Setiap tahun penyokong Kelantan akan
berlumba-lumba mendapatkan jersi terbaru pasukan kesayangan mereka,
namun saban tahun jugalah pelbagai masalah sering diluahkan oleh mereka
selaku pembeli awal jersi-jersi ini sama ada yang memberi terus dari
gerai jualan mahupun secara online.
Antara masalah yang biasa diterima ialah
berkaitan dengan kualiti pelekat logo-logo penaja yang mudah tercabut
dan kelewatan menerima pembelian jersi melalui atas talian tidak seperti
pada tarikh yang dijanjikan iaitu sebelum perlawanan Piala Sumbangsih
2013 pada 5 januari lalu.
Seluruh penyokong Kelantan mengucapkan
terima kasih diatas respon oleh pihak Warriors dalam setiap aduan dan
jaminan, namun adakah ini akan menyelesaikan masalah yang sering menjadi
perosak imej jenama Warriors itu sendiri. Sepatutnya apabila sahaja
diumumkan harga dan ketulenan jersi, sebagai pengguna rasanya tidak
perlu lagi bersusah payah menghantar balik jersi yang dibeli mereka,
bukan tugas mereka terpaksa memandu berbatu-batu mencari pusat aduan
jersi TRW 2013 atau memikir masalah kualiti jersi yang dijual mahal ini.
Adakah ini balasan yang harus diterima
oleh penyokong The Red Warriors yang ingin membuktikan sokongan,
sumbangan dan kesetiaan mereka kepada pasukan dengan membeli jersi
tulen?
Mungkin bagi mereka yang fanatik, mereka
tidak kisah dan tidak mahu masalah-masalah ini dihebohkan tetapi mereka
harus faham untuk menjadi sebuah pengeluar produk terbaik di Kelantan
mahupun di dunia, pihak pengeluar perlu mendengar segala luahan dan
menyelesaikan masalah yang diutarakan. Jika tidak, disaat pihak
pengeluar bersenang lenang dengan keuntungan besar yang dikaut hasil
daripada jersi kualiti murah dijual pada harga jersi tulen ini, dalam
pada masa yang sama pembeli sudah beralih arah kepada produk tiruan yang
jauh lebih murah dan berkualiti.
Jangan ambil kesempatan dan keuntungan
melampau diatas kefanatikan penyokong Kelantan, anggaplah setiap teguran
dan aduan ini sebagai keikhlasan daripada seseorang yang benar-benar
ingin melihat kejayaan penjenamaan The Red Warriors daripada jenama
sendiri WARRIORS menjadi jenama yang diminati peminat bolasepak Malaysia
atau terus terkenal dengan satu jenama replika produk tiruan buatan
China. Fikir-fikirlah
"Sebaik-baik
rakan adalah mereka yang suka menegur kesilapan dan kesalahan anda
walaupun ianya perit untuk diterima hari ini tetapi mungkin ianya akan
berguna untuk masa depan dan jangka masa panjang"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan