KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 21 Julai 2010

Majlis The Red Warriors Di Ibu Kota Meriah.

emel

Majlis yang serba ringkas ini dilihat gemilang dengan kehadiran ramai tetamu jemputan dan pemain The Red Warriors yang dihidangkan pelbagai menu hidangan ala bufet. Ketika memulakan bicara majlis, Presiden KAFA meluahkan rasa bangganya dapat menjadikan Kelantan sebagai satu fenomena di Malaysia, sewaktu negeri lain masih terkial-kial mencari formula menarik penonton ke stadium. Iltizam beliau sekiranya terpilih menduduki kerusi no. 2 FAM, beliau yakin akan mencipta sejarah baru bolA sepak Malaysia seperti mana yang dihasilkannya di Kelantan. Beliau percaya hanya semangat dari hati yang ikhlas ingin melihat sebuah kejayaan bolasepak Malaysia yang mampu merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia menjadi kenyataan. Kelesuan bolasepak negara ibarat barah yang mula merebak ke seluruh pelusuk tanahair sehinggakan banyak kelab-kelab bola sepak terpaksa mengambil jalan pintas dengan menarik balik penyertaan kelab mereka. Beliau berharap pemilihan kerusi no 2 FAM berjalan lancar dan seluruh pewakilan melakukan satu tindakan yang bijak tanpa dipengaruhi mana-mana pihak dengan memilih demi peminat bola sepak tanahair, cukuplah bagi beliau penyokong bola sepak Malaysia diberikan angan-angan kosong.

Semasa ucapan perasmian majlis YB Khairy Jamaludin turut yakin dengan kemampuan Tan Sri Annuar memimpin bolasepak Malaysia malah turut kagum dengan perancangan yang baik KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu industri. Beliau akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden FAM dengan rela hati dan sempat berkongsi pengalaman pahit manis beliau bersama FAM. Beliau kagum dengan semangat fanatik dan setia penyokong Kelantan, pencapaian penyokong dan pasukan Kelantan sudah setanding kelab-kelab bolasepak termaju di asia dan dunia."Bola sepak Malaysia masih ada harapan, cuma perlukan pembangunan dari seluruh pelusuk negara di peringkat awal lagi. Mengapa program realiti MY TEAM boleh lakukan dan berhasil mencipta sebuah pasukan mantap, FAM masih lagi dengan isu-isu lapuk yang sering didedahkan media? " antara petikan ucapan beliau yang dirasakan menimbulkan seribu pertanyaan pada seluruh peminat bola sepak tanahair.

TRWC selaku media rasmi yang membuat liputan penuh majlis ini bersyukur ke hadrat Illahi kerana majlis ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bersama kita mendoakan kejayaan skuad The Red Warriors dan Tan Sri Annuar Musa dalam menjejakkan kaki ke puncak.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Hidup Dikota Mentaliti Jauh Berdisplin Penyokong Di Kota Bharu

emel

Apa yang ingin dikupaskan berkaitan topik ini adalah berkenaan sikap penyokong Kelantan yang sengaja ingin KAFA didenda. Menyaksikan perlawanan bola sepak Kelantan bersama ahli keluarga dan kawan-kawan memang menyeronokkan tetapi tidak dapat bayangkan sekiranya yang melintasi atas kepala kita itu sebuah kerusi dan sebiji mercun yang dilontarkan ke padang atau secara bebas. Mengapa rendahnya mentaliti segelintir penyokong jakun ini malah jauh berbeza dengan sikap penyokong di Kota Bharu yang jauh lebih berdisplin.

Ada juga segelintir yang menyalahkan ibubapa kenapa membawa anak-anak ke stadium. Pernahkah mereka ini meneliti liga-liga eropah yang menyaksikan stadium-stadium mereka dipenuhi penyokong cilik ini. Mentaliti anak kecil dan perempuan duduk dirumah perlu diubah di zaman ini, minat bola sepak bukan lagi menjadi hak mutlak penyokong lelaki sahaja malah sudah menjadi hak umum.

Sekiranya perkara-perkara ini dijadikan isu di media massa dan sahabat dari luar Kelantan mungkin akan menimbulkan kemarahan seluruh penyokong Kelantan walaupun ianya ditujukan pada segelintir yang jakun ini sahaja. Namun sekiranya penyokong Kelantan terus menyalahkan pihak media dan orang luar Kelantan kerana memburukkan imej Kelantan tanpa penyokong Kelantan sendiri berusaha mengwujudkan satu suasana tontonan perlawanan yang lebih tenang dan selamat dari letupan mercun dan balingan objek atau penyokong Kelantan berusaha menasihati antara satu sama lain dalam hal ini, Siapa lagi yang mampu lakukan? Gejala membaling objek apabila setiap kali meraikan kemenangan atau provokasi menggambarkan penyokong Kelantan masih lagi ditakuk lama walaupun KAFA sentiasa berbangga dengan perubahan baru yang diciptanya.

Ramai penyokong Kelantan yang meluahkan reaksi terkejut mereka dengan perilaku membaling mercun dan kerusi. Sampai bila kita harus dilabel sebagai penyokong penjahanam harta benda awam. Susahkah untuk memahami perasaan orang lain yang datang semata-mata ingin meluahkan perasaan setelah seminggu penat berkerja. Apakah penyokong ganas ini akan membaling kerusi atau mercun ketika menyaksikan perlawanan ini dirumahnya? Sikap menunjuk-nunjuk hebat dan hero sudah sebati dengan jiwa Kelantan namun jika sikap ini dihayati dan digunakan dengan baik, kita akan lebih dihormati dan dikagumi. Sejak 2 perlawanan lepas berlangsung KAFA menerima aduan 5 kerusi di jahanamkan di stadium Shah Alam dan 1 kerusi di jahanamkan di stadium bola sepak Cheras.

Kita percaya mereka yang berlagak sebagai hero ini bukan pengunjung laman-laman web yang memaparkan nasihat untuk penyokong Kelantan. Ada yang lebih malang sikap taksub kepada parti politik tidak bertempat, sehingga sanggup menggadaikan nyawa memanjat pagar kerana ingin mengibarkan bendera politik. Adakah mereka tahu membawa masuk bendera politik akan mengakibatkan KAFA akan didenda? sekiranya tidak berjanji pada semua pembaca untuk menegur kawan-kawan yang taksub ini agar tidak berpolitik di padang bola. Jadikan sukan bola sepak Kelantan bebas segala unsur kepartian.

Mungkin ramai pihak tidak berpuashati dengan paparan isu ini, namun ini adalah antara usaha yang sentiasa dilakukan demi melihat kemajuan bola sepak seiring dengan kemajuan sikap dan emosi penyokong Kelantan yang lebih maju. KAFA sentiasa berusaha mencukupkan kantung perbelanjaannya, namun mentaliti yang sukar diubah ini menyebabkan kantung perbelanjaan KAFA sentiasa dibazirkan. Tidak perlu kita sentiasa meletakkan status KAFA sentiasa dianak tirikan FAM sedangkan kita sendiri tidak berusaha membuang tanggapan negatif ini. SEDARLAH WAHAI PENCINTA THE RED WARRIORS.............

FAKTA RINGKAS:

Denda yang pernah dikenakan FAM terhadap KAFA:

  1. Didenda RM5,000 bagi kesalahan pertama penyokong Kelantan yang membaling objek kepada pemain Negeri Sembilan dan pegawai perlawanan
  2. Didenda RM10,000 kerana penyokong membaling botol terhadap pengadil kedua perlawanan
  3. Didenda RM25,000 kerana penyokong membaling botol dan batu terhadap bas pasukan lawan
  4. Didenda RM50,000 kerana penyokongnya merosakkan harta benda awam ketika perlawanan separuh akhir Piala FA 2010
  5. Diarahkan membayar sebarang tuntutan pemilik bas pasukan Negeri Sembilan yang dirosakkan penyokongnya pada 31 Mac 2010 sebanyak RM19,770
  6. RM50,000 gara-gara tindakan liar penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010
  7. Didenda RM5,00 kerana penyokong membawa masuk bendera politik
  8. dan sebagainya lagi.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Kearah Transformasi Bolasepak Negara :Ep 1


Penarikan diri saudara Khairi Jamaluddin Abu Bakar dalam mempertahankan jawatan yang disandangnya sedikit sebanyak mengundang spekulasi. Bagi seorang yang mendapat mandat ini berdasarkan sikap passionate beliau adalah begitu mustahil baginya untuk melepaskan kedudukannya begitu sahaja. Bagaimana insan yang berpendirian tegas dan lantang seperti beliau gagal bertahan? Apakah yang terlalu tepu di dalam FAM yang membuatkan beliau berundur? Untuk rekod sebenarnya ada angin perubahan ketika belaiau bersama FAM, walaupun tidak kencang tetapi cukup untuk meredakan..

Pertandingan kali ini juga bakal terpahat dalam lipatan sejarah, seramai enam calon telah mengesahkan bertanding bagi merebut dua kerusi Timbalan Presiden. Manakala di peringkat Naib Presiden, akan berlaku pertembungan lapan penjuru untuk merebut empat tempat. Turut hangat ialah kerusi Ahli Eksekutif yang menetapkan sebanyak lapan tempat, tetapi seramai tiga belas calon telah mencuba nasib. Begitulah meriahnya bolasepak negara kita, bukan hanya di liga dan kejohanan sahaja begitu terasa keghairahannya, tetapi tidak kurang di pihak pengurusan dan pentadbiran bandan induk itu sendiri.

Perlucutan jawatan Ketua jurulatih Skuad Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah pada ketika ini juga mengundang kesangsian terhadap kewibawaan badan induk bolasepak terbesar tanah air ini. Atas dasar apa beliau dilucutkan jawatan perlulah dijelaskan sehingga ke peringkat akar umbi. Kenapa jurulatih yang pernah membawa kejayaan tiga kali berturut-turut, kemudiannya tidak sampai tiga bulan bertugas di Slovenia telah lucutkan jawatan tetapi masih dibayar gaji. Rakyat dan peminat perlu mengetahui bagaimana duit cukai mereka dibelanjakan sedemikian oleh FAM. Ini akan menjamin intergriti dan kewibawaan badan itu sendiri. Bersambung........

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Teruskan Dominasi @ Rombak?


Ramai peminat bola sepak tanahair kesal dengan sikap mereka yang cuba mengwujudkan ketidakadilan dalam pemilihan FAM dan meramalkan sekiranya dominasi pemimpin daripada kalangan pemimpin yang sedia ada, maka peminat bola sepak menjangkakan kualiti dan pengurusan bola sepak akan berada di tahap sama seperti sedia kala. Pengurusan yang tidak boleh dikritik kerana kekebalannya, pengurusan yang sentiasa berdolak dalih apabila gagal dan bermegah apabila sekelumit kemenangan muncul. Sampai bila bola sepak Malaysia akan terus berada di tahap ini? Rakyat Malaysia terus diulang tayang kejayaan zaman Soh Chi Aun, Mohktar Dahari dan sebagainya sedangkan pasukan yang mereka kalahkan dulu seperti Jepun dan Korea sudah lebih 10 tahun beraksi di Piala Dunia.

Meneliti kelemahan apa yang ada pada FAM sekarang bukan hanya pada pengurusan dan pembangunan akar umbi seperti YB Khairi Jamalludin perkatakan dan dijawab balik dengan sinis oleh Dato' Che Mat Jusoh, secara mudah dapat kita lihat pada: (apa yang dipaparkan ini adalah suatu perkara tidak boleh dianggap kecil di zaman ICT ini)

Portal Rasmi - http://www.fam.org.my
Kini Portal merupakan pintu masuk pertama bagi seseorang yang ingin mengenali bola sepak Malaysia. Laman web FAM selaku portal rasmi bola sepak Malaysia yang tiada kualiti sebagai satu laman web bola sepak yang mewakili sebuah negara yang penuh ilmuwan kreatif dan inovatif. Laman web ini tidak berinfomasi malah tiada langsung paparan perjalanan dan keputusan liga-liga tempatan. Jauh sekali dapat dibandingkan dengan portal rasmi FIFA dan tidak layak dibandingkan dengan portal persatuan bola sepak negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand yang sentiasa dikemaskini dengan info-info bola sepak negara. FAM dilihat seolah-olah sebuah badan yang tidak bermaya sekiranya laman webnya sendiri tidak mampu menggambarkan kehebatan dan kemampuannya.

Kemerosotan Sokongan Masyarakat Malaysia Pada Bola Sepak Malaysia
Amat malang sekiranya rakyat Malaysia terus disajikan dengan situasi liga bola sepak tempatan yang suram dan dilihat tiada usaha sepenuhnya pihak FAM dalam melakukan kempen dan iklan berterusan bagi memastikan liga tempatan dan pasukan bola sepak terus bernafas. Apa usaha FAM selaku penganjur dalam mengadakan kempen-kempen mengajak masyarakat ke stadium? Ianya berbeza ketika zaman 80-90 an dulu kemeriahan bola sepak banyak dibantu dengan kempen yang dijalankan bersama penaja-penaja.

Jurulatih Terus Jadi Mangsa
Kemampuan Azrai Khor membimbing pasukan Harimau Muda muncul juara liga perdana menjadi 1 fenomena baru bola sepak Malaysia, namun kini Azrai Khor dijadikan kambing hitam untuk rakyat Malaysia melihat Harimau Muda terus kekal tidak beraksi di liga tempatan dek kerana ingin menyelamatkan 1 pasukan yang sememangnya tidak layak beraksi di liga super. Begitu jugalah yang berlaku kepada B.Sathiananthan yang juga bekas buangan FAM kini muncul jurulatih paling cemerlang dalam sejarah bola sepak Kelantan dan Malaysia. Teringat ayat yang terpancul keluar dari mulut Sathianathan iaitu "Hanya orang yang berkuailiti sahaja dapat menilai kualiti yang ada pada seseorang individu itu", beliau dengan nada sebak dan serius tujukan ayat ini pada Presiden KAFA Tan Sri Annuar. Beliau sendiri yakin dengan kemampuan Tan Sri Annuar Musa sekiranya terpilih dalam FAM.

Dominasi Hanya Pada Syarikat Tajaan Tertentu Sahaja
Perkara ini juga tidak boleh dipandang remeh oleh FAM sekiranya ingin melihat kemajuan bola sepak Malaysia ditaja oleh syarikat-syarikat lain. Syarat yang diletakkan bagi setiap jersi meletakkan dominasi logo 1 syarikat tajaan sahaja memberikan kesukaran kepada pasukan-pasukan yang bertanding untuk mencari tajaan yang besar. Kekurangan penaja akan menyebabkan bola sepak Malaysia akan terus lesu.

FAM Kebal Daripada Kritikan Rakyat
Penyokong dan peminat bola sepak merupakan penaja paling besar dalam memastikan kejayaan bola sepak sesebuah pasukan sama ada melalui sokongan tiket mahupun sorakan. Oleh itu sekiranya FAM terlalu kebal untuk dikritik dan dikomen oleh masyarakat bermakna bola sepak Malaysia tidak lagi layak disokong oleh rakyat seperti reaksi yang diterima FAM oleh masyarakat sekarang yang cemuh dengan bola sepak Malaysia. Masihkah kita ingat teguran dan kritikan bapa pembangunan bola sepak negeri Kedah Allahyarham YB Dato Basri Akil semasa hayat beliau pernah menegur FAM secara profesional namun dek kerana teguran membina beliau tidak dapat diterima beliau dihukum. Namun Allahyarham dapat membuktikan bahawa dirinya berkualiti kerana berjaya membangunkan bola sepak Kedah dari peringkat kanak-kanak hingga profesional seperti apa yang dikecapi Kedah sekarang.

Sifat dan ciri-ciri boleh menerima kritikan ini ada pada Presiden KAFA sekarang yang pada awal musim liga super 2010 dikritik hebat kerana pasukan The Red Warriors tidak menunjukkan prestasi membanggakan maka beliau menjadi mangsa serangan penulis-penulis blogger, forum dan peminat selain ketua jurulatih yang turut menjadi mangsa. Dengan tenang hati dan berfikiran terbuka beliau menjemput semua wakil peminta, wartawan dan penulis ke rumahnya untuk berkongsi dan membincangkan isu yang hangat diperkatakan di luar stadium itu. Pelbagai masalah, komen dan isu yang diluahkan dijawab dengan tenang dan beliau berjanji setiap idea atau cadangan yang bernas akan beliau ketengahkan. Setelah 23 perlawanan liga super berlangsung beliau berjaya membuktikannya pasukan yang diramal pakar seri kini unggul di kedudukan tangga kedua liga dan paling kebal dalam liga. Sikap mesra dan berlapang dada beliau menjadikan skuad The Red Warriors kini pasukan paling hebat di Malaysia dari segala sudut penjenamaan bola sepak setanding eropah.

Bola Sepak Malaysia Hak Milik Rakyat
Sedih melihat keadaan FAM sekarang seolah-olah hak milik individu tertentu sahaja. Mereka ini seolah-olah selesa dengan percapaian dimiliki sekarang yang sepatutnya malu kepada pencapaian pengurusan pasukan Nigeria sebuah negara yang jauh mundur memiliki jati diri bola sepak yang utuh apabila semua pengurusannya membuat keputusan meletakkan jawatan kerana kegagalan pasukan mereka diperingkat awal saingan piala dunia 2010 baru-baru ini. Sikap yang ini jauh berbeza dengan pemimpin tertinggi FAM yang terus kekal dengan jawatan masing-masing sungguhpun selepas berpuluh tahun Malaysia hanya mampu sekadar juara sukan sea sahaja. Kejayaan juara bola sepak inilah dihebahkan sebagai kejayaan unggul FAM diabad ini.

Realiti atau Fantasi
Sekiranya berlaku rombakan besar pimpinan FAM kepada muka baru yang lebih dinamik, ikhlas dan berwawasan, InsyaAllah ramai peminat bola sepak yakin akan berlaku satu realiti reformasi bola sepak Malaysia yang drastik tetapi sekiranya masih lagi didominasi daripada kelompok yang sama, ramai peminat bola sepak tanahair yakin bola sepak Malaysia dan liga tempatan akan terus malap serta tidak mustahil akan berkubur. Ayuh pencinta bola sepak sejati melakukan perubahan kepimpinan, demi melihat pasukan Malaysia terus digeruni dan disegani.

THEREDWARRIORS.COM selaku portal rasmi Persatuan Bolasepak Kelantan memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Annuar Musa dalam meneruskan reformasi dan kejayaan bola sepak Kelantan untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Iltizam Presiden KAFA melihat pasukan Malaysia gah di persada bola sepak asia dan dunia amat tinggi. Ayuh seluruh penyokong dan peminat bola sepak Malaysia pohonkan doa hajat semoga pencalonan Tan Sri Annuar berjaya. Sudah sampai masanya sebuah rumah yang usang diserikan dengan warna-warni sebuah kemeriahan dan kegemilangan.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Ringkas: Kelantan, Selangor Terus Bersaing.


Selangor masih mendahului dengan 57 mata di puncak liga setelah 23 perlawanan namun perlu melalui saingan getir kerana perlu menghadapi T-Team, Terengganu dan Kedah dalam laluan terakhir mereka.

Kelantan pula mengutip 52 mata tetapi berada dalam laluan mudah kerana dalam tiga perlawanan terakhir, mereka akan menjadi tuan rumah kepada KL Plus dan T-Team selain menghadapi saingan pasukan Johor Fc di Pasir Gudang.

Manakala Terengganu pula memungut 47 mata, selain melawan Merah Kuning, mereka menghadapi laluan Perlis dan KL Plus Fc.

Perlawanan terakhir malam tadi sebelum cuti rehat seminggu, Kelantan menewaskan Kuala Lumpur 2-0, Selangor membelasah Pulau Pinang 3-0 dan Terengganu menundukkan Johor Pasir Gudang 2-0.

Perebutan juara hanya tertumpu pada Selangor dan Kelantan namun Terengganu masih mempunyai peluang untuk memintas Sang Kijang di tangga kedua.

Sejurus saingan liga disambung kembali pada 28 Julai nanti, Selangor dan Kelantan pasti akan memberikan persembahan terbaik mereka untuk memungut mata penuh.

Perebutan juara dua pasukan ini sudah dijangka sejak dari permulaan liga apabila Sang Kijang dan Merah Kuning saling kejar mengejar dari segi pungutan mata.

Justeru itu, perlawanan selepas ini akan menentukan siapa yang layak menjadi juara dan siapa yang layak menjadi jaguh dalam arena bola sepak tanah air.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Ahad, 18 Julai 2010

Kelantan belum mengalah hambat Selangor


PEMAIN Kelantan, Mohd. Shakir Shaari (kanan) berebut bola dengan pemain Kuala Lumpur, Muhamad Syafiq Johari pada perlawanan Liga Super di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, semalam. - MINGGUAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR - Kelantan belum mahu mengalah dalam misi menghambat pendahulu Liga Super, Selangor apabila terus menambah tiga mata selepas menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Cheras semalam.

Mohd. Nor Farhan Muhammad menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ke-29 melalui tandukan yang menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali.

Ketika Kuala Lumpur leka mengasak, Mohd. Badri Razi menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke-62, selepas menerima hantaran lintang Hairuddin Omar.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim yakin skuadnya masih berpeluang muncul juara walaupun hanya tinggal tiga perlawanan.

''Pada baki tiga perlawanan, kami akan beraksi dua kali di tempat sendiri dan satu pertemuan di gelanggang lawan menentang Johor FC.

''Oleh itu, kami akan cuba sedaya upaya mengejar kedudukan Selangor. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku walaupun Selangor selesa dengan kelebihan lima mata, '' katanya.

Selangor pula cemas di awal permainan sebelum meraih kemenangan selesa ke atas pasukan di tangga tercorot, Pulau Pinang 3-0 di Stadium Shah Alam.

Ketiga-tiga gol diperolehi pada separuh masa kedua melalui Mohd Nasriq Baharom pada minit ke-75, Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-80 dan Safee Sali minit ke-85.

Sementara itu, Kedah gagal mengatasi KL Plus apabila sekadar seri 1-1 di Stadium MBPJ Kelana Jaya.

KL Plus mendahului melalui Rosli Shamsudin pada minit ketujuh, sebelum pemain muda, Faizal Abu Bakar menyamakan kedudukan pada minit ke-23.

Terengganu mengukuhkan cengkaman di tangga ketiga apabila menundukkan Johor 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menerusi jaringan Joseph Klang Tie (m-72) dan Mohd. Zubir Azmi (m-75).

Pahang pula mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Perlis di Stadium Darul Makmur untuk kekal di tangga kelapan.

Di Stadium Paroi, Seremban, juara Piala FA, Negeri Sembilan sekadar seri tanpa jaringan dengan Perak.

Di Stadium J-Corp, Johor FC hampa selepas diikat 2-2 dengan T-Team, walaupun pasukan tuan rumah dua kali mendahului pasukan pelawat.

Tentera Merah Bukti Kesetiaan.

Hampir 70000 penyokong Kelantan membanjiri
Stadium Bukit Jalil, Final Piala Malaysia 2009


Penyokong Kelantan membuktikan bahawa mereka sememangnya komuniti peminat paling setia di Malaysia apabila memenuhi ruang stadium KLFA, Cheras untuk menyaksikan pertemuan liga super skuad Red Warriors menentang Kuala Lumpur.

Jika sebelum ini kita hanya dapat menyaksikan lautan merah di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, sekarang kita dapat menyaksikan dimana-mana sahaja tentera Red Warriors.

Tidak kira venue, tidak kira hujan panas, kelompok merah tetap akan hadir memberi sokongan kepada pasukan.

Sejarah sudah tercipta untuk tahun 2010, penyokong Kelantan memenuhi dua gelanggang perlawanan di Lembah Kelang sewaktu menentang KL Plus dan Kuala Lumpur selain ribuan lagi mengunjungi Shah Alam, Paroi, Ipoh, Alor Setar Kuala Terengganu dan ratusan peminat hadir di Batu Kawan, Larkin serta lain-lain lagi.

Malah tidak pernah dilakukan oleh mana-mana peminat dan penyokong bola sepak di Malaysia kecuali Kelantan, mengambil tempat duduk utama dan menjadikan stadium lawan seperti arena sendiri.

Selain itu, penyokong Sang Kijang juga mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam dua perlawanan akhir untuk 2009 apabila 70 000 membanjiri Bukit Jalil dalam final Piala Malaysia dan 50 ribu lagi datang sewaktu final Piala FA.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penyokong Red Warriors setelah kehadiran anda di setiap gelanggang lawan membantu pemain Kelantan menghadapi tekanan perlawanan.

Diakui oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, penyokong Kelantan merupakan senjata sulit dikala pasukan menghadapi perlawanan di luar pada negeri sendiri. Sokongan dan kata semangat yang dilaungkan memberi kekuatan moral buat pemain yang sedang berjuang diatas padang.

Selangor kekal kuasai carta liga


PENGGEMPUR Kelantan, Akmal Rizal tampil hebat pada aksi menentang Kuala Lumpur malam tadi.


SELANGOR terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super, lapor HELMI TALKAH.

Skuad bimbingan K. Devan itu ternyata serius dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan musim lalu selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Pulau Pinang dalam aksi saingan liga di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Bagaimanapun, skuad Gergasi Merah itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-75 untuk membuka tirai jaringan menerusi tonggak pertahanan, Mohd. Nasriq Baharom.

Kapten, Mohd. Amri Yahyah menambah derita skuad Harimau Kumbang apabila menjaringkan gol kedua buat Selangor dua minit kemudian sebelum penyerang, Mohd. Safee Sali meledak gol ketiga pada minit ke-85.

Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Selangor kini mengumpul 58 mata, enam mata meninggalkan pencabar terdekat mereka, Kelantan yang setia berada di tangga kedua.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Kelantan turut cemerlang untuk meraih tiga mata penuh apabila berjaya menewaskan tuan rumah, Kuala Lumpur 2-0.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu tidak berdepan halangan sukar bagi mencatatkan kemenangan selesa ke atas Johor 2-0.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Perak.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, pasukan pelawat, Kedah berjaya mengikat tuan rumah, KL Plus dengan keputusan seri 1-1.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang mencatatkan kemenangan tipis ke atas Perlis 3-2.

Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, hasrat T-Team untuk membawa pulang tiga mata penuh tidak kesampaian selepas sekadar seri 2-2 dengan Johor FC.

Kelantan terus hambat Selangor

PEMAIN Selangor Mohd Shafiq Rahim (kiri) cuba melepasi pemain Pulau Pinang, Khairzul Asri dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
PERSAINGAN menghampiri kemuncaknya dengan Selangor berada pada kedudukan terbaik, namun tidak mampu untuk selesa selepas Kelantan terus menghambat apabila kedua-dua pesaing itu masing-masing meraih kemenangan dalam Liga Super, malam tadi.

Juara bertahan, Selangor pada awalnya mendapati keadaan sukar berdepan pasukan tercorot, Pulau Pinang namun akhirnya mencipta kejayaan selesa 3-0 di Shah Alam menerusi jaringan Nasriq Baharom, minit ke-69 disusuli kapten Mohd Amri Yahyah (m-80) dan Safee Sali (m-83) ketika Kelantan menundukkan Kuala Lumpur 2-0 di tempat lawan.
Kemenangan itu membolehkan Gergasi Merah kekal menjarakkan diri dengan lima mata ke atas Kelantan dengan baki tiga perlawanan. Selangor akan memastikan gelaran dengan dua kemenangan atau satu kemenangan dan satu seri namun seandainya pencabar terdekat itu memenangi semua perlawanan mereka selepas ini.
Click Here
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, selepas Norazlan Razali menggagalkan tandukan Akhmal Rizal Ahmad Rakhli, penjaga gol KL itu tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang tandukan Nor Farhan Muhammad daripada hantaran lintang dari pemain sama, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-29.

Babak kedua bersambung dengan the Red Warriors menggandakan kedudukan apabila Norazlan sekali lagi tertewas dengan tandukan Mohd Badhri Mohd Radzi yang menyambung lintangan Hairuddin Omar pada minit ke-63.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor FC gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri 2-2 dengan T-Team yang kembali mengekori rapat tuan rumah tatkala aksi liga berbaki tiga perlawanan. Gol tua rumah adalah sumbangan Nurul Azwan Roya (m-15, 72) manakala pelawat menerusi Syamsul Kamal Mohamad (minit ke-61) dan Nor Fazly Alias.

Dalam perlawanan lain, Terengganu menewaskan Johor 2-0 hasil jaringan Joseph Kallang Tie pada minit ke-70 dan Mohd Zubir Moid Azmi (minit ke-75).

Catatan Popular