KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 3 Februari 2012

Pemain Kelantan Digesa Bangkit.


Selepas mudah dibelasah Harimau Malaya, pemain The Red Warriors digesa bangkit dengan segera dari tempoh selesa hasil kejayaan di peringkat domestik.


Kekalahan lima jaringan kepada pasukan negara bukan satu perkara pelik tetapi tetap menimbulkan persoalan hangat sama ada pemain simpanan Kelantan mampu menangani tekanan perlawanan apabila pemain utama tidak beraksi.

Nyata perlawanan persahabatan yang dilalalui menunjukkan barisan pemain Sang Kijang masih belum layak digelar Super Warriors biarpun pada hakikatnya tetap ramai menaruh harapan kepada mereka untuk melakar kejayaan demi kejayaan memberangsangkan.

Justeru itu, aksi persahabatan seterusnya menentang Balestier Khalsa FC di gelanggang sendiri perlu dimanfaatkan pemain Kelantan untuk mencari sesuatu yang lebih baik dari keputusan negatif.

Para penyokong yang hadir tidak rela pasukan kesayangan mereka diperkotak-katikkan sekali lagi didepan mata.

Pemain wajar membalas jasa penyokong yang tidak jemu memberi sokongan dengan bangkit memberikan aksi terpuji seterusnya mencatatkan keputusan terbaik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular