KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 1 Januari 2013

2013: Kota Bharu Medan Uji Kesetiaan Dan Keberanian Penyokong Lawan




 penyokong2

Kehangatan dan kemeriahan yang ditunjukkan oleh seluruh penyokong pasukan bolasepak Liga Malaysia seolah-olah memberi gambaran awal bolasepak Malaysia akan kembali ke kancah kegemilangannya. Namun yang sering menjadi persoalan penyokong lawan Kelantan bolehkah aku pergi menyokong pasukan aku di Kota Bharu? Selamatkah aku disana nanti? Tak kena bakar ke aku? atau lebih dahsyat lagi pemikiran mereka takut mati terbunuh dek kerana amukan penyokong di Kota Bharu.

Melalui persoalan ini, Kota Bharu adalah tempat sebenar yang akan menguji keberanian, kesetiaan dan semangat sejati penyokong lawan yang sering kelihatan berlagak sombong di alam maya tanpa memikirkan sifat keberanian mereka tidak sama dengan semangat penyokong Kelantan yang berani menggempur ke mana sahaja pasukannya bertandang. Perasaan takut, gentar dan gerun sedikitpun tidak meresahkan penyokong Kelantan kerana mereka sentiasa dididik untuk yakin dengan kuasa Allah dan yakin dengan kuasa undang-undang yang dipikul oleh pihak polis serta pihak keselamatan lain yang terlibat dalam menjamin keselamatan mereka walau dimana sahaja mereka berada.

Kebangkitan kembali penyokong-penyokong lawan daripada pasukan bolasepak negeri atau kelab yang pernah melalui zaman kegelapan ke arah zaman kegemilangan adalah satu usaha murni oleh pihak pengurusan yang berani mencipta revolusi dan kebangkitan bolasepak. Jika Tan Sri Annuar Musa sudah berjaya mencipta transformasi baru bolasepak Kelantan, seluruh pencinta bolasepak Malaysia mengalu-alukan lebih ramai pihak seperti Tan Sri Annuar Musa dan Tengku Mahkota Johor tampil mengangkat martabat dan maruah bolasepak negeri atau kelab di Malaysia. Walau bagaimanapun usaha-usaha ini harus dijayakan bersama penyokong-penyokong yang ikhlas ingin melihat sebuah kejayaan pasukan bukannya dari kalangan penyokong yang hanya berani berperang di alam siber sahaja tetapi bila sebut Jom ke Kota Bharu semuanya mencari seribu alasan untuk tidak ke Kota Bharu.

Perhatikan, rekod kehadiran penyokong Kelantan ke stadium sepanjang 2012, jumlahnya sedikitpun tidak mampu digugat  oleh penyokong-penyokong lain dan rekod tanpa kalah Kelantan tetap unggul sepanjang perlawanan dalam tahun 2012 di Kota Bharu. Mungkinkah rekod-rekod ini mampu dipecahkan pada tahun 2013 ini? Tiada yang mustahil jika penyokong-penyokong pasukan atau kelab lawan berani menyahut cabaran untuk datang ke Kota Bharu atau  pada setiap perlawanan yang melibatkan pasukan mereka. Hanya pemain-pemain lawan sahaja mampu merasai betapa gerunnya bermain di hadapan lebih 18 ribu penyokong Kelantan tanpa mendengar laungan keramat penyokong sendiri.




Perlu diingatkan, segelintir penyokong Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan pernah datang ke Kota Bharu, mereka disambut khas oleh wakil kelab penyokong lain dan mendapat kawalan istimewa sepanjang berada di Kota Bharu. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku samada didalam stadium mahupun di luar stadium. Saban tahun penyokong Kelantan dilabel ganas dan menjadi bahan contoh keganasan bolasepak Malaysia, namun perubahan baik yang dipamerkan oleh penyokong Kelantan sejak 2 tahun kebelakangan ini tidak pula dihebohkan. Perlu diingatkan juga kepada rakan-rakan yang mempunyai rakan daripada pasukan lawan Kelantan yang berminat untuk datang ke Kota Bharu memohon secara rasmi jumlah tiket yang diperlukan melalui KAFA, pihak KAFA sebelum ini memberikan layanan istimewa kehadiran mereka selain memastikan keselamatan mereka terjamin. Di Kota Bharu tiada lagi insiden-insiden buruk seperti yang dibayangkan.

CAKAP & TULIS BANYAK KAT FB TAK GUNA, KALAU SEKADAR BERANI DIMULUT TETAPI KECUT PERUT UNTUK KE KOTA BHARU. INSYAALLAH KAMI JAMIN KESELAMATAN ANDA.... GOMO KELATE GOMO.

2013- TAHUN PENYOKONG LAWAN MELAWAT STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular