Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengkaji kembali penyertaan The Red Warriors dalam saingan Piala AFC pada musim depan.
Menurut Penasihat KAFA, Tan Sri
Annuar Musa, pihak mereka terpaksa berbuat demikian selepas melihat pada
cara dan dasar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Situasi sekarang melalui dasar
dari badan induk bola sepak negara tersebut nyata tidak membantu kita
untuk bersaing di peringkat asia.
Justeru itu, KAFA terpaksa
mengambil langkah ini bagi mengelakkan masalah yang berlaku pada masa
sekarang berulang kembali pada masa depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan