KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 7 Januari 2013

Jangan Ambil Kesempatan - Penyokong TRW


jrsirosak1
Setiap tahun penyokong Kelantan akan berlumba-lumba mendapatkan jersi terbaru pasukan kesayangan mereka, namun saban tahun jugalah pelbagai masalah sering diluahkan oleh mereka selaku pembeli awal jersi-jersi ini sama ada yang memberi terus dari gerai jualan mahupun secara online.
Antara masalah yang biasa diterima ialah berkaitan dengan kualiti pelekat logo-logo penaja yang mudah tercabut dan kelewatan menerima pembelian jersi melalui atas talian tidak seperti pada tarikh yang dijanjikan iaitu sebelum perlawanan Piala Sumbangsih 2013 pada 5 januari lalu.
Seluruh penyokong Kelantan mengucapkan terima kasih diatas respon oleh pihak Warriors dalam setiap aduan dan jaminan, namun adakah ini akan menyelesaikan masalah yang sering menjadi perosak imej jenama Warriors itu sendiri. Sepatutnya apabila sahaja diumumkan harga dan ketulenan jersi, sebagai pengguna rasanya tidak perlu lagi bersusah payah menghantar balik jersi yang dibeli mereka, bukan tugas mereka terpaksa memandu berbatu-batu mencari pusat aduan jersi TRW 2013 atau memikir masalah kualiti jersi yang dijual mahal ini.
Adakah ini balasan yang harus diterima oleh penyokong The Red Warriors yang ingin membuktikan sokongan, sumbangan dan kesetiaan mereka kepada pasukan dengan membeli jersi tulen?
Mungkin bagi mereka yang fanatik, mereka tidak kisah dan tidak mahu masalah-masalah ini dihebohkan tetapi mereka harus faham untuk menjadi sebuah pengeluar produk terbaik di Kelantan mahupun di dunia, pihak pengeluar perlu mendengar segala luahan dan menyelesaikan masalah yang diutarakan. Jika tidak, disaat pihak pengeluar bersenang lenang dengan keuntungan besar yang dikaut hasil daripada jersi kualiti murah dijual pada harga jersi tulen ini, dalam pada masa yang sama pembeli sudah beralih arah kepada produk tiruan yang jauh lebih murah dan berkualiti.

Perlu diingatkan juga, tahun ini sudah memasuki tahun keempat WARRIORS mengeluarkan produk berjenama sendiri, kepada peminat yang mengatakan jersi yang dipaparkan pada gambar diatas adalah jersi pertama keluaran WARRIORS mungkin anda baru mengenalinya, oleh itu baik kiranya anda bertanya pada peminat-peminat lama sebelum anda diketawakan.
Jangan ambil kesempatan dan keuntungan melampau diatas kefanatikan penyokong Kelantan, anggaplah setiap teguran dan aduan ini sebagai keikhlasan daripada seseorang yang benar-benar ingin melihat kejayaan penjenamaan The Red Warriors daripada jenama sendiri WARRIORS menjadi jenama yang diminati peminat bolasepak Malaysia atau terus terkenal dengan satu jenama replika produk tiruan buatan China. Fikir-fikirlah

"Sebaik-baik rakan adalah mereka yang suka menegur kesilapan dan kesalahan anda walaupun ianya perit untuk diterima hari ini tetapi mungkin ianya akan berguna untuk masa depan dan jangka masa panjang"

Ahad, 6 Januari 2013

KELANTAN GAGAL JULANG PIALA SUMBANGSIH

Piala Sumbangsih 2013

Juara Treble 2012, Kelantan gagal untuk menjulang Piala Sumbangsih 2013 selepas ditewaskan oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua dua pasukan terikat 1 – 1 pada waktu sebenar perlawanan.Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Indraputra Mahyuddin

Kekalahan ini adalah kali kedua berturut turut Kelantan gagal menjulang Piala Sumbangsih selepas kali terakhir berjaya menjulangnya pada tahun 2011 selepas menang ke atas Selangor 2 – 0 .

Pada tahun 2012 pula Kelantan dikecewakan oleh Negeri Sembilan dengan keputusan jaringan 1 – 2 memihak kepada Hobin Jang Hobin.

Selepas ini Kelantan bakal bertemu PKNS dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu pada 9 Januari ini.

Sabtu, 5 Januari 2013

SHAH ALAM, PEACE YO!!!!!




 
 Assalamualaikum WRT WBT dan Salam Satu Malaysia,
Pertamanya ingin saya panjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana masih diberikan peluang untuk berkongsi pandangan, idea dan maklumat bersama-sama pengikut setia TheRedWarriors.com yang amat saya hormati lagi sayangi di tahun baru dan musim baru 2013 ini. Terima kasih tidak terhingga buat semua.
   

Hari ini pastinya musim bolasepak Malaysia akan bermula, musim baru yang sudah meletup dari tahun lepas lagi. Dan sekejab lagi kita akan disajikan dengan perlawanan pembukaan untuk merebut Piala Sultan Ahmad Shah atau dikenali juga sebagai Piala Sumbangsih.Dan yang lebih menariknya, ianya melibatkan pertembungan sekali lagi antara The Red Warriors dan The Gladiators di gelanggang yang sama.... Shah Alam.
alt
   
   Piala Sumbangsih sekalipun kelihatan kurang auranya, namum ia tetap membawa maksud tersiratnya yang tersendiri. Kita juga punyai sejarah yang tersendiri bila bercakap tentang piala ini. Bagi saya, perebutan untuk mendapatkan piala ini amat vital. Perlawanan ini akan meninggalkan empressi untuk khalayak bolasepak tanahair terhadap kedua pasukan yang bertanding. Prestasi pasukan kita pastinya diukur berdasarkan keputusan yang hadir pada malam ini. Oleh sebab itu ianya tidak harus diperkecilkan. Fakta sejarah yang menarik tentang Piala Sumbangsih ini ialah kita terus menjulang piala ini apabila diberikan peluang untuk merebutnya buat kali yang pertama, dan lebih manis Stadium Shah Alamlah yang menjadi saksi.

   

 Harapan saya kedua-dua pasukan dapat mempamerkan aksi yang lebih menarik, lebih dari apa yang disajikan di Final Piala Malaysia 2012, meskipun kita tahu kedua-dua pasukan ini sedikit pincang dengan beberapa pemain mereka ditawan oleh pasukan penuh 'suprise' dari selatan tanahair. Namun begitu saya percaya kedua-dua jurulatih yang mempunyai kepakaran dan pengaruh masing-masing tidak akan memandang enteng soal ini dan menyediakan backup plan untuk menjulang piala ini dan mendapatkan terus kepercayaan peminat kedua-dua pasukan ini.

 

  Apa-pun kita tunggu sahaja aksi sebenarnya. Pada saya seeloknya kita fokuskan sahaja tentang perlawanan ini. Musim baru bakal tiba dan warna warninya sudah terbayang. Jangan hanya riuh rendah sebelum wisel dibunyikan, apabila perlawanan bermula, ianya hambar dan biasa-biasa aje... Selamat Menyambut Tahun Baru 2013. GOMO KELATE GOMO!!!

sumber:theredwarriors.com

Tiada masa tambahan tentukan pemenang - FAM




kelatelaweperakJuarals

SEPAKAN penalti bakal menjadi penentu pasukan mana yang bakal mendakap Piala Sultan Ahmad Shah malam ini jika aksi 90 minit perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afendi Hamzah memberitahu, tiada lanjutan masa tambahan akan dilaksanakan sekiranya kedua-dua pasukan terikat pada 90 minit perlawanan.

"Tiada masa tambahan, sebaliknya pemenang akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
"Tiada sebarang mata juga diberikan kepada mana-mana pasukan yang menang, sebaliknya aksi Sumbangsih ini lebih dilihat sebagai simbolik pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) 2013," kata- nya pada sidang akhbar di Kelana Jaya semalam.

Afendi memberitahu, aksi sulung Kelantan (menentang PKNS) dan ATM (berdepan Lions XII) juga dilewatkan sehari berbanding pasukan lain seperti mana yang ditetapkan FAM sebelum ini.

"Saya harap kedua-dua pasukan, terutamanya penyokong dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi ketika perlawanan itu nanti," katanya.

Ini merupakan kali ketiga Kelantan beraksi di pentas Sumbangsih selepas muncul juara edisi 2011 (tewaskan Selangor 2-0) sebelum terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tumpas 1-2 kepada Negeri Sembilan musim lalu.

ATM pula memburu Piala Sumbangsih buat kali pertama selepas muncul naib juara Piala Malaysia musim lalu.

Untuk rekod, aksi Piala Sumbangsih mempertemukan juara Piala Malaysia dan juara Liga Super sejak 2011.
Sebelum itu, ia membabitkan pemenang saingan liga dan Piala Malaysia sejak diperkenalkan pada 1985 sebelum dirombak semula yang membabitkan pemenang Piala Malaysia dan Piala FA pada 1993.
Selangor merupakan pasukan terbanyak mendakap Piala Sumbangsih iaitu lapan kali diikuti Perak dan Kuala Lumpur (tiga kali).

Jumaat, 4 Januari 2013

OFFICIAL JERSI KELANTAN 2013



Jersi Kelantan
Jersi Baru Kelantan 2013Foto : Dr Azizan
Jersi Kelantan musim 2013
Shakir Menggayakan Jersi Baru Kelantan 2013 Foto : Wan Badri
Jersi Away Kelantan 2013
Jersi Away Kelantan 2013 – Kredit Kepada Pemilik Foto
Jersi Kelantan 2013
Izuan Salahuddin Menggayakan Jersi Kelantan 2013
Jersi Baru Kelantan 2013
Foto : TSAM


Kelantan Yakin Pertahan Kejuaraan

Pasukan Kelantan bersama pengurusan Kafa pada Majlis Pelancaran Jersi dan Barangan Rasmi Pasukan serta Pengumuman Penaja musim 2013 semalam.

KOTA BHARU – Juara treble, Kelantan tetap berkeyakinan tinggi mampu mempertahankan tiga kejuaraan yang dimenangi musim lalu meski pun bakal ditentang hebat beberapa pasukan pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar berkata, meski pun misi tersebut tampak sukar ekoran ketiadaan tiga pemain tonggak namun beliau tetap optimis The Red Warriors mampu mencapai sasaran tersebut.

 “Bagi Kelantan, kita tidak boleh berbangga dengan kejayaan lalu atau menjadi ia sandaran untuk meraih kejayaan pada masa akan datang. Kita perlu membuat perancangan rapi kerana akan ditentang hebat pada musim baharu ini.

“Kehilangan Mohammad Ghaddar, Mohd Nurul Azwan (Roya) dan Norshahrul Idlan (Talaha) sememangnya dirasakan. Tetapi tanpa mereka sekali pun, saya percaya kita  msaih mempunyai ramuan, pengalaman dan barisan pemain yang mampu mengulangi sejarah musim lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Barangan Rasmi Pasukan serta Pengumuman Penaja musim 2013 di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), semalam. Kumpulan Media Karangkraf melalui Sinar Harian meneruskan penajaannya untuk The Red Warriors bagi tahun keempat berturut-turut.

Annuar bagaimana pun masih bersikap realistik dan menganggap persiapan yang dilakukan persatuan negeri lain memberikan amaran kepada Kelantan untuk tidak memandang mudah mana-mana pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia musim ini.

“Saya gembira melihat pihak pengurusan beberapa pasukan seperti Selangor, Perak, Darul Takzim FC, Terengganu memberikan komited tinggi dalam memperkasa pasukan masing-masing.
“Ini membuktikan mereka bersungguh-sungguh untuk memburu kejuaraan. Secara peribadi, saya melihat ia satu perkembangan menarik dan menjadikan liga kita lebih kompetitif,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, Bojan Hodak mengakui cabaran getir menanti pasukannya apabila bertemu Angkatan Tentera Malaysia dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, malam esok.

“Ia satu perlawanan sukar bagi Kelantan. Kita pernah bertemu tiga dengan mereka dalam kempen Piala Malaysia musim lalu. Kita menang dua dan seri sekali. Peluang 50-50 bagi kedua-dua pasukan dan tetapi saya berharap kita dapat menewaskan mereka pada perlawanan ini,” katanya.

Mat Yo Belum Bayar Kos Tebus Kontrak


Norshahrul Idlan Talaha

BEKAS penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha belum membayar harga tebus kontrak seperti yang diminta oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) walaupun telah menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Johor Darul Takzim.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, mengikut peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Norshahrul atau Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baru.

“Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum  membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga Kafa terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM.

“Dalam kes ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan dan berharap agar mereka dapat  menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi dan barangan rasmi ‘The Red Warriors’ serta pengumuman penaja musim 2013 di Kota Bharu, hari ini.

Annuar, yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu, berkata penyerang yang pernah mencipta nama sebagai salah seorang tonggak utama pasukan kebangsaan itu juga masih mempunyai baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa.

Beliau berkata, walaupun FAM mempunyai kuasa untuk memutuskan seseorang pemain layak bermain atau tidak dalam  sesebuah liga setelah menebus kontrak, namun perkara itu sepatutnya tidak diambil mudah kerana dibimbangi pemain lain tidak  akan mengikuti peraturan pada masa hadapan.

“Bagaimana anda boleh membenarkan pemain beraksi dalam liga yang mana secara teknikal, kontrak dia belum lepas. Tebus kontrak hanya lepas setelah dibayar. Tak boleh tebus mulut terus pergi bermain, ia tidak betul.

“Kita nak tengok ia sebagai kes pertama. Kali pertama juga perkara ini berlaku (di Malaysia) dan persatuan berharap perpindahan itu mengikut norma-norma perpindahan yang betul kerana kita perlu berikan sijil pelepasan untuk dia bermain dengan pasukan lain,” katanya.

Justeru, Annuar berharap agar badan induk itu dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera kerana tidak mahu perkara tersebut berpanjangan tanpa penyelesaian yang kukuh daripada kedua-dua pihak.
“Perkara ini tak pernah berlaku di liga-liga Eropah dan saya nak tengok keputusan yang akan diambil oleh FAM  berhubung perkara ini,” katanya.

Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat diperkatakan dalam kancah sukan bola sepak negara selepas  menamatkan kontrak secara sebelah pihak walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa selepas dilamar pasukan dari selatan,  Johor Darul Takzim pada musim lepas.

Selasa, 1 Januari 2013

2013: Kota Bharu Medan Uji Kesetiaan Dan Keberanian Penyokong Lawan




 penyokong2

Kehangatan dan kemeriahan yang ditunjukkan oleh seluruh penyokong pasukan bolasepak Liga Malaysia seolah-olah memberi gambaran awal bolasepak Malaysia akan kembali ke kancah kegemilangannya. Namun yang sering menjadi persoalan penyokong lawan Kelantan bolehkah aku pergi menyokong pasukan aku di Kota Bharu? Selamatkah aku disana nanti? Tak kena bakar ke aku? atau lebih dahsyat lagi pemikiran mereka takut mati terbunuh dek kerana amukan penyokong di Kota Bharu.

Melalui persoalan ini, Kota Bharu adalah tempat sebenar yang akan menguji keberanian, kesetiaan dan semangat sejati penyokong lawan yang sering kelihatan berlagak sombong di alam maya tanpa memikirkan sifat keberanian mereka tidak sama dengan semangat penyokong Kelantan yang berani menggempur ke mana sahaja pasukannya bertandang. Perasaan takut, gentar dan gerun sedikitpun tidak meresahkan penyokong Kelantan kerana mereka sentiasa dididik untuk yakin dengan kuasa Allah dan yakin dengan kuasa undang-undang yang dipikul oleh pihak polis serta pihak keselamatan lain yang terlibat dalam menjamin keselamatan mereka walau dimana sahaja mereka berada.

Kebangkitan kembali penyokong-penyokong lawan daripada pasukan bolasepak negeri atau kelab yang pernah melalui zaman kegelapan ke arah zaman kegemilangan adalah satu usaha murni oleh pihak pengurusan yang berani mencipta revolusi dan kebangkitan bolasepak. Jika Tan Sri Annuar Musa sudah berjaya mencipta transformasi baru bolasepak Kelantan, seluruh pencinta bolasepak Malaysia mengalu-alukan lebih ramai pihak seperti Tan Sri Annuar Musa dan Tengku Mahkota Johor tampil mengangkat martabat dan maruah bolasepak negeri atau kelab di Malaysia. Walau bagaimanapun usaha-usaha ini harus dijayakan bersama penyokong-penyokong yang ikhlas ingin melihat sebuah kejayaan pasukan bukannya dari kalangan penyokong yang hanya berani berperang di alam siber sahaja tetapi bila sebut Jom ke Kota Bharu semuanya mencari seribu alasan untuk tidak ke Kota Bharu.

