaksikan perlawanan ini, kita jadikan stadium Paroi bayangan stadium Kota Bharu buat peminat Negeri Sembilan. Tahniah dan terima kasih kepada semua kelab penyokong yang sedang menyusun barisan ahli kelab penyokong untuk berkonvoi ke Paroi. Ayuh Kita meriahkan perlawanan ini! Kembalikan sokongan jitu anda semua! Gomo Kelate Gomo kembali bergegar di Paroi.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Rabu, 29 September 2010

Majlis Hari Raya Anak-anak Ketereh

emel

Minta Rakyat Kelate yang berasal dari kawasan DUN KETEREH-Anak-anak Ketereh, 1 majlis hari raya bersama Tan Sri Annuar Musa akan diadakan di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada 9 Oktober 2010 12 tengahari. Sila sahkan kehadiran anda dengan menghubungi Mizie 019-2874748. Pastikan anda memberitahu mendapat info daripada theredwarriors.com. Terima Kasih

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Isnin, 27 September 2010

Futsal untuk peminat



KERANCAKAN saingan Piala Malaysia 2010 disemarakkan dengan satu program khas untuk kelab penyokong siber Liga Malaysia (e-fan) serta media dikenali Kejohanan Futsal e-fan Liga M/Media 2010 yang dijangka berlangsung 2 Oktober ini di Pusat Futsal Kausar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Program ini adalah kesinambungan daripada acara tahun lalu. Edisi pertama dimenangi Yob4ever.com manakala edisi kedua diungguli hijaukuning.com (HKC).

KERANCAKAN saingan Piala Malaysia 2010 disemarakkan dengan satu program khas untuk kelab penyokong siber Liga Malaysia (e-fan) serta media dikenali Kejohanan Futsal e-fan Liga M/Media 2010 yang dijangka berlangsung 2 Oktober ini di Pusat Futsal Kausar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Program ini adalah kesinambungan daripada acara tahun lalu. Edisi pertama dimenangi Yob4ever.com manakala edisi kedua diungguli hijaukuning.com (HKC).

Edisi terbaru bakal disertai pasukan www.ganusoccer.com (GSN/Terengganu), www.hijaukuning.com (HKC/Kedah), www.theredwarriors.com (TRW/Kelantan), www.n9futbol.com (N9F/Negeri Sembilan), www.selangorfc.com (SFC/Selangor), www.yob4ever.com (Y4E/Perak), www.tokgajah.com (TGC/Pahang), www.singautara.net (SUN/Perlis) dan www.harimaumalaya.com (HMC/Malaysia).


Antara pasukan media yang turut mengesahkan penyertaan ialah Infosukan RTM, Sekilas Liga (RTM), Majalah Stadium, TV3, Astro Arena, KOSMO dan Berita Haria/Harian Metro.


Pengarah kejohanan, Bisharuzi Omar berkata, program ini bertujuan meningkatkan perpaduan antara penyokong bola sepak tanahair, penganjur serta media.


“Kami yakin edisi ini lebih meriah dan berharap penaja yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi saya atau ahli jawatankuasa lain,” katanya.


Pasukan yang belum mengesahkan penyertaan boleh menghubungi Bisharuzi di talian 0192700026, Tengku Faizal (012 9671700), Bob Sharel (016 3429916), Nizam (013-2752175) dan Izad (012 6868835).

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Sabtu, 25 September 2010

Berjayakah Kelantan?



Perjalanan The Red Warriors mencari satu kejayaan dalam kancah Liga Malaysia masih jauh dan panjang.

Banyak lagi liku-liku yang perlu diharungi sebelum Kelantan boleh dinobatkan selaku kuasa baru bola sepak negara.

Sejak dari zaman kegemilangan Dali Omar dan rakan-rakan, kemunculan Hashim Mustapha beserta wira Sang Kijang serta zaman kebangkitan pada awal milenium sehingga kini, Kelantan masih lagi gagal mencapai kejuaraan dalam pertandingan peringkat tertinggi.

Sudah banyak perubahan yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan bermula dari dahulu sehingga kini hanya tahun 2009 menjadi musim paling berjaya apabila meraih dua naib johan bagi Piala FA dan Piala Malaysia.

Walau Kejuaraan Piala FAM dan Liga Perdana Dua dapat diraih beberapa tahun lalu, ia tidak dikira kejayaan membanggakan kerana hanya berstatus kelas dua dalam Liga Malaysia.

Harapan Red Warriors saban tahun untuk memungut satu piala yang diiktiraf utama masih samar tambahan pula pasukan lain masih lagi kekal konsisten untuk memburu kejuaraan mutlak.

Hasrat Kelantan untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pasukan gergasi lain ketika ini sudah tercapai tetapi yang mencacatkan keadaan hanyalah kejayaan memungut piala yang dipertandingkan.

Dibandingkan dengan Selangor, Kedah, Negeri Sembilan serta beberapa pasukan lagi, almari persatuan mereka sudah diisi dengan koleksi piala dan pingat kejohanan Liga Malaysia.

Para penyokong setia masih berimpian bahawa Kelantan mampu mengaut piala dan harapan itu disertakan dengan doa agar ianya akan tercapai sedikit masa lagi.

Yang perlu diusahakan pihak pengurusan dan pemain ialah terus bersaing dan mencabar sehingga ke titisan peluh terakhir agar nama mereka tertulis dalam lipatan sejarah menjadi skuad pertama memberikan piala kepada negeri Kelantan Darul Naim.

Berjayakah Sang Kijang? Sama-sama kita nantikan
Bukan Kritik Untuk Memusnahkan.



Kritikan yang dilemparkan sekarang oleh segelintir peminat kepada skuad Kelantan bukan untuk menjatuhkan moral pemain serta pihak pengurusan.

Semua yang dilontarkan adalah menuntut perubahan dan pembaharuan kerana sudah tiga tahun mereka dijanjikan dengan sekurang-kurangnya satu piala namun tetap gagal dilaksanakan walau sudah berlaku empat kali pertukaran jurulatih.

Mereka sudah muak dengan janji yang ditaburkan. Setiap kali bermulanya musim baru, janji diberikan tetapi gagal dikotakan.

Justeru itu, kritikan demi kritikan diberikan menuntut satu hasil lumayan akan diberikan kepada mereka selepas mereka banyak berkorban dari segala segi untuk memberikan sokongan terbaik kepada pasukan Kelantan.

Kalau mengikut kata kritikan pedas yang diberikan, KAFA seharusnya tidak melenting dan menganggap ia satu hukuman dari penyokong kepada pasukan. Anggap ia satu cabaran dari ribuan penyokong setia untuk menyaksikan kebangkitan Kelantan adalah berterusan bukan semakin tidak konsisten dari hari ke hari.

Memang penyokong sedar dengan tekanan dihadapi pihak pemain dan pengurusan tetapi mereka menuntut perubahan itu dengan satu asas yang kukuh. Asas untuk menyaksikan kejayaan pasukan dalam bola sepak Malaysia.

Penyokong bukan datang ke stadium membayar tiket untuk menjaga tahap mentaliti pemain. Mereka hanya mahu aksi baik dapat ditunjukkan. Kalah menang bukan persoalan jika pemain mampu memberikan persembahan menghiburkan.

Oleh itu, semua pihak dalam skuad Kelantan perlu sedar bahawa penyokong tetap setia memberikan sokongan walau mereka kalah dalam perlawanan. Masih ada yang setia cuma mahukan sedikit penghargaan iaitu permainan yang cemerlang dan mantap tanpa menunjukkan sedikit kesilapan yang membawa padah kepada pasukan.

Pasukan Pilihan Masih Bergelut.


Kebanyakan pasukan pilihan yang bersaing dilihat gagal memberikan persembahan menyakinkan dalam perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia yang baru berakhir dua hari lepas.

Hanya Selangor dan Negeri Sembilan, Kedah dan Johor FC menonjolkan perwatakan sebenar apabila mudah mendahului kumpulan masing-masing manakala Kelantan, Terengganu, Perlis dan Perak masih bergelut dalam setiap perlawanan yang dihadapi.

Pasukan yang tidak diberi harapan turut cemerlang apabila melakukan beberapa kejutan termasuklah menjadi pencabar carta kumpulan seperti Sabah dan Kuala Lumpur.

Tidak kurang juga dengan pasukan kelab yang bertanding terutamanya T-Team apabila mereka tampil hebat untuk merebut salah satu slot untuk saingan kalah mati yang ditawarkan.

Manakala kelab kerdil seperti ATM dan PKNS turut memasang impian mencatatkan kejayaan melayakkan diri setelah berhasil mengutip mata dalam perlawanan sebelum ini.

Walaupun perjalanan masih jauh, tidak disangkal bahawa saingan kali ini menonjolkan banyak kejutan dalam setiap perlawanan yang telah berlalu.

Kemunculan beberapa pasukan bukan pilihan memberi saingan kepada pasukan gergasi menunjukkan taraf Piala Malaysia semakin meningkat dimana kekuatan pasukan yang bertanding dilihat seimbang tanpa ada pasukan yang jauh kedepan.

Hanya Selangor melangkah gagah tanpa mampu dicabar pasukan lain dalam kumpulan mereka manakala pasukan bintang dalam kumpulan lain menyaksikan kesemuanya sudah keciciran mata sama ada seri ataupun tewas dalam perlawanan.
Mentaliti Pemain dan Pengurusan KAFA
Belum Bertaraf Eropah



Impian yang ditaburkan kepada peminat selepas setahun perubahan besar-besaran dalam pengurusan pasukan Sang Kijang mula memakan diri Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Pada awal tahun lalu sewaktu majlis memperkenalkan pemain kepada penyokong dan pihak media, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah mencanangkan kepada semua bahawa kini skuad Kelantan akan bertaraf eropah pada pengurusan dan gaya permainan.

Diulangi lagi pada setiap majlis melibatkan Red Warriors, setiap kali juga diberikan kepada penyokong setia betapa kemampuan KAFA melaksanakan transformasi adalah untuk mencapai impian menjadi persatuan yang bertaraf eropah.

Namun kini, selepas peminat mula merubah pemikiran mereka menjadi gaya eropah seperti berbicara tentang perpindahan pemain, pengurusan profesional skuad Kelantan dari segala segi termasuk kafe, merchendise, persatuan dan akademi, penjualan tiket, KAFA mula tertekan dengan tekanan yang diberikan penyokong.

Mengapa?

Sedangkan sudah dihebohkan Kelantan telah memasuki era profesional bertaraf kelab eropah. Namun malangnya, penyokong, peminat, pemilik media pula dipersalahkan dengan tekanan yang melanda sesetengah pemain dan pihak pengurusan.

Ini menunjukkan bahawa gaya Kelantan masih lagi bertaraf Malaysia, gagal menerima pembaharuan walau penyokong sudah mendambakan lebih dari apa yang mampu diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Hanya Tan Sri Annuar Musa masih mempunyai mentaliti bertaraf dunia tetapi pihak pengurusan, pemain dan yang mempunyai kaitan lain masih lagi kekal di takuk lama.

Tidak boeh disalahkan kerana itulah gaya bola sepak negara. Impian yang sudah lama ditaburkan tetap gagal memberikan kesan mujarab selain kehadiran penyokong yang bertambah dari perlawanan ke perlawananan tetapi hampa dengan karenah tidak seperti yang diharapkan.

Perubahan yang diimpikan tetap menjadi impian yang terkubur. Jangan diharapkan untuk berubah andai sikap kita tetap kekal dengan mentaliti lama.


Kita Akan Selesaikan


Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas isu ini semalam, beliau berkata KAFA akan selesaikan majlis penyampaian hadiah fotografi ini setelah mendapat tarikh dan waktu sesuai dalam masa terdekat ini. Beliau akan mengarahkan pihak KAFA memaklumkan kepada para pemenang untuk datang mengambil hadiah seperti yang ditawarkan. Diharap semua pihak bersabar kerana tiada isu yang perlu dihebohkan.

Dengan ini, kami memohon maaf tidak segala kemusykilan dan akan pastikan masalah ini diselesaikan segera. Harap maklum.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiga pasukan selesa


Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
2010/09/25
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

WALAUPUN saingan Piala Malaysia baru setakat melepasi pusingan pertama peringkat kumpulan, tiga skuad Liga Super iaitu Selangor, Kelantan serta Negeri Sembilan sudah mula diramal sebagai pasukan yang mampu menjulang piala paling berprestij itu.

Bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah membuat ramalan itu selepas beliau menyaksikan serta meneliti aksi yang dipersembahkan oleh ketiga-tiga pasukan berkenaan sepanjang saingan pusingan pertama peringkat kumpulan yang tamat 20 September lalu.


“Memang banyak lagi kelemahan yang ada pada semua pasukan termasuk ketiga-tiga pasukan berkenaan tetapi saya yakin pusingan kedua nanti, mereka akan bangkit mempamerkan aksi yang lebih mantap lagi.


“Persiapan mereka untuk menghadapi pusingan pertama Piala Malaysia sedikit terjejas berikutan bulan puasa dan justeru, pemain seolah-olah tidak begitu cergas dan kelihatan masih lagi berkarat,” kata Reduan yang mengendalikan skuad Pulau Pinang, musim ini.


Bagi Reduan, di antara ketiga-tiga pasukan pilihan itu, beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa juara Liga Super, Selangor akan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, tidak mustahil skuad bimbingan ketua jurulatih K Devan itu muncul juara buat kali ke-33 dalam sejarah pertandingan berkenaan.


“Selangor mempunyai kekuatan di setiap posisi. Memang tidak boleh dinafikan bahawa Selangor benar-benar mantap tahun ini. Mereka membariskan pemain yang berpengalaman serta terkenal di persada bola sepak negara. Itu kelebihan mereka dan saya lihat memang sukar bagi pasukan lain untuk menewaskan Selangor.


“Bagaimanapun, sepanjang saingan pusingan pertama, saya lihat benteng pertahanan Selangor agak rapuh dan saya bersetuju dengan pandangan Devan yang mengatakan pemain di posisi itu cepat leka. Mereka melepaskan gol mudah kepada lawan. Tahap kecergasan pemain Selangor juga masih belum mantap.


“Tempoh rehat hingga 2 Oktober ini pastinya digunakan sebaik mungkin oleh Devan untuk memperbaiki tahap kecergasan dan memantapkan benteng pertahanan mereka,” katanya.


Kelantan pula mempamer kekuatan yang agak mengejutkan sepanjang musim ini dan faktor itulah yang membuatkan skuad Wira Merah itu perlu diberikan perhatian menjelang saingan pusingan kedua yang bermula 3 Oktober ini.


“Saya yakin sedikit kelembapan yang ditunjukkan Kelantan pada pusingan pertama adalah disebabkan persiapan mereka yang tidak begitu lancar. Kekalahan kepada Negeri Sembilan di tempat sendiri pada perlawanan pembuka tirai lalu adalah sesuatu yang boleh dianggap pelik kerana Kelantan adalah pasukan yang cukup kebal apabila bermain di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV.


“Bagaimanapun, saya yakin Kelantan akan kembali mengganas sebaik pusingan kedua nanti dan itulah yang saya harapkan kerana senario begitu akan merancakkan saingan bola sepak kita,” katanya.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Catatan Popular