Kelantan menghadapi laluan sukar untuk
melepaskan diri ke pusingan suku akhir Piala Malaysia apabila turun
melayan kunjungan musuh tradisi, Terengganu di Stadium Sultan Muhamad
Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.
Pada perlawanan pertama sebelum
ini, Terengganu bermain cemerlang untuk menundukkan Sang Kijang dengan
2-0 di laman mereka namun gagal meneruskan rentak sehinggan tersingkir
dari kejohanan.
Bagaimanapun, kehadiran mereka
kali ini sudah tentu dengan hajat besar untuk mengecewakan Kelantan dari
turut layak ke pusingan kalah mati.
Menurut jurulatih Kelantan,
Bojan Hodak, mereka tidak boleh memandang rendah akan keupayaan pemain
Terengganu biarpun pelbagai masalah melanda skuad kendalian Butler
tersebut.
Dalam bola sepak, selagi 90
minit masa perlawanan tidak tamat, peluang kedua-dua pasukan yang turun
adalah seimbang dan jika diambil mudah, pasti berlaku keputusan
sebaliknya dari yang diharapkan.
sumber :redsfc news
Tiada ulasan:
Catat Ulasan