Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kecewa dengan jumlah kehadiran
penyokong pada perlawanan suku akhir kedua Piala AFC melibatkan The Red
Warriors melawan Arbil, semalam.
Menurut penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, para penyokong nyata
mengalah awal selepas kekalahan besar pada perlawanan pertama tempoh
hari.
Mereka tidak mengiringi pasukan beraksi di gelanggang sendiri malah ini
merupakan kehadiran terendah yang dicatatkan pada tahun ini.
Sejumlah 3000 sahaja hadir ke stadium dan mereka ditakrifkan sebagai penyokong setia The Red Warriors.
Terasa sedikit malu kepada pihak AFC dan Arbil kerana sebelum ini saya
menjanjikan kepada mereka suasana yang meriah dengan kehadiran ramai
penyokong.
Mujurlah para pemain tidak turut mengalah awal apabila menampilkan persembahan hebat seterusnya mencipta keputusan seri 1-1.
sumber:redsfc news
Tiada ulasan:
Catat Ulasan