KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 8 Februari 2012

Lupakan Rekod Masa Lalu : Azman


Waspada hadapi Sabah, moral pemain tak terjejas
Azman Ibrahim


KOTA BHARU – ‘Lupakan rekod masa lalu’ Begitulah peringatan Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim kepada pemainnya menjelang perlawanan keenam Liga Super menentang Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam esok.

Sambil menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Sang Badak dalam aksi terakhir Liga Super musim lalu sudah pun menjadi sejarah, Azman menyifatkan lawan yang dihadapi pada kali ini jauh berbeza tambahan pula mereka turut diperkuatkan dengan dua tenaga import.

“Apa yang boleh saya katakan Sabah adalah antara pasukan yang terkuat pada musim ini. Meskipun mereka tewas 0-1 kepada Lions XII di tempat sendiri tempohari, namun saya melihat mereka mempunyai kekuatan tersendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Saya mahu pemain kita berhati-hati dengan corak permainan mereka. Apa yang saya perhatikan percaturan strategi yang diterapkan oleh Justin Ganai itu cukup menjadi dan ini boleh memberi masalah kepada kita

“Malah dua pemain import mereka (Brendan Gan dan Michael Baird) yang pernah beraksi dalam liga di Australia juga cukup merbahaya dan benteng pertahanan kita harus merantai pergerakan mereka,” katanya.

Azman berkata, meskipun mengakui The Red Warriors berhadapan tugas berat namun misi pasukannya cukup jelas bertandang ke Kota Kinabalu iaitu mahu meraih tiga mata penuh.

“Kita tidak ada banyak pilihan selain perlu menewaskan Sabah meskipun dihadapan penyokong mereka sendiri. Itu yang perlu kita lakukan kalau mahu terus mengukuhkan kedudukan di persada liga,” katanya.

Menurut Azman, kekalahan 0-2 dalam aksi perlawanan persahabatan menentang kelab Balestier Khalsa FC pada Sabtu lalu tidak menjejaskan moral pemainnya meskipun dikritik hebat oleh segelintir penyokong The Red Warriors itu sendiri.

“Fokus pemain tidak terjejas sebaliknya mereka tetap turun menjalani latihan petang ini (semalam) seperti biasa. Esok (hari ini) kita akan terbang ke Kota Kinabalu dan saya berharap pemain tidak tertekan menghadapi Sabah malam esok.

Sementara itu, Azman turut mengesahkan pemain pertahanan import baru Kelantan, Obinna Nwaneri turut di bawa ke Kota Kinabalu dan bakal diturunkan sekiranya urusan pendaftaran dengan sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat diselesaikan sebelum sepak mula perlawanan.

“Kalau beliau tidak dapat diturunkan sekali pun, kita masih mempunyai Mohammed Ghaddar dan Denny Antwi yang boleh beraksi dalam perlawanan ini mengikut pendaftaran asal dengan pihak FAM,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular