KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 7 Februari 2012

President Warriors Mula Langkah Kanan.


Kelantan bermula langkah kanan dalam saingan Liga Piala Presiden Malaysia apabila menumbangkan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ibrahim (SSTMI) 1-0 di Stadium Mini Kejora, Kota Tinggi, petang tadi.


Terima kasih dengan jaringan daripada Aris Zaidi untuk memberikan kemenangan pertama buat pengendali baru, Hashim Mustapha.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan mempamerkan corak seimbang untuk kekal terikat sepanjang 45 minit babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan menampilkan aksi kemas untuk melancarkan beberapa serangan merbahaya tetapi mudah dipatahkan oleh pertahanan tuan rumah

Sehinggalah pada minit ke-76, Aris Zaidi menggunakan peluang yang terhidang untuk melakar jaringan pertama dan kemenangan Kelantan seterusnya membawa pulang tiga mata pertama.

Selepas ini, President Warriors menanti kunjungan SDM Pulau Pinang untuk perlawanan kedua di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular