Obinna, Okucha Main Liga Super.
Kelantan akan menggunakan khidmat Obinna Nwaneri dan Samad Awudu Okucha untuk saingan Liga Super 2012.
Pengumuman tersebut dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam laman sosial Facebook selepas menyaksikan Danny Antwi dan Mohamad Ghaddar beraksi hambar ketika tewas 0-5 kepada skuad Kebangsaan.
Menurut Tan Sri Annuar Musa, dua pemain tersebut, Antwi dan Ghaddar terpaksa diletakkan dalam skuad Piala AFC kerana aksi yang ditunjukkan mereka sangat mengecewakan.
Saingan Liga Malaysia sangat penting dan pihak pengurusan mengambil keputusan untuk mendaftarkan Obinna dan Okucha sekurang-kurangnya sehingga jendela perpindahan pada April nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan