Okocha Tandatangan Kontrak Setahun.
Penyerang import asal Ghana, Samad Abdul Awudu Okocha menandatangani kontrak setahun di The Red Warriors 2012.
Menurut maklumat ejen Okocha kepada RedsfcNews, pemain ini telah ditandatangani Kelantan untuk tempoh setahun.
Bekas pemain dari kelab Hapoel Ramat Gan yang berusia 28 tahun tersebut pada asalnya menyertai Kelantan untuk sesi percubaan namun terus ditawarkan kontrak untuk bersama pasukan.
Dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mahu memperkukuhkan lagi posisi serangan, Okocha dijangka akan digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha bagi menajamkan lagi jentera serangan yang dilihat tumpul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan