LESEN
Selasa, 9 Februari 2010
Khamis, 4 Februari 2010
Itulah pendirian jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengenai asakan pihak tertentu yang didakwa cuba menyingkirkannya.
Menurutnya, apa yang penting baginya ialah terus mendapat kepercayaan daripada anak buahnya dan pihak pengurusan bagi memastikan pasukan Kelantan terus meraih kejayaan dalam Liga Super musim ini.
Musim lalu, Sathianathan berjaya membawa perubahan kepada skuad Kelantan dengan membawa mereka mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009.
“Saya akan membuktikan keupayaan dan tidak akan layan segala kerenah yang boleh menjejaskan prestasi saya sebagai jurulatih kerana azam saya ke sini ialah untuk membimbing pasukan The Red Warriors hingga ke mercu kejayaan,” katanya semalam.
Kelmarin, Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas mengenai desas-desus wujud komplot untuk menggulingkan Sathianathan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain The Red Warriors yang berjaya menduduki tempat keempat dalam saingan Liga Super setakat ini.
Beliau menolak dakwaan bahawa mutu permainan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini merosot sejak dikendalikan oleh Sathianathan.
Sathianathan, yang juga bekas jurulatih kebangsaan berkata, kemampuan dan kelemahan jurulatih dan pemain, bukan boleh diukur pada satu atau dua perlawanan sahaja tetapi prestasi mereka secara keseluruhan. - Kosmo Online
Rabu, 3 Februari 2010

Aksi Indra mengambil sepakan percuma ketika menentang skuad Harimau Kumbang, semalam.
Pemain Kelantan masih gagal menunjukkan prestasi sebenar walaupun menundukkan cabaran Sang Harimau Kumbang 3-1 malam semalam di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu dalam TM Liga Super 2010.
Kemenangan yang dicatatkan tersebut bukanlah satu kebanggaan dan medan buat pemain serta pihak pengurusan untuk bersenang lenang terbuai dek tiga mata menentang pasukan yang berada dalam kelompok tercorot.
Dari segi positif, kemenangan Kelantan semalam mendapatkan kembali keyakinan peminat kepada mereka sejak dimalukan Kedah tempoh hari tetapi dari sudut negatif, pemain Sang Kijang sebenarnya masih lagi belum serasi bersama selain turun dalam keadaan tekanan memuncak akibat dari prospek untuk mendakap kejuaraan.
B. Sathianathan yang ditemui selepas perlawanan menentang Pulau Pinang juga mengakui yang pemain Kelantan ketika ini bermain dalam tekanan menyebabkan mereka gagal tampil seperti yang diharapkan.
Mereka bermula baik tetapi dijaringkan pihak lawan menyebabkan mereka tertekan mujurlah gol Idlan Talaha pada minit akhir separuh masa pertama berjaya merubah tempo permainan seterusnya lebih menyengat dalam separuh masa kedua untuk mengalahkan pasukan bimbingan Haji Mohamad Bakar.
Mereka dalam tekanan dan terus tertekan setelah peminat sentiasa mengatakan kami barisan bintang tetapi untuk serasi bagilah masa kepada kita dan apa yang saya nampak tadi, mereka semua bermain baik dan penuh semangat, ujarnya.
Mengulas tentang kemasukan Syed Adney pada separuh masa kedua, Sathianathan mengatakan Halim Napi telah mengadu mengalami kecederaan semasa di bilik persalinan menyebabkan dia terpaksa diganti dengan Syed Adney dan Sathianathan bangga pemain ini menampilkan ketenangan ketika mengawal kubu Sang Kijang.
Selain itu, ketua jurulatih Kelantan tersebut juga turut berpuas hati dengan prestasi pemain penyerang yang disifatkan mampu memberi cabaran walaupun disorak penyokong sendiri.
Setelah melalui tujuh perlawanan, Liga Super akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada pusingan pertama saingan Piala FA yang akan memulakan aksi pada selasa depan.
Kelantan yang mendapat laluan ke pusingan kedua selaku finalis musim lalu menunggu pertemuan sama ada menentang Kedah atau Sabah hujung bulan nanti.
Justeru itu, pihak bertanggungjawab terhadap pasukan Kelantan harus menggunakan peluang ini untuk memperkemaskan pasukan selain memantapkan motivasi pemain yang teruk tercalar kebelakangan ini.
Pemain mampu memberi cabaran namun gagal mempamerkan persembahan positif ketika beraksi di gelanggang lawan menyebabkan Kelantan kehilangan tiga mata berharga.
Namun untuk menyalahkan mereka seratus peratus sememangnya tidak mungkin tetapi diharapkan dengan cuti perlawanan yang panjang dapat digunakan B. Sathianathan serta pembantunya untuk mengatur kembali taktikal ampuh dengan harapan pasukan dapat menyengat dalam perlawanan akan datang.
Kelab penyokong pertahan Sathia
KETUA jurulatih Kelantan, B. Sathianathan boleh menarik nafas lega apabila dua kelab penyokong utama The Red Warriors tetap berdiri teguh di belakangnya.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) menyatakan pendirian bagi mempertahankan bekas pengendali skuad kebangsaan itu untuk terus mengemudi pasukan Kelantan.
Presidennya, Marhasim Mat memberitahu, pihaknya kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang disifatkan sebagai 'api dalam sekam'.
| |
| SATHIANATHAN |
Menurutnya, usaha dan gerakan tersebut dilihat cuba untuk memecah belahkan pasukan.
"Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba menjatuhkan pasukan dengan melaga-lagakan pemain mahupun cuba menjatuhkan jurulatih.
"Ini adalah sikap orang-orang yang tidak boleh melihat orang lain lebih hebat daripada mereka, sedangkan mereka sendiri tidak mampu sekiranya diberikan tugas tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, beliau dan seluruh ahli kelate.net masih lagi menaruh kepercayaan serta harapan kepada ketua jurulatih Kelantan itu untuk menerajui pasukan.
Katanya, masih terlalu awal untuk mengukur kemampuan Sathianathan dan sasaran pihak pengurusan adalah sehingga penghujung musim ini.
"Kita baru melalui tujuh perlawanan dan perjalanan ini masih panjang, sepatutnya kepincangan pasukan diuruskan dengan lebih berhemah dan bukannya menuding jari menyalahkan orang lain.
"Saya yakin dan percaya bahawa Kelantan mampu mengulangi pencapaian musim lepas berdasarkan pemain yang ada musim ini," ujarnya.
Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) turut menyatakan pendirian yang sama dengan mempertahankan kedudukan Sathianathan.
Setiausaha KPBSK, Azman Mohd. Noor berkata, berdasarkan tujuh perlawanan lalu prestasi Kelantan tidaklah terlalu teruk berbanding musim lalu.
"Musim lepas kita tewas di Terengganu dan Perlis tetapi musim ini kita mencatat keputusan seri dan ia suatu yang positif untuk kita sama-sama menilainya.
"Memiliki pemain bintang bukan bererti kita mesti menang dalam semua perlawanan, jika kita rasa kita kuat, kita kena ingat orang lain juga kuat," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekecewaan apabila sesetengah pihak turut mempertikaikan pelantikan Indra Putra Mahayuddin sebagai ketua pasukan.
"Siapa sahaja boleh dilantik sebagai kapten sama ada dia anak Kelantan atau tidak, itu bukan isunya. Selagi dia layak dia berhak mengepalai pasukan.
"Mereka (pemain) adalah pemain profesional dan saya harap jangan ada penyokong di luar sana cuba untuk mengeruhkan keadaan dengan isu remeh seperti ini," jelasnya.
ANNUAR mempertahankan pendirian KAFA untuk tidak tunduk dengan ancaman pihak-pihak tertentu yang berniat mahu memusnahkan skuad Kelantan.
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan untuk memecat jurulatih ataupun pemain mereka berikutan prestasi kurang konsisten yang dipamerkan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses menukar ganti jurulatih atau pemain bukan semudah yang disangka dan sasaran masih jauh untuk menilai prestasi keseluruhan pasukan.
Menurutnya, The Red Warriors kini masih berada di landasan yang baik dalam memburu kejuaraan kerana mereka hanya dipisahkan empat mata dengan pendahulu liga.
"Bola sepak adalah suatu yang dinamik dan kita mempunyai sasaran. KAFA tidak akan bertindak mengikut tekanan, buang orang itu dan ini.
"Dalam bola sepak, satu campur satu campur satu adakalanya tidak menjadi tiga. Walaupun kita mempunyai ramai pemain bintang tidak semestinya kita satu pasukan yang kuat kerana dalam bola sepak keputusan adalah di luar jangkaan," katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, pasukan Kelantan akan kekal sebagai sebuah pasukan dan penilaian akan dibuat selepas kita sampai kepada benchmark yang ditetapkan.
Jelasnya, KAFA tidak akan tunduk dengan 'suara-suara' yang hanya mahu melepaskan perasaan dan mereka-mereka yang tidak tahu masalah yang dialami oleh pihak persatuan dan pasukan.
"Saya fikir kita belum mempamerkan aksi terbaik dan setakat ini pengurusan berpuas hati selepas tujuh perlawanan dengan tiga kemenangan, tiga seri dan satu kalah," ujarnya.
Dalam pada itu, Annuar turut menyarankan agar semua pihak termasuk kelab penyokong dan bloggers berfungsi dan menjalankan peranan dengan satu matlamat
Katanya, pihak-pihak ini mesti ada satu matlamat yang sama dan tidak boleh bertindak secara berasingan bagi menjamin kelangsungan masa depan bola sepak Kelantan.
Khamis, 28 Januari 2010
| Benarkah Wujud 'Ribut' Dalam Skuad Kelantan? | | | |
| KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim memberi amaran keras kepada mana-mana individu dan pemain yang cuba untuk menimbulkan 'kekacauan' dalam pasukan tersebut sehingga menjejaskan pretasi dan tumpuan untuk merangkul kejuaraan pada musim ini. Amaran daripadanya itu dibuat selepas diajukan soalan mengenai timbulnya 'ura- ura' mengatakan wujudnya komplot untuk menjatuhkan ketua jurulatih, B. Sathianathan daripada menerajui pasukan yang digelar 'The Red Warriors' itu. Beliau menegaskan, sekiranya benar wujud komplot tersebut pemain tidak seharusnya terlibat atau terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang cuba untuk mencari keuntungan peribadi."Saya memberi amaran kepada pemain, sekiranya mereka dikenal pasti sebagai 'pembawa' masalah kepada pasukan, kita akan mengambil tindakan tegas. "Jangan sesekali cuba menimbulkan perasaan kurang senang di dalam pasukan dan mudah termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam. Azman meminta para pemain menunjukkan prestasi yang terbaik seperti mana yang dimiliki mereka sebelum ini. Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan ketiga tercorot Liga Perdana, Perak di Stadium Perak, Ipoh. Prestasi pasukan Kelantan pada awal musim ini selepas melalui enam perlawanan agak merudum berbanding musim lalu dengan hanya mencatatkan dua kemenangan, tiga seri dan satu kalah dengan gol yang memalukan kepada Kedah pada 19 Januari lalu. Walaupun dibarisi pemain bintang dan berpengalaman skuad tersebut dilihat menghadapi masalah dengan ketumpulan jentera serangan. Sementara itu, sumber memberitahu Utusan, komplot itu didakwa didalangi pihak yang mempunyai kepentingan dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana tidak berpuas hati dengan alasan tertentu. Menurut sumber itu lagi, mereka yang terlibat ini dalam gerakan ini boleh diumpamakan sebagai 'gunting dalam lipatan' sehingga mempengaruhi persembahan skuad Kelantan dalam kancah Liga Super musim ini. "Saya percaya selagi 'tangan-tangan ghaib' ini bersama KAFA, prestasi Kelantan musim ini akan jatuh mendadak. "Mereka yang menyebarkan cerita-cerita yang kurang enak didengar bertujuan untuk menghasut para pemain sehingga wujud 'puak' tertentu di dalam pasukan. "Berdasarkan prestasi semasa, ternyata para pemain Kelantan berdepan masalah hubungan di luar padang sehingga terbawa-bawa ketika dalam perlawanan," dakwanya. Beliau mendakwa, rancangan ini dilihat hampir berjaya apabila penyokong mula mempertikaikan kredibiliti skuad Kelantan. "Dengan barisan bintang yang dimiliki, kita sepatutnya tidak berada pada kedudukan ini tetapi kumpulan ini menjadi punca kenapa kita hanya berada di sini," tegasnya. Katanya, KAFA perlu bertindak tegas bagi memastikan para pemain bebas daripada dipengaruhi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelakkan ia menular dan menjadi barah kepada pasukan.
|
| Red Warriors Tunjuk Prestasi Hambar | | | |
| KOTA BHARU - Pasukan The Red Warriors menunjukkan prestasi hambar dan tidak meyakinkan pada perlawanan menentang pasukan Perak malam kelmarin yang berkeputusan seri 0-0. Meskipun menurunkan kesebelasan yang sama semasa bertemu Johor FC, Red Warriors tidak mampu menyaingi kesungguhan pemain pasukan Perak yang jauh kurang berpengalaman jika dibandingkan dengan pasukan Kelantan. |
Hangat dan panas suasana didalam kem pasukan Kelantan apabila timbulnya ura-ura mengatakan ada satu komplot dari pihak tertentu yang ingin menjatuhkan ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan.
Namun untuk meredakan sedikit permasalahan dan keributan yang berlaku, Azman Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan pasukan melemparkan amaran keras kepada mana-mana individu dan pemain supaya tidak mencetuskan kekacauan menurut laporan sebuah akhbar tempatan hari ini.
Tidak dinafikan, wujudnya pergeseran didalam pasukan bermula dengan pengambilan beberapa pemain berstatus bintang musim lalu menyebabkan ada segelintir pemain tempatan kurang senang lalu cuba membuat kacau dalam pasukan Red Warriors.
Selain itu, ada juga segelintir pemain cuba melakukan tindakan kurang bijak dengan mewujudkan kumpulan didalam pasukan atau dengan kata lainnya, berpuak-puak.
Ada juga kata-kata mengatakan komplot yang diatur ini adalah untuk menjatuhkan ketua jurulatih sekarang, B. Sathianathan setelah beberapa pihak dikatakan tidak sebulu serta tidak mahu jurulatih berbangsa India ini berada didalam skuad Kelantan.
Mengapa terjadi perkara sedemikian dikala pasukan yang dibina dengan begitu teliti dan penuh perancangan sedang beraksi dalam kancah liga dan memerlukan semua pihak bersatu padu untuk memburu kejayaan pada musim ini dilanda masalah.
Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menubuhkan pasukan, KAFA seharusnya cuba menyelidiki dengan pantas siapa dalang utama dikalangan orang kuat persatuan dan pemain yang telah cuba menghuru harakan skuad.
Cari dan tangkap serta berikan pengajaran berguna kepada dalang yang bertanggungjawab agar kejadian ini tidak berulang lagi seperti berlakunya beberapa musim lalu dimana akibat rasa tidak puas hati serta campur tangan asing menyebabkan skuad Kelantan berada diambang perpecahan selain kemelut persatuan yang membangkitkan rasa muak dikalangan peminat setia Sang Kijang.
Tangan ghaib ini seakan masih tidak berpuas hati bila berlakunya ketidak tentuan didalam skuad malah mereka telah merentangkan banner di beberapa tempat terpilih untuk menunjukkan kepada umum apa yang telah berlaku.
Malah setelah ramai penyokong Kelantan mula berkokok menyalahkan jurulatih serta dua tiga orang pemain, tangan ghaib ini mula bertepuk tangan, ketawa riang segala yang dirancangkan telah berjaya.
Tidak ada rasa tanggungjawab dari mereka untuk menjaga hati peminat setia yang sanggup berhabisan duit untuk memberi sokongan kepada pasukan. Peminat menghabiskan ribuan ringgit setahun untuk sama-sama mengikuti pasukan namun balasan yang diterima, masalah yang tiada penghujung yang sentiasa menghantui skuad sejak dari awal 90-an lagi.
Rasa dengki dan tidak amanah ketika diberikan peranan didalam skuad memungkinkan mengapa mereka sanggup menjadi pihak yang tidak setia kepada pasukan seterusnya merasa puas hati kehancuran yang telah berlaku.
Justeru itu, KAFA melalui Presidennya, Tan Sri Haji Annuar Musa harus menggunakan kuasa veto yang ada untuk menangani masalah yang boleh memberikan kemusnahan kepada pasukan seterusnya membangkitkan kembali skuad yang dilihat goyah setelah melalui tujuh perlawanan Liga setakat ini.
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
