KOTA
BHARU – Juara treble, Kelantan tetap berkeyakinan tinggi mampu
mempertahankan tiga kejuaraan yang dimenangi musim lalu meski pun bakal
ditentang hebat beberapa pasukan pada saingan Liga Malaysia musim ini.
Presiden
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar berkata, meski pun
misi tersebut tampak sukar ekoran ketiadaan tiga pemain tonggak namun
beliau tetap optimis The Red Warriors mampu mencapai sasaran tersebut.
“Bagi
Kelantan, kita tidak boleh berbangga dengan kejayaan lalu atau menjadi
ia sandaran untuk meraih kejayaan pada masa akan datang. Kita perlu
membuat perancangan rapi kerana akan ditentang hebat pada musim baharu
ini.
“Kehilangan Mohammad Ghaddar,
Mohd Nurul Azwan (Roya) dan Norshahrul Idlan (Talaha) sememangnya
dirasakan. Tetapi tanpa mereka sekali pun, saya percaya kita msaih
mempunyai ramuan, pengalaman dan barisan pemain yang mampu mengulangi
sejarah musim lalu.
Beliau berkata
demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Barangan
Rasmi Pasukan serta Pengumuman Penaja musim 2013 di Pusat Perdagangan
Kelantan (KTC), semalam. Kumpulan Media Karangkraf melalui Sinar Harian
meneruskan penajaannya untuk The Red Warriors bagi tahun keempat
berturut-turut.
Annuar bagaimana pun
masih bersikap realistik dan menganggap persiapan yang dilakukan
persatuan negeri lain memberikan amaran kepada Kelantan untuk tidak
memandang mudah mana-mana pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia musim
ini.
“Saya gembira melihat pihak
pengurusan beberapa pasukan seperti Selangor, Perak, Darul Takzim FC,
Terengganu memberikan komited tinggi dalam memperkasa pasukan
masing-masing.
“Ini membuktikan
mereka bersungguh-sungguh untuk memburu kejuaraan. Secara peribadi, saya
melihat ia satu perkembangan menarik dan menjadikan liga kita lebih
kompetitif,” katanya.
Dalam
perkembangan lain, Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, Bojan Hodak
mengakui cabaran getir menanti pasukannya apabila bertemu Angkatan
Tentera Malaysia dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, malam
esok.
“Ia satu perlawanan sukar bagi
Kelantan. Kita pernah bertemu tiga dengan mereka dalam kempen Piala
Malaysia musim lalu. Kita menang dua dan seri sekali. Peluang 50-50 bagi
kedua-dua pasukan dan tetapi saya berharap kita dapat menewaskan mereka
pada perlawanan ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan