KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 5 Februari 2012

Piala AFC 2012 : TRW Main Di Kota Bharu?


Menurut maklumat yang disampaikan kepada RedsfcNews, The Red Warriors kemungkinan besar beraksi di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu untuk saingan Piala AFC 2012.


Ura-ura tersebut timbul selepas stadium alternatif, Stadium Nasional Bukit Jalil bakal ditutup untuk proses pembaikan menyebabkan pihak pengurusan Kelantan terpaksa mencari tempat lain termasuk kemungkinan beraksi di tempat sendiri.

Walaupun begitu, beberapa syarat perlu dipenuhi terlebih dahulu oleh KAFA sebelum perlawanan di Kota Bharu dapat dilangsungkan.


Antara syarat yang telah ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ialah tahap pencahayaan lampu limpah minima 1200 lux, Doping Room, tempat duduk media serta beberapa perkara lagi.


Namun begitu, KAFA mungkin akan memohon beraksi pada waktu petang manakala masalah bilik doping dan tempat duduk media akan diajukan kepada Perbadanan Stadium Kelantan (PSK).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular