Kelantan menempah laluan sukar untuk
ke separuh akhir apabila tumpas 5-1 kepada Arbil FC dalam saingan suku
akhir pertama Piala AFC di Stadium Franso Hariri, malam tadi.
Beraksi di kandang lawan,
Kelantan bagaikan tidak bermaya apabila memberikan banyak peluang kepada
tuan rumah untuk melakukan serangan ke arah kubu kawalan Khairul Fahmi
Che Mat.
Arbil yang menyedari perlu
mencari bekalan gol selesa sebelum aksi timbal balik menghasilkan banyak
peluang untuk menjaringkan gol namun dinafikan oleh barisan pertahanan
Sang Kijang.
Usaha mereka bagaimanapun
berhasil pada minit ke-39 selepas Halkard Mulla Mohammed melakukan satu
sepakan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Kelantan.
Kelantan tidak menunggu lama
untuk menyamakan kedudukan setelah dikurniakan sepakan penalti pada
minit ke-41 hasil kekasaran pertahanan Arbil keatas Antwi dan Badri
Radzi tenang menyepak masuk ke penjuru kiri pintu gol Arbil.
Bersambung babak kedua, Arbil FC
pantas menjarakkan kedudukan apabila Amjad Radhi mudah menyempurnakan
sepakan penalti selepas Daudsu mengasari penyerang Arbil didalam kotak
penalti.
Tuan rumah semakin selesa pada
minit ke-66 apabila kesilapan Khairul Fahmi gagal menangkap kemas
percubaan Nadim dari luar kotak penalti memberikan Luay Salah ruang
cukup luas untuk meledak jaringan ketiga.
Pemain gantian, Salih Sder
meletakkan Arbil 4-1 pada minit ke-72 apabila percubaan dari jarak 25
meter terus menerjah jaring menggamamkan Khairul Fahmi di pintu gol
Kelantan.
Kelantan yang sekali sekali
melancarkan serangan hampir menjaringkan gol pada minit ke-87 setelah
Afiq Azmi yang lolos dari kawalan dua pemain Arbil lambat melakukan
sentuhan sebelum dikeluarkan dari kawasan bahaya.
Pada minit akhir perlawanan, The
Yellow Castle's mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti dan
Nawzad melakukan lencongan cantika ke sebelah kiri pintu gol menewaskan
Khairul Fahmi buat kali kelima.
sumber:redsfc newss
Tiada ulasan:
Catat Ulasan