KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 16 Januari 2013

Kelantan dan Johor DT Sama Hebat?


 
matyo
TAHNIAH KELANTAN DAN JOHOR DT
Kota Bharu: Perlawanan Kelantan menentang Johor DT yang dianggap perlawanan "Match of The Year" telah berjaya menarik lebih 20 ribu penyokong Kelantan memenuhi stadium keramat mereka ini.
Kelantan yang dilihat menguasai perlawanan pada separuh masa pertama brjaya memperolehi gol melalui rembatan kencang luar kotak penalti oleh Norfarhan pada minit ke 38. Asakan demi asakan dilancarkan oleh pemain kedua-dua pasukan walaubagaimanapun gagal menambah jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua minit ke 64 Daniel Guiza berjaya menyamakan kedudukan seri 1-1. Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan. Suasana perlawanan dalam padang agak terkawal, namun berlaku sebaliknya diluar padang apabila balingan mercun dan objek ke padang masih lagi menjadi masalah besar kepada imej bolasepak Kelantan.
Tahniah kepada kedua-dua pasukan. GOMO KELATE GOMO...
 
askar
Kehadiran Johor Military Force (JMF)  yang mengawal stadium Sultan Muhammad Ke 4 lengkap bersenjatakan M-16 amat meresahkan seluruh penyokong Kelantan, tidak salah datang untuk mengawal keselamatan Tengku Mahkota Johor mahupun penyokong Johor tetapi bersenjata secara terang-terangan seolah-olah mencabar emosi penyokong Kelantan yang hadir.
Hal ini tidak pernah berlaku semasa Johor DT dibawah pentadbiran Johor Corporation mahupun Johor dibawah pengurusan lama PBNJ. Insiden seperti ini harus dipantau oleh FAM agar tidak berulang lagi dalam arena bolasepak Malaysia.
Mengenai kekecohan berlaku selepas perlawanan, kami dimaklumkan berlaku provokasi diantara kedua-dua penyokong.
Sebagai rakyat Malaysia, seluruh penyokong Kelantan diseru tidak memanjangkan provokasi-provokasi ini ke alam maya mahupun diluar, cukuplah apa yang berlaku, kita kembalikan sikap profesional baru penyokong Kelantan. Elakkan KAFA dan pasukan kesayangan anda terus didenda. GOMO KELATE GOMO...KERANA ALLAH KITA BERSATU...



Alhamdulillah..syukur walau kepenatan namun sempurna solat dan wirid mcm biasa..kedengaran suara "takbir tahmid " dari pembesar suara mesjid2 pelbagai penjuru..teringat Game semalam..BANGGA DGN PERMAINAN TRW..kubu SSMIV tak roboh..harimau di jinakkan..namun sedih pun ada..MERCUN DAN BALINGAN OBJEK DLM PADANG,Bendera Parti dibawa ke stadium.botol air terkena DYTM TMK dan saya sendiri...dan batu memecahkan cermin Kereta saya...utk apa dan kenapa semua ni..angkara siapa..ADA PIHAK YG SENGAJA BUAT SEMUA NI..ini belum lg kita kalah..KADANG2 terfikir rasa kecewa dan putus asa..buat apa bersusah payah jaga bola...malu pun ada...entahlah!! dr FB TSHAM....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular