KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 24 Mei 2010

Kelantan Perlu Lebih Konsisten.


Andai aksi babak kedua menentang Perlis dipamerkan di Alor Setar tidak mustahil Red Warriors pulang hampa ditundukkan Kedah dalam saingan Liga Super 2010.


Perkara ini diakui sendiri Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kepada RedsFC-News selepas melihat aksi longlai pemain Kelantan sewaktu menumpaskan Singa Utara di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam semalam.

Skuad Kelantan dilihat memberikan persembahan baik pada separuh masa pertama sehinggakan pemain Perlis terpaksa bertungkus lumus untuk menyekat kemaraan pemain tuan rumah namun babak kedua mereka hilang tumpuan dan nyaris dihukum pasukan pelawat, jelas Annuar.


Saya kecewa dengan aksi mereka tetapi tidak menyalahkan mereka seratus peratus kerana kita perlu tahu bahawa faktor jadual padat menyebabkan pemain Kelantan keletihan.

Kita cuba baiki segala masalah dan saya akan menemui pemain untuk memberi sedikit motivasi kepada mereka agar merubah corak permainan untuk mencatatkan kemenangan keatas Kenari di gelanggang mereka.

Perlawanan menentang Perlis semalam, Kelantan mendahului 2-0 hasil jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu sebelum penyerang Perlis, Wan Khairul Faiz merapatkan kedudukan pada awal babak kedua.


B. Sathianathan yang ditemui selepas perlawanan mengatakan skuad Kelantan tidak bermain baik pada separuh masa kedua tetapi yang penting, kita berjaya memungut tiga mata walaupun hanya dengan jaringan sedikit.

Perlis merupakan sebuah pasukan yang sukar untuk dikalahkan malah mereka berjaya mengawal permainan sebelum menjaringkan gol pertama.

Mengulas tentang Azizi Mat Rose, Sathianathan memuji pemain ini kerana menunjukkan semangat untuk bermain tetapi kita terpaksa mengeluarkannya lebih awal setelah melihat Azizi sedikit keletihan selepas bermain dalam kesebelasan utama secara berturut-turut.

Saya suka dengan semangat yang Azizi tunjukkan kerana ia bagus untuk pasukan, kata Sathianathan.

Kelantan Menang Tapi Hambar.

E-mail Print PDF

Kelantan bernasib baik mengutip tiga mata apabila menewaskan Perlis 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Dua gol jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu pada babak pertama sudah cukup buat Kelantan menewaskan lawan dihadapan lebih 25 000 penyokong setia wira merah.

Pemain Kelantan berjaya melakukan hantaran tepat kepada rakan sepasukan malah melakukan beberapa gerak menarik menyebabkan pertahanan Perlis terpaksa bertungkus lumus mempertahankan pintu gol mereka dari dibolosi.

Dengan jentera serangan bergerak pantas dan pemain tengah melakukan beberapa hantaran cantik, Kelantan hampir didepan pada 10 minit pertama namun kegopohan Chanturu, Idlan Talaha, Indra Putra dan Badri Radzi menyebabkan peluang meletakkan bola kedalam jaring gagal disempurnakan.

Pertengahan babak, Kelantan diberikan sepakan penalti setelah pertahanan Perlis, Mohamad Badrul Azam Zamri menjatuhkan Norfarhan didalam kotak penalti. Walaupun mendapat bantahan dari pemain dan kem Perlis, pengadil tetap dengan keputusan tersebut. Norshahrul yang mengambil tugas sepakan, mudah menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-24.

Selepas gol tersebut, jentera serangan Kelantan dilihat semakin bernafsu untuk menjaringkan gol dan mereka mendapat beberapa peluang keemasan didepan gawang. Bermula dengan percubaan Chanturu yang melambung keluar, Norfarhan sekadar menyepak lemah kepada Farizal Marlias manakala percubaan Idlan diselamatkan Fauzi Nan diatas garisan gol.

Percubaan Indra Putra pula keluar dan sepakan Badri Radzi juga sedikit melewati palang gol.

Kelantan berjaya mendapatkan gol kedua melalui S.Chanturu yang melakukan sepakan terus pada minit ke-34. Gol berpunca dari kesilapan pemain Perlis lambat mengeluarkan bola dari kawasan mereka sebelum dirampas dan Shakir Shaari memberikan kepada daudsu yang terus melakukan lintangan S Chanturu didalam kotak penalti.

Kelantan hampir menambah gol selang empat minit kemudian namun sepakan kencang Norfarhan didalam kotak penalti setelah mendapat hantaran Chanturu diselamatkan Farizal Marlias.

Percubaan Badri Radzi pada minit ke-45 ditepis keluar Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, bagai mendapat suntikan semangat dari Yunus Alif, Perlis mula mengancam kubu Kelantan apabila melakukan beberapa percubaan bahaya hampir memerangkap barisan bawah Kelantan. Namun ketangkasan Subramaniam dan Farisham berjaya mengekang penyerang lawan menjaringkan gol.

Benteng Kelantan roboh juga pada minit ke-50 apabila Wan Khairul Faiz memanfaatkan kesilapan Daudsu dan Azizi untuk menewaskan Khairul Fahmi di pintu gol.

Gol jaringan tersebut menaikkan semangat Perlis untuk memburu gol penyamaan tetapi gagal kerana penyudah tumpul.

Tertekan diasak, B. Sathianthan melakukan uda pertukaran mengeluarkan Azizi yang sedikit longlai untuk digantikan dengan Rizal Fahmi Rosid dan mengeluarkan Badri Radzi untuk digantikan dengan Akmal Rizal.

Perlis terus menekan Kelantan apabila melakukan beberapa serangan pantas untuk memburu jaringan penyamaan tetapi Rizal Fahmi tampil cemerlang memintas beberapa cubaan lawan untuk memasuki kawasan kotak penalti Kelantan.

Ketika Perlis rancak menyerang, S. Chanturu hampir menambah gol hasil serangan balas namun Farizal Marlias pantas merebahkan badan menepis sepakan rendah penyerang Kelantan tersebut.

Menambah sengat, Idlan Talaha yang keletihan dan mengalami sedikit kecederaan akibat terjahan kasar pertahanan Perlis dikeluarkan untuk digantikan dengan Hairudin Omar.

Kemasukan Hairudin hampir membuahkan hasil pada minit ke-85 apabila bola sepakan penjuru Chanturu ditanduk kedalam gawang namun diselamatkan pertahanan Perlis diatas garisan gol dan lantunan bola tersebut terus disambung Norfarhan tetapi Fauzi Nan lebih bersedia untuk menampan bola keluar dari kawasan bahaya.

Hairudin sekali lagi kecewa apabila tandukan kencangnya pada minit akhir perlawanan sedikit keluar.

Tambahan masa tiga minit gagal digunakan sebelum pengadil perlawanan, S. Sittharanjanan membunyikan wisel penamat.

Dua kad kuning dilayangkan pengadil iaitu kepada pemain Kelantan Daudsu dan Indra Putra.

B. Sathianathan:
Khairul Fahmi (gk), Azizi (Rizal), Subramaniam, Daudsu, Farisham, Farhan, Indra, (c) Badri (Akmal), Idlan (Hairudin) dan CHanturu.

Yunus Aliff:
Farizal Marlias (gk), Fauzi Nan (c), Zuraindey, Amar Rohidan, W. Khairul Faiz, Badrul Azam, Soley, Faiz Subri, Mazlizam Mohamad, Hazrul Mustapha dan Ahmad Aminuddin. (Shariman, W. Md Shukri dan Azrul Ahmad)

KELANTAN MENANG TETAPI SATHIA KECEWA



KOTA BHARU - Walaupun Kelantan berjaya menundukkan Perlis 2-1 dalam saingan Liga Super kelmarin, namun pretasi pasukan itu di Stadium Sultan Muhammed IV jauh daripada memuaskan jurulatihnya, B. Sathianathan.

Kata Sathia, pasukannya bernasib baik memenangi perlawanan tersebut, meskipun beraksi buruk, terutama pada babak kedua.

Menurut Sathia, anak-anak buahnya bagaikan hilang punca pada separuh akhir apabila mudah terlepas bola setiap kali diasak lawan.

"Kalau macam nilah kita main (separuh masa kedua), lupakan sahaja hasrat mencabar kejuaraan musim ini. Bagi saya ia aksi yang cukup teruk.

"Kalau mahu menang dengan Kedah, kita kena lupakan aksi ini dan kembali fokus barulah kita ada peluang di Darul Aman," katanya.

Ditanya kenapa dia mengeluarkan pemain pertahanan kental, Azizi Mat Rose, Sathia menjelaskan keputusan tersebut wajar terutama ketika pemain-pemainnya seakan-akan hilang fokus terutama babak kedua.

"Saya tahu ramai yang tidak setuju dengan tindakan tersebut. Sebagai jurulatih saya tahu apa yang patut dilakukan demi untuk kebaikan pasukan.

"Kalau seseorang pemain itu tidak mampu beraksi dengan baik kita perlu keluarkan untuk memberi peluang kepada pemain lain,'' ujarnya.

Tambahnya lagi, keputusan mengeluarkan Azizi dibuat selepas mendapati pemain tersebut keletihan serta tidak beraksi seperti biasa ketika ditugaskan menjaga pemain pelawat.

"Protes yang ditunjukkan mungkin suatu yang baik kerana ia menunjukkan seseorang pemain itu sentiasa ingin bermain.

"Tetapi semalam saya nampak dia (Azizi), tak main seperti biasa, mungkin keletihan kerana sudah beraksi dalam 16 perlawanan.

"Dia juga sudah menemui saya dan meminta maaf selepas perlawanan dan saya harap ia tidak akan menjejaskan persiapan kita untuk menentang Kedah Selasa ini (esok)," ujarnya.

Pada perlawanan itu, Kelantan yang dibantu sorakan hampir 25,000 penyokong mempamer aksi bertenaga apabila memperoleh gol pertama pada minit ke-29 menerusi peledak sensasi kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talha selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

Pada minit ke S. Chanturu kembali menggamatkan suasana Stadium Sultan Muhammad IV apabila menjaringkan gol ke dua tuan rumah pada minit ke-34.

Gol sagu hati pelawat diperoleh melalui Wan Khairul Faiz Kamaruddin minit ke-49.

Dengan kemenangan ini, Kelantan terus menghambat Selangor yang dibezakan dengan enam mata saja.
-
Kafe, radio internet KAFA emel



Ahmad Shabery Cheek (kanan) bersama Annuar Musa dan Siti Hamidah Hamad menunjukkan barangan cenderahati pada majlis pelancaran kafe dan radio Internet The Red Warriors di Kota Bharu, semalam.

UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melangkah setapak lagi dalam usaha menjadikan pasukan itu sebagai salah satu jenama sukan tanah air apabila membuka kafe The Red Warriors Station (TRWS) serta radio Internet rasmi mereka, The Red Warriors FM (TRW.FM).

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut selaras dengan usaha persatuan itu untuk memastikan bola sepak menjadi sebuah industri perniagaan yang menguntungkan dan mampu menjana pendapatan kepada pasukan.

“Kafe ini akan dijadikan sebagai tempat untuk peminat bola sepak berkumpul, malah di sini juga pelbagai cenderamata pasukan The Red Warriors akan dijual.

“Selain itu, dengan adanya radio rasmi ini, peminat The Red Warriors di seluruh dunia dapat mengetahui perkembangan semasa pasukan dan mengikuti setiap perlawanan secara langsung,” katanya.

Upacara perasmian TRWS dan TRW.FM telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

TRWS dibuka atas ilham dan pelaburan seorang usahawan terkenal yang juga peminat setia The Red Warriors, Datuk Siti Hamidah Hamad.

Sementara itu, Shabery ketika berucap berkata, keupayaan KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu perniagaan memberikan peluang kepada mereka untuk berdiri di kaki sendiri.

“Di negara maju, konsep ini sudah lama diamalkan apabila pasukan bola sepak menjadikan sukan ini sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan.

“Malah, mereka mampu membuka sebuah gedung yang menjual pelbagai jenis barangan sukan kepada peminat mereka,” katanya.

Jelas beliau, situasi tersebut masih belum dapat dilihat di negara ini apabila mana-mana pasukan bola sepak selalunya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan untuk menjayakan operasi mereka.

Sehubungan itu, beliau percaya sekiranya peminat sukan tanah air memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan mereka, satu transformasi untuk menjadikan bola sepak sebagai industri akan dapat dilihat dalam sedikit masa lagi.

“Bagi penyokong di luar negara, mereka akan membeli barang asli yang dikeluarkan oleh pasukan kerana bagi mereka ini adalah satu cara untuk memberi sokongan.

“Akhirnya, kelab mampu membina stadium sendiri malah mereka juga membayar cukai kepada kerajaan bukannya mengharapkan bantuan semata-mata,” tegas beliau.

Ahad, 23 Mei 2010

The Red Warriors terus beri saingan emel

The Red Warriors meneruskan rentak cemerlang membenam cabaran pasukan Singa Utara dengan kemenangan tipis 2-1. Bermain dihadapan kira-kira 20 ribu penyokong setia The Red Warriors, Kelantan pada mulanya dilihat tidak mempunyai masalah untuk memperoleh kemenangan mudah apabila Kelantan mengusai keseluruhan separuh masa pertama.


Bermula pada minit ke-10, rembatan Badri Radzi dari luar kotak penalti berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Perlis. 5 minit berselang, Kelantan berjaya mendapat sepakan percuma, namun sepakan Badri Radzi berjaya dinafikan. Pada minit ke-25, Norsharul berjaya menjaringkan gol pertama untuk Kelantan namun gol itu dibatalkan kerana beliau berada dalam kedudukan offside.

Tidak berputus asa, skuad The Red Warriors terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Pelis, dan hasilnya Kelantan dihadiahkan sepakan penalti apabila Norfarhan dijatuhkan di dalam kotak penalti. Penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idalan Talaha tidak mensia-siakan peluang keemasan itu apabila mudah menolak masuk menewasakan Farizal Maslis untuk gol pertama Kelantan.

Selepas mendapat gol semangat itu, Kelantan terus mengasak kubu Perlis, dan hantaran cantik Daudsu disambut baik S Chanturu untuk meletakkan Kelantan selesa 2-0 pada minit ke 34. Tidak puas dengan jaringan itu, rembatan volley Norfarhan yang menerima hantaran Chanturu berjaya ditepis oleh penjaga gol Perlis. Pada minit-minit akhir pada separuh masa pertama, sekali lagi percubaa Norshahrul ditepis kemas penjaga gol Perlis.

Bermula separuh masa kedua, Kelantan dilihat bermain hambar, dan kesempatan itu diambil oleh pasukan Perlis apabila Wan Khairul Faiz merapatkan jurang gol untuk gol pertama Perlis pada minit ke-50.

B.Sathianthan membuat perubahan drastik apabila mengeluarkan pertahanan kental Azizi Mat Rose digantikan dengan Rizal Fahmi, dan juga memasukkan Akmal Rizal bagi menggantikan Badri Radzi. Tindakan Sathia mengeluarkan Azizi mendapat reaksi negatif penyokong malah pemain itu sendiri dilihat sedikit tidak berpuas hati apabila beliau dikeluarkan. Perlawanan berakhir dengan Kelantan menagatasi Pelis 2-1.

Mengulas mengenai perlawanan, Sathia mengakui pasukan Kelantan bermain dengan agak tidak baik pada malam ini, terutama pada separuh masa kedua. Tapi baginya, perkara paling penting pada malam ini, Kelantan berjaya mengutip tiga mata penuh bagi mencabar pendahulu liga Selangor.

Ditanya mengenai tindakan beliau mengeluarkan Azizi Mat Rose, beliau menjelaskan terpaksa mengeluarkan Azizi untuk mengukuhkan benteng pertahanan apabila beliau melihat Azizi sedikit keletihan selepas bermain dalam kesebelasan utuma secara berturut-turut. Mengulas mengenai reaksi Azizi selepas beliau dikeluarkan, B.Sathianathan menganggap reaksi pemain itu menunjukkan beliau seorang pemain yang sentiasa bersemangat untuk bermain.

Kelantan Ceria Dalam Gundah emel

Walaupun Kelantan menang selesa pada malam ini, beberapa aksi pemain yang menunjukkan kurang persefahaman dikalangan pemain dapat dihidu dan dilihat dengan jelas oleh penyokong. Penyokong selaku pemilik bersama skuad Kelantan amat risau dengan situasi ini dan berharap pihak pengurusan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan segera sebelum bertandang ke Alor Star yang mungkin akan merencatkan pungutan 3 mata Kelantan untuk terus mengejar Selangor.

Syukur jaringan awal sepakan penalti Norshahrul dan jaringan S Chanturu berjaya memberi 3 mata penuh kepada skuad Kelantan. Keputusan ketua jurulatih B. Sathiananthan menukarkan Azizi Mat Rose dengan Rizal Fahmi telah menyebabkan berlaku satu perkara yang kurang disenangi para penyokong sehingga terbawa-bawa di luar stadium. Para penyokong perlu memahami sikap Azizi ini adalah tindakan spontan yang perlu dimaafkan semua penyokong kerana beliau tersentap semangatnya yang telah bermain 16 perlawanan penuh tanpa ditukarkan dan pada malam ini beliau ditukarkan malah pada masa yang sama beliau hampir menjaringkan gol. Isu ini tidak perlu dipanjangkan dan diperbesarkan kerana ramai mengetahui semangat kental dan kerajinan Azizi dalam mempertahankan kubu Kelantan yang sehingga hari ini dibolosi 10 gol sahaja.

Pertukaran pada minit-minit akhir dengan memasukkan Akmal Rizal dan Hairuddin menggantikan Norshahrul dan Mohd Badhri tidak dapat membantu Kelantan menambah jaringan, namun kedua-dua pemain berjaya menghuru-harakan gawang lawan dengan percubaan gol yang berjaya diselamatkan.

Para penyokong amat berharap semua pemain kembali bersatu dengan hati yang ikhlas demi peminat semua. Banyak peluang gol disia-siakan kerana ada dikalangan pemain cuba mempamerkan aksi sendirian tanpa mempedulikan pemain lain. Salah seorang peminat Hanif dari Pasir Mas ketika ditemuramah diluar stadium berasa amat kecewa kerana sikap mementingkan diri dikalangan pemain amat jelas kelihatan dan berharap pemain Kelantan memperbaiki kelemahan yang dipamerkan ini dan beliau yakin skuad kesayangannya mampu pulih ke prestasi sebenar ketika melawan Kedah nanti. Beliau amat yakin dengan ketua jurulatih dan pihak pengurusan dapat menyelesaikannya.

Pihak KAFA menyeru peminat tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian serta bertindak jaguh dalam membicarakan isu-isu pemain The Red Warriors kerana isu-isu yang direka-reka boleh merosakkan sebuah pasukan Juara yang cuba dibimbing dan dijaga oleh KAFA ini. Diharap penyokong terus memberi sokongan tanpa mempedulikan apa-apa yang diperkatakan musuh-musuh impian kita kerana kita membina sebuah pasukan yang terbaik dan bukan untuk direbahkan. Syukur dan terima kasih kepada penyokong kerana tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini mahupun balas dendam.

Ayuh penyokong dan pemain berganding bahu memeluk semangat yang sama, impian yang sama iaitu impian membawa Piala ke bumi Kelantan tercinta. Yakinlah kita adalah wira yang telah menjuarai segalanya, kita adalah juara semua pencapaian bolasepak Malaysia pada tahun ini. Kekalkan pencapaian kita, kekalkan jumlah kehadiran penyokong kita, kekalkan sokongan kita dan kekalkan semangat kita semangat yang menggegar dunia dengan semangat GOMO KELATE GOMO..............!!!!

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

he Red Warriors Peneraju Industri Bisnes Bolasepak Malaysia emel

Dalam ucapan perasmian tadi Dato' Ahmad Sabree Chik menyatakan rasa kekaguman beliau dengan kemajuan KAFA dalam berusaha mengangkat imej bolasepak tanahair setaraf kelab-kelab bolasepak tersohor luar negara. Beliau juga turut teruja dengan semangat yang dipamerkan oleh semua penyokong Kelantan sehingga memberi keyakinan kepada Tan Sri Annuar Musa dan KAFA untuk meniru segala bisnes yang telah dibuktikan berjaya oleh kelab-kelab liga perdana England. Beliau amat mengalu-alukan segala usaha yang dirancang ini beroleh kejayaan seperti yang dirancang dengan izin Allah SWT. Beliau sempat memberikan pesanan, setakat hari ini beliau tidak menerima lagi sebarang aduan berkenaan atau melihat laporan buruk tentang penyokong Kelantan seperti sebelum ini dan beliau amat berharap situasi cemerlang pemain Kelantan dapat dikekalkan bersama kecemerlangan penyokong Kelantan.

Dalam ucapan ringkas Tan Sri Annuar Musa berasa terharu dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Belia dan Sukan dan semua tetamu jemputan serta semua penyokong Kelantan yang hadir. Beliau berharap kedua-dua ikon baru KAFA ini sentiasa mendapat sambutan hangat para peminat bolasepak Kelantan.

Alhamdullilah Syukran!Syukran! (syukur) itulah yang diucapkan seorang pemanggil dari Cairo Mesir dalam TRW FM ketika ke udara bersama Menteri Belia dan Sukan Dato' Ahmad Sabree Chik serta Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa semasa majlis perasmian The Red Warriors Stations & TRW FM radio rasmi KAFA. Kejayaan KAFA mengwujudkan pelbagai idea baru ini akan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan kerana bergerak maju mengikut jejak kelab eropah.

Tahniah dan Terima Kasih kepada semua penyokong setia The Red Warriors kerana sokongan dan doa anda kami sentiasa di depan dalam menerajui perubahan. Alhamdullilah.

Info:

  1. The Red Warriors Station - Datuk Siti Hamidah
  2. The Red Warriors Radio - TRWC+TRW Radio

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo


Jumaat, 21 Mei 2010

Kijang Awasi Singa emel

Analisis prestasi terkini skuad Singa Utara menampakkan ada peningkatan setelah dilatih jurulatih baru Yunus Alif yang telah berjaya mengikat Kedah berkongsi mata selasa lepas. Kelincahan pemain-pemain Perlis Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Farizal bakal mengucar-kacir benteng Kelantan yang dipimpin bekas rakan sepasukan mereka Azizi Mat Rose yang menjadi pemain kental untuk ditembusi mereka sabtu nanti.

Perlawanan ini amat kompetitif bagi memastikan skuad Kelantan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pertemuan dengan Kedah dan mengekalkan pungutan tiga mata untuk terus menghimpit kedudukan Selangor yang baru sahaja menerima tamparan hebat setelah jurulatih K Devan dan Hardi Ahmad digantung 6 perlawanan manakala Safee Ali digantung 4 perlawanan oleh FAM disebabkan tragedi sewaktu perlawanan separuh akhir Piala FA bulan lepas.

Peluang dikala Selangor kehilangan penjaring utama dan jurulatih akibat digantung seharusnya dijadikan azimat bagi skuad Kelantan supaya dapat mengutip 3 mata penuh setiap perlawanan sebelum menentang Selangor 13 Julai nanti. Sungguhpun fokus utama penyokong hanya menumpukan perlawanan Kedah dan Selangor sebagai pencabar utama Kelantan, perlawanan dengan Perlis dan Pulau Pinang juga merupakan tugas yang berat pemain dan perlu difahami oleh semua penyokong sekiranya keputusan diluar jangkaan semua.

Ketika di Kota Bharu malam tadi, wartawan kami sempat mendapatkan komen Fadzli Lie yang berkerja di Nilai pulang ke kampung kerana ada urusan keluarga, beliau menjangkakan situasi perlawanan 50-50 dan stadium keramat akan memberi semangat yang hebat dengan sorakan puluhan ribu penyokong yang sentiasa memenuhi stadium. Semangat Kelantan juga akan dibantu dengar berita Selangor tetapi Kelantan perlu mengawasi pergerakan pemain Perlis dengan baik kerana Perlis akan bangkit habis-habisan untuk menebus kekalahan ditangan Kelantan ketika Piala Muhibbah Dato' Shahidan Kassim dan tewas pada Johor FC minggu lepas setelah mendapat suntikan semangat berjaya seri dengan Kedah.Beliau turut berharap pasukan kesayangannya terus mengungkil kemenangan bagi mengejar rapat Selangor seterusnya menjadi juara TM liga Super tahun ini.

Ramai penyokong mengeluh kerana konsep 1 penyokong 1 bendera masih belum berjaya diamati dan dijadikan 1 budaya baru penyokong Kelantan. Peristiwa dibaling batu dan kereta penyokong kita dirosakkan di Kangar masih lagi menghantui sesetengah penyokong yang terlibat namun pihak KAFA berharap sabtu nanti bukan medan untuk para penyokong Kelantan membalas dendam mahupun memulakan provokasi keatas penyokong Perlis yang dijangka hadir. Kita tidak lagi boleh menjadikan penyokong lain terus fobia ke stadium apabila setiap kali bertemu Kelantan. Kita perlu berusaha memberitahu pada rakyat Malaysia penyokong berbaju merah ini bukanlah seganas penyokong berbaju merah Thailand, kami tidak bersenjata hanya jumlah kami yang ramai dan sorakan padu kami yang menjadi senjata untuk mengerah pemain kami terus merobek gol-gol lawan kami. Biarlah sikap profesional kami hanya kami yang menilainya sekiranya pandangan serong pihak media masih membeku di kepala-kepala pihak media dan penyokong lain.Ayuh kita gemparkan stadium keramat kita dan penuhkannya......Gomo Kelate Gomo....sumbat gol ....bawa 3 mata

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo


KAFA buka kafe Warriors untuk peminat emel



Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama kakitangan The Red Warriors Station di Kota Bharu selepas majlis pelancarannya semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuka sebuah kafe bola sepak sebagai usaha mendekatkan pasukan bola sepak Kelantan dengan peminat.

Kafe yang dinamakan The Red Warriors Stations@KTC itu terletak di bangunan Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu bakal menjadi medium untuk menghimpunkan peminat bola sepak dengan pemain bola sepak Kelantan.

Pengerusi Merchandise dan Outlet KAFA, Azlan Mohd Yusoff berkata, kafe tersebut yang akan beroperasi sepenuhnya bermula 22 Mei ini menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman dengan harga berpatutan.

Selain itu, menurutnya, selain pelbagai jenis masakan tempatan, pengunjung juga berpeluang menikmati masakan Arab dari Maghribi.

"KAFA berharap peminat bola sepak Kelantan dapat memberi sokongan dengan mengunjungi kafe tersebut selepas beroperasi nanti," katanya di Kota Bharu semalam.

Menurut Azlan, peminat juga berpeluang mendapatkan pelbagai produk jenama Warriors keluaran KAFA seperti jersi, beg dan pemegang kunci yang turut di jual di kafe tersebut.

Jelasnya, kafe itu turut dilengkapi ruang yang luas dan berhawa dingin disamping turut dilengkapi kemudahan empat unit televisyen LCD bersaiz besar.

"Skrin besar turut dipasang bagi memudahkan peminat bola sepak menonton sebarang perlawanan bola sepak termasuk kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.

Azlan memberitahu, majlis perasmian kafe itu akan dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 21 Mei ini.

Catatan Popular