Perhatikan, rekod kehadiran penyokong Kelantan ke stadium sepanjang 2012, jumlahnya sedikitpun tidak mampu digugat  oleh penyokong-penyokong lain dan rekod tanpa kalah Kelantan tetap unggul sepanjang perlawanan dalam tahun 2012 di Kota Bharu. Mungkinkah rekod-rekod ini mampu dipecahkan pada tahun 2013 ini? Tiada yang mustahil jika penyokong-penyokong pasukan atau kelab lawan berani menyahut cabaran untuk datang ke Kota Bharu atau  pada setiap perlawanan yang melibatkan pasukan mereka. Hanya pemain-pemain lawan sahaja mampu merasai betapa gerunnya bermain di hadapan lebih 18 ribu penyokong Kelantan tanpa mendengar laungan keramat penyokong sendiri.




Perlu diingatkan, segelintir penyokong Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan pernah datang ke Kota Bharu, mereka disambut khas oleh wakil kelab penyokong lain dan mendapat kawalan istimewa sepanjang berada di Kota Bharu. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku samada didalam stadium mahupun di luar stadium. Saban tahun penyokong Kelantan dilabel ganas dan menjadi bahan contoh keganasan bolasepak Malaysia, namun perubahan baik yang dipamerkan oleh penyokong Kelantan sejak 2 tahun kebelakangan ini tidak pula dihebohkan. Perlu diingatkan juga kepada rakan-rakan yang mempunyai rakan daripada pasukan lawan Kelantan yang berminat untuk datang ke Kota Bharu memohon secara rasmi jumlah tiket yang diperlukan melalui KAFA, pihak KAFA sebelum ini memberikan layanan istimewa kehadiran mereka selain memastikan keselamatan mereka terjamin. Di Kota Bharu tiada lagi insiden-insiden buruk seperti yang dibayangkan.

CAKAP & TULIS BANYAK KAT FB TAK GUNA, KALAU SEKADAR BERANI DIMULUT TETAPI KECUT PERUT UNTUK KE KOTA BHARU. INSYAALLAH KAMI JAMIN KESELAMATAN ANDA.... GOMO KELATE GOMO.

2013- TAHUN PENYOKONG LAWAN MELAWAT STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE IV....

Hodak Tak Bimbang Tewas Besar

erita
Bojan Hodak

“TIADA apa yang dibimbangi dengan kekalahan ini.” Itu komen Pengurus merangkap Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak ketika diminta mengulas kekalahan 1-4 pasukannya kepada Sime Darby dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, kelmarin, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Tampil dalam nada positif, Bojan berkata kekalahan tersebut sedikit pun tidak menjejaskan eksperimen yang dilakukan bagi membentuk barisan terkuat sebelum menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan Sumbangsih, Sabtu ini.

“Jika dengar keputusannya mungkin teruk, tapi tidak bagi saya. Kita tewas besar malam kelmarin, tetapi ini merupakan satu perlawanan persahabatan dalam persiapan menjelang musim baru.
“Kita ada empat atau lima peluang menjaringkan gol, namun gagal disempurnakan.

“Keita Mandjou dan Mohd Norfarhan (Muhammad) hanya berdepan dengan penjaga gol lawan, begitu juga Indra Putra (Mahayuddin) turut mempunyai peluang menghasilkan jaringan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gol tunggal Kelantan dalam perlawanan tersebut dijaringkan penyerang yang baru didaftarkan beraksi dalam kancah Liga Malaysia musim ini, Keita Mandjou pada minit-minit akhir perlawanan.
Dalam perkembangan sama, Hodak nyata kecewa dengan sikap segelintir penyokong Kelantan yang tidak menunjukkan semangat kesukanan tinggi ketika menyaksikan perlawanan tersebut.

Catatan Popular